Khasiat Petai, Kandungan Nutrisi & Kesan Sampingannya

Ramai suka makan petai tetapi tidak ramai yang tahu akan khasiat petai yang sememangnya memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa khasiat petai yang

Baca juga:

Apa itu petai?

Petai (Parkia speciosa) adalah sejenis kekacang yang berasal dari Asia Tenggara. Kekacang ini merujuk kepada mana-mana tumbuhan daripada keluarga Fabaceae yan termasuk dari segi daun, batang dan buahnya.

Ia biasa boleh didapatkan dalam warna hijau terang dan mempunyai bau yang sangat kuat dan tajam.

Petai ini boleh dimakan secara mentah atau tumis dengan pelbagai jenis hidangan. Rata-rata orang menjadikan petai ini sebagai ulam-ulaman yang membangkitkan selera dimakan bersama nasi panas.

Kandungan nutrisi khasiat petai

khasiat petai

Kalori dalam setiap 100 gram petai adalah 124 kcal. Berikut adalah kandungan nutrisi yang terkandung di dalamnya:

  • Zat besi (FE): 3.4 mg (42.50%)
  • Vitamin C (asid askorbik): 32.7 mg (36.33%)
  • Protein: 10 gram (20%)
  • Vitamin B2 (riboflavin): 0.2 mg (15.38%)
  • Karbohidrat: 16.6 g (13%)
  • Kalsium (CA): 12 mg (12.6%)
  • Vitamin B1 (Thiamine): 0.15 mg (12.5%)
  • Kalium (K): 376 mg (8%)
  • Jumlah lemak (lipid): 18 g (5.14%)
  • Vitamin B3 (Niacin): 0.5 mg (3.13%)
  • Jumlah serat pemakanan: 1 g (2.63%)
  • Natrium (Na): 11 mg (0.73%)
  • Fosforus (P): 3 mg (0.43%)

Khasiat petai pada kesihatan

khasiat petai

Terdapat pelbagai khasiat petai yang boleh anda dapatkan kepada kesihatan. Antara khasiatnya adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan tenaga

Sekiranya anda ingin mencari cara semulajadi untuk meningkatkan tahap tenaga anda, cuba tambahkan petai dalam diet harian.

Hal ini kerana, petai merupakan sumber karbohidrat yang baik yang diperlukan oleh tubuh untuk tenaga.

Ia juga kaya dengan vitamin dan mineral, termasuk zat besi, yang penting untuk pengeluaran sel darah merah.

Apatah lagi, petai mengandungi sebatian yang boleh membantu meningkatkan pengambilan oksigen dan melancarkan peredaran darah. 

2. Anti-bakteria dan anti-mikrob

Salah satu dari sebatian utama dalam petai iaitu Cyclic polysulphides bertanggungjawab memberi rasa pedas pada petai dan menunjukkan ciri anti-bakteria dan anti-kulat.

Maka tidak hairanlah, petai ini digunakan untuk perubatan tradisional bagi meredakan masalah buah pinggang yang disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam buah pinggang seperti E.coli.

3. Anti-kanser dan anti-radang

Caryophyllene dan Lupeol adalah dua jenis sebatian yang terdapat dalam ekstrak petai dan dikatakan mempunyai sifat anti-kanser.

Bukan itu sahaja, Lupeol juga didapati mempunyai kesan anti-radang dan anti-artritis.

4. Menurunkan gula dalam darah

Saintis dari Universiti Pertanian Malaysia mendapati bahawa khasiat petai (ekstrak kloroform) mampu untuk mengurangkan paras glukosa darah yang disebabkan oleh aloksan.

Bukan itu sahaja, ada juga kajian yang menunjukkan wujudkan kesan hipoglisemik petai dengan dua sterol tumbuhan utama yang terdapat di dalamnya mampu bekerja bersama untuk menghasilkan kesan anti-diabetes.

5. Menjaga sistem penghadaman

Khasiat petai yang seterusnya adalah mampu untuk melancarkan pencernaan kerana ia mengandungi serat yang tinggi.

Serat ini membantu untuk mengumpul najis dan memudahkan ia untuk keluar.

Bahkan ia juga merupakan sumber prebiotik yang baik iaitu bahan yang menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat di dalam usus.

6. Mencegah anemia

Oleh kerana khasiat petai yang sarat dengan zat besi, ia membantu menggalakkan pembentukan hemoglobin dalam darah dan membantu mencegah masalah anemia.

7. Menurunkan tekanan darah tinggi

Kandungan potasium yang tinggi dalam petai dikatakan boleh mengurangkan risiko terkena strok atau tekanan darah tinggi.

8. Mengatasi sembelit

Khasiat petai yang tidak diragui dengan kandungan seratnya yang tinggi, ia boleh membantu untuk memulihkan fungsi usus yang normal, dan membantu mengatasi masalah ini tanpa mengunakan julap.

9. Meredakan ulser

Dalam sesetengah kes, ulser boleh mengurangkan kesan keasidan dan mengurangkan kerengsaan dengan melindungi lapisan perut.

10. Memberi perlindungan pada hati

Secara semula jadinya, petai mempunyai kesan pembersihan darah dan detoks badan.

Ia bertanggungjawab untuk menapis toksin daripada darah, dan thioproline, agen anti-kanser yang sama yang disebutkan di atas, merangsang detoksifikasi dalam hati dan membantu melindungi hati daripada kerosakan, yang disebabkan oleh pelbagai toksin seperti alkohol dan berlebihan parasetamol.

Kesan sampingan makan petai

Setiap makanan walaupun ia mempunyai manfaat yang baik kepada kesihatan, ia perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana.

Misalnya seseorang yang mengambil petai telalu banyak boleh menyebabkan nafasnya berbau sehingga mengganggu keselesaan ketika berkomunikasi dengan orang lain.

Ia juga boleh menyebabkan seseorang itu sakit perut, sakit kepala, dan sebagainya kerana pengambilan yang berlebihan.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan khasiat petai dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Amazing Health Benefits of Petai Beans – Parkia Speciosa. Petai.my
  2. Health benefits of Petai. Health Benefit Times
Bantu kami share artikel ini: