Cara Daftar Youtube Channel Sendiri & Upload Video Online

cara upload video Youtube

Adakah anda berminat nak menjadi Youtuber dan mencari cara upload video anda di Youtube? Ini cara daftar Youtube Channel anda sendiri secara percuma!

Sukar untuk mempercayai bahawa sebelum YouTube mula beroperasi pada tahun 2005, tidak ada cara yang popular untuk berkongsi video di Internet dengan rakan, keluarga dan orang yang tidak dikenali.

Hari ini, adalah pantas dan mudah untuk menerbitkan video dalam talian (mengikut statistik 300 jam video baharu dimuatnaik pada YouTube setiap minit setiap hari).

Format video yang disokong Youtube

cara upload video Youtube

Sebelum anda memuat naik video anda ke YouTube, anda perlu memastikan video yang ingin dimuat naik mestilah direkodkan dalam salah satu format yang berikut:

  • .MOV
  • .MPEG4
  • .MP4
  • .AVI
  • .WMV
  • .MPEGPS
  • .FLV
  • 3GPP
  • WebM
  • DNxHR
  • ProRes
  • CineForm
  • HEVC (h265)

Senarai ini mungkin dikemaskini oleh pihak Youtube dari semasa ke semasa.

Cara Daftar Youtube

  1. Buka halaman YouTube dalam pelayar web : http://youtube.com
  2. Log masuk ke dalam akaun menggunakan emel Google.
  3. Klik pada gambar profil anda  dan klik Create a channel
  4. Isikan maklumat channel dan buat pengesahan Google Account name and photo).

Cara Muatnaik Video Youtube Online Di Website

Mari lihat cara upload video Youtube terus dari pelayar web di komputer anda.

  1. Buka halaman YouTube dalam pelayar web.
  2. Log masuk ke dalam akaun menggunakan emel Google.
  3. Klik butang “Create” video di bahagian atas skrin.
  4. Kemudian klik “Muat naik video”.
  5. Halaman muat naik video akan dipaparkan.
  6. Di bawah “Select files to upload”, klik “Public”dan pilih taha privasi yang anda inginkan untuk video itu.
  7. Klik anak panah besar untuk memilih fail video, atau anda boleh menyeret fail video ke ruangan muat naik video.
  8. Semasa video dimuat naik, anda boleh memasukkan maklumat seperti nama dan penerangan mengenai video.
  9. Klik “Publish” untuk melengkapkan proses muatnaik video.

Cara Upload Video Youtube Melalui Aplikasi Telefon Pintar

Mari lihat cara upload video Youtube terus dari aplikasi telefon pintar anda.

  1. Muat turun dan install aplikasi YouTube pada iPhone atau telefon Android anda.
  2. Ketik butang muat naik video di bahagian atas skrin. Ia kelihatan seperti ikon kamera video. Jika ini kali pertama anda menggunakan ciri muat naik, anda mungkin perlu memberikan kebenaran aplikasi untuk mengakses kamera dan foto anda.
  3. Pada skrin seterusnya, ketik video yang ingin anda muat naik (anda juga boleh merakam video baharu atau “Go Live”, bermakna anda akan mula menstrim langsung daripada kamera telefon anda).
  4. Ketik butang “Next”.
  5. Masukkan maklumat seperti nama video, pilih tahap privasi dan ketik “Upload”.

Maklumat Lanjut & Cara Daftar Youtube

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk penerangan di pautan berikut:

https://support.google.com/youtube/answer/1646861?hl=en

Baca juga: Go+ TNG : Cara Daftar & Ciri Baharu eWallet Touch N Go Patuh Syariah

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!