Cara Daftar Shopee Sebagai Penjual / Peniaga

Adakah anda seorang peniaga dan mahu mencari cara untuk daftar penjual Shopee?

Tidak dapat dinafikan bahawa laman edagang Shopee adalah laman yang sangat popular di Malaysia.

Ini dapat dilihat apabila rata-rata rakyat Malaysia akan berkongsi pautan ke Shopee apabila mencadangkan pembelian sesuatu kepada rakan-rakan dan kenalan mereka.

Sebagai penjual dan pemilik bisnes, ada seharusnya daftar penjual Shopee untuk mengambil manfaat daripada ratusan ribu atau jutaan pengguna berdaftar di Shopee yang menggunakan platform tersebut untuk mencari apa sahaja barangan yang mahu dibeli.

Jangan terkejut, ada juga penjual menjual barangan harian di Shopee!

Kelebihan menjual di Shopee

Sekiranya anda masih mempertimbangkan sama ada mahu menjual di Shopee atau tidak, berikut adalah beberapa kelebihan kepada penjual atau peniaga yang menggunakan Shopee untuk berniaga:

  1. Pendaftaran percuma
  2. Tidak memerlukan lesen perniagaan SSM
  3. Sangat mudah digunakan
  4. Ratusan ribu pengguna Shopee sedia ada (pemasaran percuma)
  5. Mudah untuk menguruskan kempen (berbayar)
  6. Boleh memanfaatkan program Free Shipping
  7. Boleh terlibat dengan kempen semasa Shopee (sempena Hari Raya, 11.11, 12. 12 dan sebagainya)
  8. Tersedia dalam 3 bahasa – Bahasa Melayu, inggeris dan Mandarin

Daftar akaun Shopee

daftar penjual shopee

Bagi anda yang pertama kali menggunakan Shopee dan mahu mendaftarkan akaun di Shopee, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman Shopee di https://shopee.com.my/
  2. Klik pada tulisan “Daftar” pada bahagian atas kanan laman tersebut
  3. Pada halaman berikut, anda boleh memilih sama ada hendak mendaftarkan akaun menggunakan nombor telefon, akaun Facebook atau akaun Gmail.
  4. Ikuti langkah-langkah yang diberikan dan lengkapkan segala maklumat yang diminta untuk melengkapkan proses pendaftaran akaun Shopee anda.

Nota: Anda perlu menyelesaikan langkah ini terlebih dahulu sebelum boleh daftar penjual sebagai penjual di Shopee.

Daftar sebagai penjual/peniaga

menjual di shopee

Setelah anda melengkapkan pendaftaran akaun di Shopee, barulah anda boleh mendaftar sebagai penjual di Shopee dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pada halaman utama Shopee, klik pada tulisan “Seller Centre” yan terletak pada bahagian atas kiri laman tersebut.
  2. Anda akan di bawah ke halaman Seller Centre di alamat berikut https://seller.shopee.com.my/portal/onboarding/
  3. Untuk memulakan proses pendaftaran, klik pada butang “Start Registration”
  4. Lengkapkan pendaaftaran dengan melengkapkan ketiga-tiga tahap seperti berikut:
    • Seller Information (Maklumat penjual)
    • hop Information (Maklumat kedai maya anda)
    • Shipping Channel (Cara pengeposan)

Setelah melengkapkan pendaftaran, anda boleh mula menjual dengan memuatnaik gambar dan maklumat barangan yang ingin dijual.

Bagi yang pertama kali menjual di Shopee, anda mungkin memerlukan sedikit masa untuk mempelajari cara menggunakan Shopee namun ianya tidak sukar dan apabila anda sudah mahir, segalanya akan menjaddi sangat mudah.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!