Daun Pandan: Khasiat Pada Kesihatan & Kegunaan Dalam Masakan

Tahukah anda daun pandan menyumbang manfaat yang sangat besar kepada kesihatan diri kita?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat daun pandan dan kegunaannya dalam masakan.

Baca juga:

Apa itu daun pandan?

daun pandan

Pandan (Pandanus) adalah sejenis tumbuhan tropika yang mempunyai daun seperti bilah panjang dengan warna hijau terang.

Daunnya sangat wangi seakan-akan haruman dari ros, badam, dan vanilla. Sesetengah jenis pandan mengeluarkan bunga yang dikenali sebagai Kewra.

Ia merupakan ramuan yang cukup popular dalam pelbagai hidangan dari Sri Lanka, Thai dan Asia Selatan yang lain.

Dikatakan lebih 600 spesis wujud di dunia ini yang terdiri dari bervariasi kegunaan dengan ciri-ciri menarik dan unik.

Kandungan nutrisi dalam pandan

Berikut kami kongsikan kandungan nutrisi untuk 3.5 auns (100 gram) pes pandan dan pandan yang mentah:

NutrisiPes PandanDaun Pandan
Kalori32185
Protein2.2 gram1.3 gram
Karbohidrat78 gram17 gram
Lemak0 gram0.7 gram
Besi11% daripada nilai harian (DV)
Kalsium10% daripada nilai harian (DV)
Fosforus9% daripada nilai harian (DV)

Khasiat daun pandan

Terdapat banyak khasiat daun pandan kepada kesihatan manusia. Berikut adalah antara khasiatnya:

1. Menurunkan tekanan darah

daun pandan

Daun pandan mampu menurunkan tekanan darah secara semula jadi. Ia juga boleh membantu anda dari gejala pening dan mencegah strok berlaku.

2. Mengawal paras gula dalam darah

Berdasarkan kepada laporan penyelidikan yang diterbitkan oleh Institusi Kesihatan Bangkok ia menunjukkan bahawa ekstrak daun pandan mengandungi antihiperglisemik semulajadi yang berkesan untuk mengurangkan paras gula dalam darah.

Bukan itu sahaja, ekstrak daun pandan juga mampu merangsang rembesan insulin untuk merawat diabetes mellitus.

3. Penghalau nyamuk dan lipas semulajadi

daun pandan

Daripada menggunakan penyembur nyamuk kimia, anda boleh menggunakan daun pandan untuk menghalau lipas dan nyamuk sebagai salah satu kaedah alternatif yang selamat.

Anda hanya perlu semburkan ekstrak daun pandan ini di kawasan rumah anda terutamanya di sudut dapur dan bilik air.

4. Mengurangkan masalah gout

Pandan didapati berpotensi untuk merawat gout dan arthritis dengan cara yang selamat. Ia terbukti dapat melegakan kesakitan, mengurangkan bengkak dan menurunkan paras asid urik pada pesakit gout.

Hal ini kerana, ia mengandungi klorofil dan serat yang berpotensi untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan.

Walau bagaimanapun, kajian lanjut perlu dilakukan untuk menentukan keberkesanannya dalam merawat arthritis secara khusus.

5. Bagus untuk kesihatan kulit dan rambut

Khasiat pandan yang seterusnya adalah mampu untuk menyihatkan rambut dan mencegah kelemumur.

Kisar sahaja 10 helai daun pandan segar bersama 100 ml air. Kemudian lumurkan bancuhan tersebut ke kulit kelapa. Urut dengan lembut lalu balut kepala dengan tuala.

Biarkan selama 30 minit untuk kesan mujarab. Barulah nanti basuh kepala dengan air atau syampu.

6. Melegakan insomnia

Insomnia adalah suatu gangguan tidur dengan gejala-gejala seperti selalu berasa letih serta lelah sepanjang hari, mengalami kesulitan untuk tidur atau selalu terbangun di tengah malam dan tidak dapat kembali tidur.

Anda boleh cuba ikhtiar dengan teh pandan. Caranya mudah sahaja. Bersihkan dan ikat 8-10 helai daun pandan. Rebuskan di dalam air selama 10 minit dan renehkan selama 5 minit.

Anda juga boleh tambahkan halia atau serai untuk rasa yang lebih sedap dan khasiat yang lebih banyak.

7. Mengurangkan demam

Khasiat daun ini yang mempunyai ciri antipiretik dan antivirus diyakini mampu untuk menyembuhkan demam, alahan bermusim dan meningkatkan imuniti badan.

Hanya tambahkan serbuk atau pes daun pandan ke dalam rutin hidangan anda setiap hari, ia bagus untuk merawat masalah demam, batuk dan selsema.

8. Meningkatkan kesihatan mulut

Mengunyah daun pandan boleh menyegarkan nafas kerana ia mempunyai aroma yang segar dan harum.

Sesetengah amalan perubatan tradisional juga menggunakan daun ini sebagai alternatif semulajadi untuk menghentikakn masalah gusi berdarah.

9. Mengatasi masalah mati pucuk

Pandan juga merupakan ubat semulajadi yang dapat membantu lelaki untuk mengatasi masalah mati pucuk apabila diambil secara berkala.

Anda hanya perlu basuh 3 helai daun pandan dan potong kecil. Didihkan daun dalam 4 cawan air sehingga isipadu air menjadi separuh iaitu lebih kurang 2 cawan.

Minum satu cawan sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.

10. Meningkatkan stamina badan

Untuk meningkatkan stamina badan, rebus lima helai daun pandan dengan 3 gelas air.

Kemudian, keluarkan daunnya selepas mendidih dan biarkan ramuan itu sejuk seketika. Tambah beberapa titis lemon ke dalam air dan minum setiap 2 hari. 

Kegunaan daun pandan

daun pandan

Pandan cukup popular digunakan dalam masakan sebagai penambah perisa pada nasi, pulut, pemanis mulut, puding, bubur, kuih-muih, dan sebagainya.

Ia juga banyak dijadikan sebagai pembalut makanan khususnya kepada kuih-muih tradisional seperti tepung pelita, kuih tako, kuih limas, atau semasa membakar, barbeku atau mengukus untuk menambah bau yang harum serta rasa manis.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat daun pandan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan.

Sumber:

  1. What Is Pandan? Benefits, Uses, Taste, and Substitutes. Healthline
  2. Health Benefits of Pandan Leaves. Modestpie
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!