Cara Daftar Paypal Online Melalui Kad Debit / Kredit (Akaun Malaysia)

Adakah anda mahu menggunakan Paypal dan mahu ketahui cara daftar paypal bagi akaun di Malaysia?

Terdapat banyak cara atau medium penghantaran wang secara dalam talian dari Malaysia ke luar negara antaranya Western Union (WU), Paypal, MoneyGram, Valyou, Pos Malaysia dan banyak lagi.

Selain menghantar wang ke luar negara, platform sama juga boleh digunakan untuk menerima wang dari luar.

Perkara ini amat penting untuk diketahui lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai urusan jual beli dengan peniaga atau pembeli dari luar Malaysia.

Apa itu Paypal?

Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya apakah itu Paypal?

PayPal ialah perkhidmatan kewangan dalam talian yang membolehkan anda menghantar dan menerima wang menggunakan akaun internet yang selamat.

Anda hanya perlu menambah butiran akaun bank, kad kredit atau kad debit anda dan akaun bank anda dipautkan ke akaun PayPal anda.

Setiap kali anda membayar menggunakan PayPal, wang akan keluar dari akaun terpaut anda.

Dan apabila seseorang menghantar wang kepada anda di Paypal, wang yang diterima akan disimpan dalam akaun PayPal anda.

Wang dalam akaun PayPal anda boleh digunakan apabila membayar sesuatu atau dipindahkan ke akaun bank anda.

Kelebihan Daftar Akaun Paypal

Mengapakah anda perlu daftar dengan Paypal untuk segala transaksi antarabangsa anda?

  1. Keselamatan bertaraf dunia – Semua maklumat kewangan anda disulitkan dengan selamat dan dilindungi dengan pemantauan anti-penipuan 24/7
  2. Penghantaran balik percuma – Mengubah fikiran anda tentang pembelian anda? Hantar semula dan dapatkan bayaran balik sehingga AS$15 untuk penghantaran balik.
  3. Dapatkan ganjaran – Paypal bekerjasama dengan bank tempatan dan luar negara supaya anda boleh menggunakan kad pilihan anda dan terus memperoleh ganjaran.
  4. Sentiasa dilindungi – Jika berlaku masalah dengan pembelian anda, anda dilindungi oleh Perlindungan Pembeli PayPal.

Cara Daftar Akaun Paypal Malaysia

daftar paypal

Proses pendaftaran akaun Paypal tidaklah sesukar yang disangka dan anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:

  1. Layari laman web rasmi Paypal di alamat https://www.paypal.com/my/home
  2. Pada bahagian menu, klik butang “Sign Up”
  3. Ada diberi 2 pilihan akaun untuk mendaftar – Personal Akaun (Akaun Peribadi) dan Business Account (Akaun Bisnes). Sila baca dengan teliti perbezaan antara kedua jenis akaun sebelum mendaftar
  4. Masukkan nombor telefon bimbit anda. Kod pengesahan akan dihantar ke nombor yang didaftarkan
  5. Lengkapkan pendaftaran akaun Paypal dengan melengkapkan segala butiran yang dikehendaki
  6. Tandakan pada kotak pengesahan di akhir halaman yang menandakan anda bersetuju dengan terma dan syarat
  7. Tunggu emel pengesahan dihantar ke alamat emel anda
  8. Buka emel anda dan klik pada pautan yang disertakan dalam emel tersebut untuk pengesahana
  9. Kemudian anda perlu Verify Akaun Paypal dan Verify Akaun Bank anda yang ingin dipautkan pada akaun Paypal anda

Cara Pautkan Kad Debit / Kad Kredit Dengan Paypal

Untuk menggunakan Paypal bagi tujuan pembelian, anda perlu memautkan akaun kad debit/kredit bank tempatan anda dengan akaun anda yang baru sahaja didaftarkan.

  1. Log masuk akaun Paypal anda
  2. Klik pada Settings dan masukkan maklumat peribadi beserta maklumat akaun bank anda
  3. Kemudian, masukkan butiran nombor akaun anda pada bahagian Financial Information
  4. Klik “Link a new bank akaun” dan masukkan segala butiran yang dikehendaki
  5. Klik “Continue”
  6. Lengkapkan verifikasi akaun bank anda dengan memasukkan kod yang dihantar melalui SMS, emel atau panggilan

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila layari laman web rasmi Paypal Malaysia dan ikuti panduan penuh di pautan berikut:

https://www.paypal.com/my/home

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!