Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Mempunyai bau yang agak kuat seakan daun bawang, daun kucai sesuai sebagai penyeri bagi pelbagai hidangan seperti cucur, telur dadar, kuey teow goreng dan macam-macam lagi.

Sesetengah orang juga wajib letak daun kucai ketika menghidangkan juadah tertentu untuk membangkitkan lagi aroma masakan.

Ada kalanya, ia juga dijadikan sebagai pengganti daun bawang.

Selain menjadi ramuan sampingan dalam masakan, sebenarnya daun ini mempunyai pelbagai manfaat pada kesihatan yang ramai tak tahu.

Ayuh kita semak kebaikannya bersama-sama.

daun kucai

Khasiat Daun Kucai Untuk Tubuh

1. Tinggi Vitamin C

Mungkin sukar untuk anda percaya yang sebenarnya 100 gram daun kucai boleh membekalkan vitamin C bersamaan 2 kilo buah epal!

Seperti yang kita tahu, vitamin C adalah khasiat yang penting untuk melindungi sel dalam tubuh serta menguatkan daya tahan tubuh bagi melawan penyakit.

2. Berpotensi Mencegah Kanser

Beberapa kajian mencadangkan bahawa tumbuhan daripada keluarga bawang termasuk kucai mempunyai potensi untuk melawan kanser dalam tubuh.

Kompaun tertentu dalam daun ini termasuk sulfur didapati boleh menghalang kanser untuk merebak.

3. Menguatkan Memori

Kucai merupakan sumber yang baik bagi choline dan folate, iaitu komponen yang memainkan peranan penting dalam keupayaan fungsi memori.

Kajian juga mendapati orang yang mengambil lebih makanan dengan kandungan choline mempunyai prestasi yang lebih cemerlang dalam ujian kognitif.

Sementara itu, individu dengan kadar choline yang rendah lebih berisiko untuk alami Alzheimer.

Folate pula mempunyai fungsi penting untuk kebolehan kognitif serta kawalan mood seseorang.

Di samping, baik untuk menghalang dementia, folate juga memainkan peranan untuk mencegah beberapa masalah kesihatan seperti depression, kanser dan masalah jantung.

ini membuatkan kucai penting sebagai salah satu sumber makanan yang penting bagi mengelakkan masalah lemah upaya ingatan seperti Alzheimer atau dementia.  

 Mengurangkan Keradangan

Kucai juga diperkaya dengan pelbagai kompaun yang dapat membantu mengurangkan keradangan.

Sebuah kajian menunjukkan bahawa daun ini dapat mengurangkan stres oksidatif dan mampu berfungsi sebagai anti radang.

Untuk Menghalang Osteoporosis

Bukan sahaja kaya dengan vitamin C, malah daun ini juga padat dengan vitamin K, sebuah komponen yang cukup penting dalam membina ketumpatan tulang.

Vitamin K juga sering disarankan pada bayi dan kanak-kanak untuk menjamin ketumpatan tulang yang lebih baik sepanjang hayat.

Beza Kucai Dengan Daun Bawang

Mungkin ada di antara kita yang keliru untuk membezakan daun kucai dengan daun bawang. Memang tak dinafikan kedua-duanya mempunyai rupa yang agak sama.

Sebenarnya terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh anda kenalpasti untuk membezakannya.

Daun bawang mempunyai ukuran yang lebih besar, bulat dan panjang. Selain itu, ia juga lebih lembut serta rapuh dan mempunyai bentuk seperti penyedut minuman yang berlubang di tengah.

Daun kucai pula lebih nipis dan mempunyai rupa yang hampir sama dengan rumput.

Satu lagi ciri penting yang anda boleh perhatikan ialah daun bawang yang berwarna hijau lembut dan mempunyai warna putih di bahagian pangkalnya.

Daun kucai pula mempunyai warna hijau yang setara hingga ke pangkal.

daun kucai

Padat dengan kebaikan seperti vitamin C, vitamin K dan folate, tak sangka rupanya daun kucai ada pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Selepas ini, anda bolehlah lebihkan sedikit daun kucai sebagai penyeri masakan!

Sumber : Medical News Today, WebMD, Dr Axe, Britannica, rasa.my

Baca Juga : Daun Pegaga: Khasiat Pada Kesihatan & Cara Tanam Yang Betul

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!