Pengumuman Cuti Tambahan Aidilfitri 20 Mac / 23 Mac 2026 – PM

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

TERKINI: Cuti Hari Raya Aidilfitri Tambahan Diumumkan Oleh Perdana Menteri – iaitu pada 20 Mac atau 23 Mac, bergantung kepada tarikh Hari Raya Aidilfitri!

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat beberapa pengumuman khusus buat rakyat menjelang perayaan Aidilfitri membabitkan beberapa berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Pengumuman Cuti Tambahan Aidilfitri 20 Mac / 23 Mac 2026 – Perdana Menteri

Rakyat Malaysia akan diberi cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2026.

Cuti Hari Raya Tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Cuti tambahan pada Jumaat atau Isnin, tertakluk kepada tarikh Hari Raya Aidilfitri :
    • Jika raya jatuh pada Jumaat (20 Mac 2026) , cuti tambahan diberikan pada Isnin, 23 Mac 2026
    • Jika raya jatuh pada Sabtu (21 Mac 2026) , cuti tambahan diberikan pada Jumaat, 20 Mac 2026
@bernamatvofficial

Cuti tambahan Hari Raya pada Isnin (23 Mac) jika Aidilfitri jatuh pada Jumaat (20 Mac), atau pada Jumaat (20 Mac) jika Aidilfitri jatuh pada Sabtu (21 Mac) – PM Anwar digitalbernamatv anwaribrahim cutitambahan aidilfitri

♬ Bincang Raya – Amira Othman & Irfan Haris
Sumber: Tiktok BERNAMA

Susulan pengumuman PMX, berikut merupakan kenyataan media rasmi oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara :

Pejabat Ketua Setiausaha Negara

Nak senang faham cuti tambahan raya yang PM umum tu macam ni.

Kalau JUMAAT raya
20/3/26 Jumaat – Raya Pertama
21/3/26 Sabtu – Raya Kedua
22/3/26 Ahad – Cuti Biasa Ahad
23/3/26 Isnin – Cuti Khas Tambahan

Kalau SABTU raya
20/3/26 Jumaat – Cuti Khas Tambahan
21/3/26 Sabtu – Raya Pertama
22/3/26 Ahad – Raya Kedua
23/3/26 Isnin – Cuti Forward sebab Ahad cuti umum

KESIMPULAN : Cuti umum automatik jadi 4 hari.
Tak kisahlah raya jatuh hari Jumaat / Sabtu — Sebabnya Jumaat dan Isnin TETAP JUGA CUTI.

Jadi, Khamis ni lepas balik kerja terus boleh gerak balik kampung!

Sumber infografik: Berita RTM

Sila rujuk kalendar cuti sekolah dan cuti Hari Raya melalui artikel berikut:

  1. Cuti Sekolah KPM Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026
  2. Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 – 1 Syawal Jumaat Atau Sabtu?
  3. Tarikh Cuti_Raya Negeri Melaka_2026

Adakah Pekerja Swasta Pun Dapat Cuti Pada 20 atau 23 Mac 2026?

Cuti tambahan Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh Perdana Menteri tersebut diisytiharkan di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951.

Ini bermaksud, cuti yang diisytiharkan ini merupakan hari kelepasan am yang terpakai kepada pekerja sektor swasta tertakluk kepada seksyen 60D Akta Kerja 1955 [Akta 265]. Berdasarkan peruntukan tersebut, majikan boleh menggantikan hari kelepasan am berkenaan dengan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti am bergaji kepada pekerja.

Majikan hendaklah memaklumkan kepada pekerja berhubung pengaturan cuti tambahan tersebut sama ada diberikan tarikh yang diisytiharkan atau digantikan dengan hari lain yang sesuai. Sekiranya pekerja dikehendaki bekerja pada hari kelepasan am yang diiystiharkan, pekerja tersebut LAYAK menerima kadar bayaran kerja pada hari kelepasan am sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955.

cuti tambahan raya 2026
cuti tambahan raya 2026
Sumber siaran media: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
cuti tambahan raya 2026
cuti tambahan raya 2026
Sumber: Akta Kerja 1955

Semoga Syawal yang bakal tiba membawa lebih kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.

Soalan Lazim FAQ Cuti Tambahan Hari Raya Aidilfitri 2026

Bilakah tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 di Malaysia?

Berdasarkan jangkaan takwim JAKIM, Hari Raya Aidilfitri 2026 dijangka disambut pada 21 Mac 2026 (Sabtu), namun ia tertakluk kepada pengisytiharan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas cerapan anak bulan. Terdapat spekulasi bagi tahun 2026 di mana ia akan disambut sehari lebih awal iaitu pada Jumaat, 20 Mac 2026.

Bilakah cuti tambahan yang diumumkan sempena Hari Raya Aidilfitri 2026?

Kerajaan menetapkan sama ada 20 Mac 2026 (Jumaat) atau 23 Mac 2026 (Isnin) sebagai cuti tambahan Hari Raya Aidilfitri.

Mengapa terdapat dua pilihan tarikh cuti tambahan?

Penetapan cuti ini bergantung kepada tarikh sebenar Hari Raya Aidilfitri yang akan ditentukan melalui pengumuman rasmi selepas cerapan anak bulan.

Jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 21 Mac 2026, bilakah cuti tambahan?

Sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 21 Mac 2026 (Sabtu), maka 20 Mac 2026 (Jumaat) akan diisytiharkan sebagai cuti tambahan.

Jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 20 Mac 2026, bilakah cuti tambahan?

Sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 20 Mac 2026 (Jumaat), maka 23 Mac 2026 (Isnin) akan menjadi cuti tambahan.

Siapakah yang akan menikmati cuti tambahan ini?

Cuti tambahan Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh Perdana Menteri tersebut diisytiharkan di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951.

Apabila sesuatu hari kelepasan diisytiharkan di bawah peruntukan ini, semua majikan dikehendaki mematuhinya, termasuk syarikat sektor swasta yang biasanya tidak mengambil semua hari kelepasan awam yang diwartakan. Dengan kata lain, apabila hari kelepasan tersebut diisytiharkan secara rasmi oleh Kerajaan, ia menjadi hari kelepasan awam wajib di seluruh negara.

Oleh itu, majikan perlu membuat persediaan yang sewajarnya untuk mematuhi pengisytiharan tersebut dan memastikan pekerja diberikan cuti berkenaan atau pampasan yang sewajarnya mengikut undang-undang pekerjaan yang berkuat kuasa.

Adakah sektor swasta wajib mematuhi cuti tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 20 atau 23 Mac 2026?

Cuti tambahan yang diumumkan kerajaan dibuat di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951, yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am tambahan.

Jika pekerja diminta bekerja pada hari kelepasan am, majikan perlu mematuhi kadar bayaran yang ditetapkan di bawah Seksyen 60D Akta Kerja.

Manakala bagi majikan, pengurusan cuti pekerja pula tertakluk kepada Seksyen 60D Akta Kerja 1955.
Di bawah seksyen ini, majikan boleh:
• menggantikan hari kelepasan am kepada hari lain
• dengan persetujuan pekerja
• bagi tujuan mengurus operasi atau jadual kerja

Ini membolehkan syarikat menyusun semula tenaga kerja atau mengawal kos bayaran kerja pada Hari Kelepasan Am (public holiday).

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut