Harga Tol PLUS & Cara Semakan Setiap Laluan Di Malaysia

Harga Tol PLUS & Cara Semakan Setiap Laluan Di Malaysia ~ Dalam persiapan untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri tahun ini, anda juga perlu standby wang perjalanan yang mencukupi terutamanya bayaran tol.

Ini bagi mengelakkan masalah kekurangan baki di plaza tol sehingga menyebabkan kesesakan trafik. Nanti mulalah nak reverse kereta sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain !

Tahukah anda sebenarnya anda boleh semak harga tol lebuhraya mengikut jarak plaza masuk dan plaza keluar ?

Jom ikuti cara semakan Tol PLUS yang cukup mudah !

Baca Juga : Harga Runcit Minyak Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel

harga tol PLUS

Cara Semakan Harga Tol PLUS Setiap Laluan

Bagi memudahkan pengguna jalanraya membuat kadar semakan bayaran tol, sebuah laman web khas khas telah dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pautan ini membolehkan orang ramai untuk semak kadar bayaran ke destinasi di lebuhraya seluruh Malaysia.

Cara untuk semak harga tol adalah seperti berikut :

  1. Layari pautan http://kadartol.llm.gov.my/
  2. Pilih lebuhraya yang anda ingin gunakan
  3. Pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar kemudian tekan butang CARI
  4. Kadar bayaran serta jarak perjalanan akan dipaparkan mengikut kelas kenderaan.
harga tol plus

Anda juga boleh membuat semakan melalui TOLL Fare Calculator di laman web rasmi PLUS melalui pautan berikut

https://www.plus.com.my/

Penurunan Harga Bayaran Tol Sebanyak 18% Bagi Lebuhraya Kendalian PLUS

Untuk makluman anda, harga bayaran tol yang dipaparkan melalui pautan berikut sudah dikurangkan sebanyak 18% sejak 1 Februari 2020 !

Ia dilaksanakan bagi Penurunan ini dilaksana bagi semua kenderaan penumpang (kelas 1), teksi (kelas 4), dan bas (kelas 5) sehingga tamat konsesi.

 Bagi lori (kelas 2&3) kadar bayaran tol akan kekal sehingga tamat konsesi PLUS pada tahun 2058.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut serta perkembangan terkini, sila layari pautan berikut :

Facebook Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia

Laman Twitter Rasmi LLM Trafik

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengurus perjalanan dengan lebih mudah. Lepas ini, pasti tidak akan timbul lagi masalah kekurangan wang ketika ingin bayar tol.  Semoga anda selamat pergi dan balik ke destinasi !

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!