Cuti Tambahan KPM 18 Mac 2026 Sempena Hari Raya Aidilfitri

TERKINI : TARIKH CUTI UMUM HARI RAYA AIDILFITRI 2026, CUTI TAMBAHAN & CUTI SEKOLAH KPM BAGI SEMUA NEGERI DAN SEKOLAH

Hebahan dan Makluman

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac 2026 (Rabu) kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026. Pemberian cuti tambahan ini bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan yang sewajarnya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Rujuk tarikh hari raya dan cuti sekolah yang diumumkan KPM bagi tahun 2026 dalam artikel ini selanjutnya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1447H / 2026M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

Berikut dikongsikan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026.

TAHUNTARIKHHARICUTINEGERI
202621 MACSABTUHARI RAYA AIDIL FITRISEMUA NEGERI
202622 MACAHADHARI RAYA KE-2SEMUA NEGERI
202623 MACISNINHARI RAYA KE-3JOHOR SAHAJA
Tarikh Hari Raya Puasa 2026

Untuk rujukan perancangan cuti anda, sila rujuk Kalendar Kuda 2026 di bawah:

Cuti Tambahan Bagi Sekolah KPM Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026

Lazimnya KPM akan memberi cuti tambahan kepada guru dan pelajar bagi urusan persiapan Aidilfitri.

Pemberian cuti itu diberikan bagi memudahkan pihak yang terbabit untuk membuat persiapan hari raya.

Bagi tahun 2026, pemberian cuti telah diumumkan melalui Takwim Kalendar Akademik 2026/2027 yang dikeluarkan oleh KPM.

Tambahan cuti perayaan bagi Hari Raya Aidilfitri yang diperuntukkan oleh KPM adalah 3 (tiga) hari cuti tambahan untuk Kumpulan A dan Kumpulan B seperti berikut :

  • KUMPULAN A
    • 18 Mac 2026 (Rabu)
    • 19 Mac 2026 (Khamis)
    • 21 Mac 2026 (Sabtu)
    • 22 Mac 2026 (Ahad)
  • KUMPULAN B
    • 18 Mac 2026 (Rabu)
    • 19 Mac 2026 (Khamis)
    • 20 Mac 2026 (Jumaat)
    • 21 Mac 2026 (Sabtu)
    • 22 Mac 2026 (Ahad)

Sila rujuk lampiran di bawah:

Berikut dikongsikan juga senarai cuti-cuti lain yang terlibat pada bulan Mac 2026:

  • 4 Mac – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
  • 7 Mac – Nuzul Al-Quran (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak)
  • 30 Mac – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)

Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 21 Mac 2026 (Sabtu) mengikut kalendar 2026 (tertakluk pada perubahan).

Berikut dikongsikan tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026 melalui kalendar Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2025 / 1446-1447H Di Malaysia yang diterbitkan oleh pihak JAKIM.

Tarikh Hari Aidilfitri 2026 pada 20 Mac (Jumaat) atau 21 Mac (Sabtu)?

Ia hanya jangkaan berdasarkan kalendar Islam JAKIM 1447H. Pengumuman rasmi tetap perlu tunggu pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada tarikh yang ditetapkan nanti.

Kenapa tarikh Malaysia kadang berbeza dengan negara lain?

Setiap negara mempunyai kaedah cerapan dan kriteria anak bulan berbeza. Jadi kemungkinan berlaku perbezaan satu hari adalah normal.

Bila cuti umum Hari Raya Aidilfitri di Malaysia?

Jika 1 Syawal jatuh pada Jumaat, 20 Mac 2026, maka:
Hari Raya Pertama: Jumaat (Cuti Umum)
Hari Raya Kedua: Sabtu (Cuti Umum)

Jika 1 Syawal jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026, maka:
Hari Raya Pertama: Sabtu (Cuti Umum)
Hari Raya Kedua: Ahad (Cuti Umum)

Berapa hari cuti Hari Raya untuk pekerja?

Untuk Hari Raya Aidilfitri, biasanya terdapat:
2 hari cuti umum persekutuan (Hari Raya Pertama & Kedua)
Jika majikan telah memilih kedua-dua hari tersebut sebagai sebahagian daripada 11 hari cuti umum berbayar, maka majikan WAJIB beri 2 hari cuti berbayar.

Majikan Tak Beri Cuti Pada Hari Raya?

Ada yang kena kerja pada Hari Raya? Apa nak buat? Adakah ia hak anda sebagai pekerja, atau ia adalah hak majikan?

Mengikut Akta Kerja 1955, hanya ada 5 hari cuti umum wajib dan berbayar dalam satu tahun.

Cuti-cuti tersebut ialah:

  1. Hari Pekerja (1 Mei)
  2. Hari Keputeraan Raja-Raja / Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
  3. Hari Keputeraan YDP Agong (6 Jun)
  4. Hari Kebangsaan (31 Ogos)
  5. Hari Malaysia (16 September)

Sementara itu, 6 hari pilihan Majikan ini pula tertakluk kepada mana-mana hari yang diwartakan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 8 Akta Cuti Kelepasan Am 1951.

Enam hari kelepasan am yang lain ini perlu ditetapkan oleh Majikan pada awal tiap-tiap tahun.

Jika diperlukan dan diarahkan majikan untuk bekerja pada hari tersebut, bayaran tambahan perlu dibayar [Rujuk Seksyen 60D (3) Akta Kerja 1955]

Jadi, jika majikan masih memaksa anda bekerja walaupun Hari Raya Aidilfitri sudah termasuk oleh syarikat anda dalam 11 hari cuti wajib itu, maka;

Majikan wajib membayar:

  • 3 kali ganda gaji harian (jika bekerja lebih masa pada hari raya).
  • 2 kali ganda gaji harian (jika bekerja pada hari raya yang diwartakan).

Sila rujuk penjelasan cuti hari raya dalam video di bawah:

@lawyergandhi

Di Malaysia, pekerja berhak mendapat sekurang-kurangnya 11 hari cuti umum setahun, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955. Cuti ini termasuk Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, dan cuti perayaan lain yang ditetapkan oleh majikan. Majikan boleh memilih sama ada mahu memasukkan Aidilfitri dalam senarai cuti tersebut atau tidak. Jika majikan mengarahkan anda bekerja pada hari raya yang dianggap sebagai cuti umum di tempat kerja anda, Seksyen 60D(3)(a) Akta Kerja 1955 menetapkan bahawa majikan wajib membayar 2 kali ganda gaji harian untuk masa kerja biasa. Jika anda bekerja lebih masa pada hari tersebut, anda layak menerima 3 kali ganda gaji biasa. Jika hari raya bukan dianggap sebagai cuti umum di tempat kerja anda, majikan tidak diwajibkan membayar kadar berganda, melainkan terdapat perjanjian untuk cuti ganti atau bayaran tambahan. #LawyerGandhi #HariRayaKerja #HakPekerja #aktakerja1955 #CutiUmum #30hari30undang2

♬ Serumpun – Mimifly
Sumber: Tiktok @lawyergandhi

Sambutan Hari Raya Di Malaysia

Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa adalah perayaan terbesar yang disambut oleh umat Islam di Malaysia.

Hiasan juga dapat dilihat di rumah-rumah, kedai, kompleks membeli-belah serta sepanjang jalan sejak bulan Ramadan lagi.

Di sesetengah negara lain, Hari Raya Aidil Adha lebih diraikan dan lebih meriah sambutannya berbanding Hari Raya Puasa.

Perayaan ini disambut bagi meraikan ‘kemenangan’ setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2021 juga adalah dengan mengikut kaedah ‘melihat anak bulan’ / rukyah seperti mana penentuan bulan Ramadan.

Malam raya (iaitu hari terakhir berbuka puasa) adalah malam yang meriah di mana saudara-mara sudah mula berkumpul dan tiba di kampung halaman masing-masing.

Pada Hari Raya, umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.

Kanak-kanak juga antara yang paling gembira kerana mereka akan mendapat ‘duit raya’ setelah bersalaman dengan ahli keluarga, sanak-saudara dan orang dewasa.

Sebagai menzahirkan kesyukuran, zakat fitrah adalah perkara wajib dilakukan sebelum atau pada 1 Syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan.

Rumah terbuka juga sering diadakan di rumah-rumah, pejabat, syarikat, dan sebagainya.

Pelbagai juadah yang lazim dihidangkan seperti ketupat, rendang, lemang, kuih muih serta manisan tradisional seperti wajik dan dodol yang menjadi hidangan simbolik pada Hari Raya.

Kami di eCentral mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.