Tawaran Dermasiswa Dana Ihsan B40 Untuk Pelajar Diploma dan Sarjana Muda UTHM

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Dermasiswa Dana Ihsan B40 kini dibuka untuk pelajar UTHM yang berkelayakan.

Dermasiswa secara one-off ini diwujudkan bagi membantu para pelajar UTHM yang tergolong dalam B40 untuk meneruskan pengajian mereka di universiti tersebut.

Baca Juga : Tawaran Biasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Berhad Bagi Universiti Awam 2022

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian bermula 1 Jun 2022 hingga 15 Jun 2022.

Kadar Bantuan Dermasiswa Dana Ihsan B40

Kadar bantuan dermasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang layak menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM 500 bagi setiap pelajar.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Diploma
  • Sarjana Muda
Dermasiswa Dana Ihsan B40

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi membolehkan pelajar layak menerima bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Pelajar berstatus aktif.
  • Pelajar merupakan pelajar tempatan.
  • Pelajar dalam status hutang Yuran Pengajian sahaja layak memohon.
  • Kategori pendapatan keluarga pelajar adalah B40 (keutamaan diberikan kepada keluarga pelajar yang mempunyai tanggungan yang ramai atau masih kecil, masih bersekolah, dan sedang melanjutkan pengajian).
  • Pelajar yang telah mendapat banyak bantuan seperti Zakat dan bantuan-bantuan lain tidak akan dipertimbangkan.
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak mempunyai penaja tetapi hanya kepada permohonan kali pertama sahaja dan dinasihatkan untuk memohon penaja. (Tahun 1 hingga Tahun 3)
  • Bagi pelajar yang mempunyai penaja, permohonan boleh ditolak sekiranya tajaan masih berbaki.
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar yang aktif ko-kurikulum dan aktiviti kesukarelawanan.
  • Tidak mempunyai rekod kesalahan tatatertib.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi cara-cara berikut iaitu:

  • Klik pautan permohonan berikut https://forms.gle/WGVeYsy8hg5NVJHb6.
  • Lengkapkan borang permohonan online tersebut.
  • Pastikan semua maklumat diisi
  • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar borang permohonan tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Dermasiswa Dana Ihsan B40, sila klik laman web https://hep.uthm.edu.my/ yang berkenaan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!