IYF@KBS 2026: Permohonan Dana Antarabangsa Belia KBS

dana antarabangsa belia
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menawarkan Dana Antarabangsa Belia KBS (International Youth Fund, IYF@KBS) kepada belia yang berminat dan boleh dipohon menerusi https://www.kbs.gov.my/iyf.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai dana ini.

Mengenai Dana Antarabangsa Belia

Dana Antarabangsa Belia KBS (International Youth Fund, IYF@KBS) 2026 ialah inisiatif Kerajaan MADANI bagi membuka peluang belia Malaysia menyertai mesyuarat, forum, persidangan dan simposium di peringkat antarabangsa.

Tujuan utama dana ini diwujudkan adalah untuk menyokong penyertaan belia Malaysia untuk menghadiri/membentang kertas dalam mesyuarat, forum, persidangan atau simposium belia di peringkat antarabangsa.

Selain itu, objektif dana ini adalah seperti:

  • PENYERTAAN AKTIF BELIA – Meningkatkan penyertaan aktif belia Malaysia dan memanfaatkan peluang untuk perkongsian ilmu dan pengalaman antarabangsa.
  • JARINGAN STRATEGIK – Membina rangkaian strategik dengan organisasi belia, institusi antarabangsa, dan pemimpin global.
  • PENDEDAHAN ANTARABANGSA – Memberikan pendedahan antarabangsa kepada belia bagi membangunkan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan advokasi.
  • RENTAS BUDAYA – Meningkatkan kesedaran tentang isu-isu global dan memperkukuhkan kefahaman antara budaya.
  • IMEJ POSITIF MALAYSIA – Melahirkan duta belia yang mampu mempromosikan imej positif Malaysia di peringkat antarabangsa.

Skop Permohonan

Skop permohonan bagi dana ini adalah seperti berikut:

  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  • Komanwel
  • Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
  • Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan

Skop Penajaan

Nilai kelulusan maksimum adalah RM20,000.00 merangkumi:

  • Yuran Penyertaan
  • Tiket Penerbangan Kelas
  • Ekonomi (pergi & balik)
  • Elaun Makan
  • Elaun Penginapan
  • Insurans
  • Visa

Syarat Permohonan

Syarat permohonan dana ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.
  2. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menganggotai persatuan/ pertubuhan/ kelab yang berdaftar dengan ROY, ROS dan PJS.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, permohonan boleh dibuat menerusi portal https://www.kbs.gov.my/iyf.

Kaedah Pembayaran

Pemberian dana ini adalah secara one-off berdasarkan anggaran perincian perbelanjaan yang dikemukakan terhad kepada yuran penyertaan bagi mesyuarat/forum/persidangan/simposium, tiket penerbangan pergi dan balik (kelas ekonomi), elaun makan, insurans, visa dan penginapan sahaja tertakluk kepada kadar yang diluluskan di peringkat KBS.

Sebanyak 50% daripada jumlah kelulusan dana akan disalurkan sebagai bayaran pendahuluan kepada pemohon selepas menandatangani Surat Setuju Terima (SST) dan baki 50% hanya akan disalurkan setelah pemohon mengemukakan Laporan Lengkap Penyertaan Program dalam tempoh 14 hari selepas tarikh tamat program.

Garis Masa Permohonan

Garis masa permohonan adalah seperti berikut:

  • TARIKH PROGRAM: 1 Mac – 15 Nov 2026
  • PERMOHONAN DIBUKA: 16 Jan 2026
  • TUTUP PERMOHONAN: 6 Feb / 15 Mac / 15 Mei / 15 Jul 2026
  • KEPUTUSAN: 20 Feb / 1 Apr / 1 Jun / 1 Ogos 2026

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan IYF@KBS?

Dana ini merupakan inisiatif Kerajaan MADANI bagi membuka peluang belia Malaysia menyertai mesyuarat, forum, persidangan dan simposium di peringkat antarabangsa.

Apakah skop permohonan bagi memohon dana ini?

Skop permohonan adalah seperti berikut:
– Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
– Komanwel
– Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
– Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
– Pertubuhan Bukan Kerajaan

Apakah syarat permohonan bagi dana ini?

Syarat permohonan adalah seperti berikut:
– Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.
– Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menganggotai persatuan/ pertubuhan/ kelab yang berdaftar dengan ROY, ROS dan PJS.

Bagaimanakah cara untuk memohon dana ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi portal https://www.kbs.gov.my/iyf.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Dana Antarabangsa Belia KBS, sila layari laman web https://www.kbs.gov.my/iyf.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut