Cuti Raya Johor 2026 & Hari Keputeraan Sultan Johor

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Cuti Raya Johor 2026 menjadi antara tempoh cuti yang panjang (5 hari) bagi rakyat di negeri ini memandangkan sambutan Aidilfitri jatuh berdekatan dengan hari kelepasan am negeri yang lain iaitu Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor serta Cuti Tambahan Aidilfitri.

Untuk rujukan rasmi mengenai hari kelepasan am negeri Johor, anda boleh menyemak jadual penuh di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor.

Semak info penuh Cuti Raya Johor 2026 di bawah.

Cuti Raya Johor 2026
Ringkasan Cuti Raya Johor 2026
  • 18 – 20 Mac 2026: Cuti tambahan sekolah Aidilfitri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
  • 20 Mac 2026: Cuti tambahan Aidilfitri oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia (jika Raya jatuh Sabtu)
  • 23 Mac 2026: Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor (cuti negeri Johor), dan cuti tambahan Aidilfitri (jika Raya jatuh Jumaat)
  • 24 Mac 2026: Cuti ganti (jika berlaku pertindihan cuti)
  • 25 Mac 2026: Masuk kerja semula
  • 24 – 29 Mac 2026: Cuti Penggal 1 sekolah di Johor
  • 30 Mac 2026: Sekolah dibuka semula

Tarikh Cuti Hari Raya Johor 2026

Berdasarkan jadual kalendar rasmi yang yang dikongsikan Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor, tarikh cuti Hari Raya Johor bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:

  • Hari Raya Pertama: 21/03/2026 (SABTU)
  • Hari Raya Kedua: 22/03/2026 (AHAD)

Walaubagaimanapun, tarikh ini adalah tertakluk kepada Pengumuman Rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas proses cerapan anak bulan (rukyah hilal) dilakukan pada 19 Mac 2026. 

Pengumuman tersebut akan disiarkan secara langsung melalui radio dan televisyen pada malam melihat anak bulan bagi menentukan tarikh sebenar sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia.

BACA JUGA: Cuti Tambahan Raya 2026 – Swasta Cuti Tak? Ini Hak Pekerja Perlu Tahu

cuti raya johor 2026 cuti keputeraan johor

JOHOR ISYTIHAR CUTI GANTI 24 MAC INI

Kerajaan Johor mengisytiharkan hari Selasa, 24 Mac 2026 sebagai Hari Cuti Ganti berikutan Hari Kelepasan Am Negeri Johor sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang jatuh pada Isnin, 23 Mac 2026.

Hari Cuti Ganti ini juga mengambil kira 2 Syawal 1447H (Ahad, 22 Mac 2026) serta selaras dengan edaran surat Hari Kelepasan Am Negeri Johor Darul Ta’zim bagi Tahun 2026. Justeru itu, hari bekerja akan bermula semula pada Rabu, 25 Mac 2026.

Tarikh Cuti Umum Hari Keputeraan Sultan Johor 2026

Bagi negeri Johor, cuti Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2026 akan diikuti dengan cuti umum negeri sempena Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor iaitu pada 23 Mac 2026.

Menariknya, Hari Raya Aidilfitri 2026 dijangka jatuh pada hujung minggu. Kemudian, diikuti dengan Hari Keputeraan Sultan Johor pada hari Isnin. Ditambah pula dengan Cuti Tambahan Aidilfitri yang diberikan kerajaan.

Ini secara tidak langsung mewujudkan long weekend cuti raya di Johor.

Berikut ialah dua kemungkinan situasi cuti raya Johor 2026 berdasarkan anggaran kalendar dan undang-undang negeri Johor:

Situasi 1: Jika Raya Jatuh Pada Hari Jumaat

Jika Hari Raya Aidilfitri disambut pada 20 Mac 2026 (Jumaat), jadual cuti di Johor adalah seperti berikut:

TarikhHariPerkara
20 Mac 2026JumaatHari Raya Aidilfitri
21 Mac 2026SabtuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua
22 Mac 2026AhadHujung Minggu
23 Mac 2026IsninHari Keputeraan Rasmi Sultan Johor
24 Mac 2026SelasaCuti Ganti bagi Cuti tambahan Aidilfitri yang bertindih dengan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor

Menurut pengumuman kerajaan Persekutuan:

  • Jika Hari Raya Aidilfitri jatuh Jumaat (20 Mac)
  • Kerajaan mengisytiharkan cuti tambahan pada Isnin (23 Mac).

Tetapi di Johor, 23 Mac adalah merupakan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor.

