Kalendar Islam 2025 & Tarikh Penting Bulan Islam

Umat Islam di Malaysia boleh mengetahui kalendar Islam 2025 dan tarikh penting dalam bulan Islam seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kalendar ini diharap dapat membantu umat Islam dalam merancang aktiviti dan persediaan lebih awal.

Takwim Kalendar Islam 2025 / 1446-1447H

Berikut adalah kalendar Islam bagi tahun 2025 untuk rujukan umum.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2025:

Tarikh HijriTarikh MiladiHari Perayaan/Hari Kebesaran Dalam Islam
27 Rejab 144627 Januari 2025Israk dan Mikraj
*1 Ramadhan 14462 Mac 2025* Awal Ramadan/Berpuasa
17 Ramadhan 14462 Mac 2025Nuzul Al-Quran
*1 Syawal 144631 Mac 2025Hari Raya Puasa/Aidilfitri
*1 Zulhijjah 144629 Mei 2025Awal Zulhijjah
*10 Zulhijjah 14467 Jun 2025* Hari Raya Korban/Aidiladha
1 Muharam 144727 Jun 2025Awal Muharam/Maal Hijrah
12 Rabiulawal 14475 September 2025Maulidur Rasul

Info Mengenai Tarikh/Hari Kebesaran Dalam Islam

Berikut adalah info mengenai tarikh atau hari kebesaran dalam Islam.

1) 27 Rejab: Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj adalah peristiwa yang menghubungkan antara dua Masjid besar iaitu Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin, sebelum Baginda SAW dinaikkan ke langit.

Peristiwa ini menjadi salah satu pembuktian keimanan terhadap kebenaran Baginda SAW kerana ia merupakan satu mukjizat.

Ketika itu, ada juga yang tidak mempercayai peristiwa yang dialami oleh Nabi SAW tersebut, sehingga sebahagian daripada penduduk Mekah ragu-ragu terhadap agama Islam.

Tetapi, keimanan Saidina Abu Bakar R.A tidak sedikit pun goyah, sambil beliau berkata: “Demi Allah, jika itulah yang Nabi Muhammad SAW katakan, sungguh dia berkata benar. Demi Allah, sesungguhnya dia pernah memberitahuku mengenai kedatangan wahyu kepadanya menerusi Jibril AS pada mana-mana waktu, malam ataupun siang, terus aku mempercayainya dan aku bersaksi bahawa beliau adalah utusan Allah yang sebenarnya.”

2) 15 Syaaban : Malam Nisfu Syaaban

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Allah SWT melihat hambaNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua hambaNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
Sahih Ibnu Hibban (5665)

3) 1 Ramadan : Awal Ramadan*

Awal Ramadan ialah permulaan bagi umat Islam berpuasa seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

4) 17 Ramadan : Nuzul al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad. Ketika itu, baginda sedang beribadat di Gua Hira’.

5) 1 Syawal : Hari Raya Aidilfitri*

Hari Raya Aidilfitri juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran yang disambut pada 1 Syawal merupakan kemenangan besar bagi umat Islam setelah sebulan bermujahadah melawan nafsu dan melaksanakan amal ibadah dengan tekun pada bulan Ramadan.

6) 1 Zulhijjah : Awal Zulhijjah

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini.” yakni 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda: “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

7) 10 Zulhijjah : Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Aidiladha di Malaysia jatuh pada hari ke-10 Zulhijah dan berlangsung selama empat hari iaitu hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Tujuan Hari Raya Haji ini disambut adalah untuk memperingati peristiwa tentang pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S. kepada Allah S.W.T. dan kesabaran anaknya, Nabi Ismali A.S. dalam memenuhi perintah Allah.

8) 1 Muharam : Maal Hijrah/Tahun Baru Islam

Sambutan Maal Hijrah disambut sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Muhammad S.A.W. dan sahabat yang berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang membuahkan hikmah cukup besar apabila kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, dan berkembangnya umat Islam dan tersebar ke seluruh pelosok dunia.

9) 12 Rabiulawal : Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah S.A.W.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!