Pelitup Muka Diperakui SIRIM : Pengguna Tidak Dikenakan Kompaun

PELITUP MUKA BUKAN PERUBATAN PERLU PENANDAAN MS SIRIM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 : NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Perkara ini adalah selaras dengan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pada hari ini.

Tujuan Penguatkuasaan SIRIM Pada Pelitup Muka Bukan Perubatan

Pewartaan tersebut bertujuan untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan menerusi perintah itu.

Pewartaan tersebut juga berlandaskan prinsip semangat Keluarga Malaysia dalam usaha menjaga kesejahtraan rakyat di samping melindungi kepentingan pengguna.

Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.

Sumber infografik: BERNAMA

Mengenai isu kenaikan harga, SIRIM sudah memberi jaminan kos penandaan yang rendah akan dikenakan ke atas pengilang dan pengimport, yang tidak akan menjejaskan harga jualan runcit.

Baca juga:

Tarikh Penguatkuasaan

Pada awal pengumuman, tarikh penguatkuasaan pengilang atau pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan dan penandaan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selaku Pihak Berkuasa Yang Berwibawa dilantik oleh KPDNHEP adalah 4 Julai 2022.

Namun setelah mendapat maklumbalas orang ramai, tarikh penguatkuasaan ini telah dianjakkan ke 1 JANUARI 2023.

Sumber video: KPDNHEP Laman Rasmi

Denda Jika Pelitup Muka Tiada Perakuan SIRIM

Kegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-mana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.

Bagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Walaubagaimanapun, KPDNHEP menjelaskan mengenai isu pengguna yang akan dikompaun sekiranya memakai pelitup muka tanpa penandaan SIRIM.

YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menegaskan bahawa tindakan ini hanya akan dikenakan ke atas PENGILANG DAN PENGIMPORT sahaja yang merupakan sebuah entiti syarikat ataupun individu yang merupakan pengilang atau pengimport.

Pengguna tidak akan dikenakan apa-apa tindakan sekiranya menggunakan pelitup muka bukan perubatan tanpa penandaan SIRIM.

Sumber: BernamaAstro Awani, KPDNHEP

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!