Skim Dana Kreatif Perak RM10,000 Untuk Penggiat Kreatif 2021

SKIM DANA KREATIF PERAK @ PORT 2021 KINI DIBUKA.

DANA KREATIF PERAK@PORT ini bertujuan membantu para penggiat seni dan budaya di Perak meneruskan pengkaryaan masing-masing dengan lebih lancar.

Hantarkan proposal lengkap projek anda selewat-lewatnya 26 Disember 2021 melalui emel [email protected] ataupun terus ke pejabat PORT.

Apakah Dana Kreatif Perak @ PORT ?

Dana Kreatif Perak@PORT merupakan satu skim bantuan seni yang sistematik dengan memberi keutamaan kepada para pengkarya dan golongan usahawan bidang seni kreatif kelahiran Perak.

Tujuan utama dana ini adalah untuk membantu menyokong pergerakan dan perkembangan penggiat seni.

Objektif-objektif lainnya adalah untuk:

  1. Meluaskan penciptaan karya dalam bidang seni dan kreativiti
  2. Meringankan bebanan kos para penggiat seni untuk menyertai pameran, pementasan, konsert, bengkel dan forum di dalam dan di luar negara.
  3. Membantu menaikkan nama negeri Perak di peringkat nasional, serantau mahupun antarabangsa.
Dana kreatif perak

Kategori Dana

  • Seni visual
    • Seni halus
    • Seni fotografi
    • Seni mural / graffiti
    • Fesyen
    • Kartun
    • Komik
    • Seni video
    • Filem pendek
    • Kraftangan
    • Seramik
  • Seni Persembahan
    • Tarian
    • Teater
    • Puisidra
    • Monolog
    • Drama
    • Mime
    • Puppetry
  • Seni Muzik
    • Eksperimental
    • Independen
    • Brass band
    • Nasyid
    • Buskers

Tarikh Permohonan

Proposal perlu dihantar sebelum 26 Disember 2021.

Baca juga: Harga Perodua Myvi Baru 2022 & Pengecualian Cukai Jualan Kereta

Terma & Syarat

Terma dan syarat permohonan boleh rujuk pada poster di bawah.

Dana kreatif perak

Bajet 2022 juga menyediakan pelbagai bantuan untuk para belia dan penggiat seni. Rujuk sepenuhnya senarai bantuan Bajet 2022 di sini:

Bantuan Kredit RM150 & Senarai Bantuan Belia Dalam Bajet 2022

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layari

https://www.portipoh.com.my/

 Tentang PORT

PORT (People Of Remarkable Talents) merupakan jenama bagi Kampung Karyawan Amanjaya, sebuah agensi kebudayaan yang didanai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak, Malaysia.

Diasaskan pada tahun 2011, objektif utama PORT adalah untuk mengetengahkan bidang seni ke mata masyarakat melalui program-program berkaitan seni yang melibatkan personaliti-personaliti seni dan budaya dari dalam dan luar negara.

Objektif utama PORT adalah untuk menyediakan peluang khususnya bagi para belia di Perak untuk mengembangkan bakat mereka di dalam seni visual, seni persembahan, sastera, filem dan lain-lain bidang kreatif, selain menambah ilmu pengetahuan melalui anjuran program-program bicara seni dan forum.

Motto “Unity Thru Arts” menekankan kepentingan seni dan budaya sebagai satu platform penting untuk merayakan serta menjambatani bermacam jenis praktis dan pemikiran yang merentas bangsa dan latarbelakang.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!