Advertisements

Permohonan MyKid JPN 2022, Dokumen & Semakan Status Online

Advertisements

Dah buat semakan MyKid? Dengar kata ramai yang masih belum dapat ambil di JPN walaupun dah lama hantar permohonan.

Untuk makluman, anda boleh walk-in ke JPN berdekatan, hanya perlu sijil lahir anak, IC mak / ayah (ori & copy) dan sijil nikah (ori & copy).

Permohonan juga boleh dibuat secara walk in terus tanpa perlu membuat temu janji.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan MyKid JPN bagi tahun 2022.

mykid jpn

Apakah MyKid?

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

Kelebihan MyKid

1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta

2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.

3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil

Advertisements

4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.

5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.

6. Bentuk cantik dan menarik

mykid

Cara Permohonan MyKid

MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan MyKid:

  1. Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
  2. Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
    • Salinan IC bapa
    • Salinan IC ibu
  3. Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir

Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi

Untuk memohon, sila ke JPN terdekat dan UTC berhampiran di senarai berikut:

https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan

Baca juga:

Cara Semakan Status Online

Untuk semakan status permohonan online, sila rujuk pautan berikut:

http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 
Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel(@jpn.gov.my): pro

Leave a Comment