Mengikut peraturan cuti negeri Johor: Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Am yang lain, maka cuti tersebut digantikan pada hari bekerja berikutnya.

Jadi apabila:

  • Cuti tambahan Aidilfitri (23 Mac) bertindih dengan Hari Keputeraan Sultan Johor (23 Mac), cuti tambahan itu dipindahkan ke hari bekerja seterusnya, iaitu: 24 Mac 2026 (Selasa)

Jumlah cuti: 5 hari berturut-turut.

NOTA: Disebabkan Hari Raya Kedua jatuh pada hari Sabtu, maka tiada cuti ganti. Ini berdasarkan peraturan berikut; Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

Situasi 2: Jika Raya Jatuh Pada Hari Sabtu

Jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 21 Mac 2026 (Sabtu), susunan cuti adalah seperti berikut

TarikhHariPerkara
20 Mac 2026JumaatCuti Tambahan Aidilfitri
21 Mac 2026SabtuHari Raya Aidilfitri
22 Mac 2026AhadHari Raya Aidilfitri Hari Kedua
23 Mac 2026IsninHari Keputeraan Rasmi Sultan Johor
24 Mac 2026SelasaCuti ganti Hari Raya Kedua yang jatuh pada Hari Ahad.

Menurut pengumuman kerajaan:

  • Jika Raya jatuh Sabtu (21 Mac)
  • Kerajaan mengisytiharkan cuti tambahan pada Jumaat (20 Mac).

Penjelasan cuti ganti 24 Mac 2026:

Cuti ganti pada 24 Mac 2026 adalah berdasarkan undang-undang negeri iaitu:

Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan Am.

Menurut kenyataan tersebut:

  • Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada Ahad, cuti tersebut akan diganti pada hari bekerja berikutnya.
  • Jika hari berikutnya juga merupakan Hari Kelepasan Am, maka cuti ganti akan dipindahkan ke hari bekerja seterusnya.
  • Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada Sabtu, tiada cuti ganti akan diberikan.
  • Peraturan ini digunakan bagi menentukan cuti sebenar apabila berlaku pertindihan dalam kalendar cuti negeri.

Kenapa cuti ganti pada 24 Mac?

  • Hari Raya kedua jatuh pada Ahad → sepatutnya diganti Isnin
  • Tetapi Isnin sudah cuti negeri (Hari Keputeraan Sultan Johor)
  • Jadi cuti ganti dipindahkan ke Selasa (24 Mac)

Jumlah cuti: 5 hari berturut-turut.

cuti raya johor 2026

*NOTA: CUTI TAMBAHAN tetap bergantung pada keputusan syarikat samada ikut sambung ataupun ianya digantikan dengan CUTI TAHUNAN.

Cuti Tambahan Aidilfitri Mengikut Pengumuman Kerajaan Persekutuan

Menurut kenyataan media oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia:

Jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Jumaat (20 Mac)

  • Isnin, 23 Mac akan diisytiharkan sebagai cuti umum tambahan

Jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Sabtu (21 Mac)

  • Jumaat, 20 Mac akan diisytiharkan sebagai cuti umum tambahan

Langkah ini bertujuan memberi ruang kepada rakyat Malaysia pulang ke kampung dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga dengan lebih selesa.

Pengisytiharan cuti ini dibuat di bawah peruntukan Akta Hari Kelepasan 1951.

Cuti Raya Johor 2026

Jadual Cuti Raya Sekolah Johor 2026

Bagi negeri Johor, sekolah berada dalam Kumpulan B di bawah kalendar akademik Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berdasarkan takwim rasmi sesi 2026, cuti persekolahan sempena Hari Raya Aidilfitri berlaku dalam tempoh cuti penggal pertama.

Selain itu, KPM turut mengumumkan cuti tambahan khas bagi memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

Jadual Cuti Raya Sekolah Johor 2026

TarikhHariPerkara
18 Mac 2026RabuCuti tambahan Aidilfitri (KPM)
19 Mac 2026KhamisCuti tambahan Aidilfitri
20 Mac 2026JumaatCuti tambahan Aidilfitri
21 Mac 2026SabtuHari Raya Aidilfitri
22 Mac 2026AhadHari Raya Aidilfitri Hari Kedua
23 Mac 2026IsninHari Keputeraan Sultan Johor
24 – 29 Mac 2026Selasa – AhadCuti Penggal 1 Sekolah

Jumlah Cuti Keseluruhan: Pelajar sekolah di Johor bakal menikmati cuti Raya sekitar 12 hari berturut-turut.

Soalan Lazim Cuti Raya Johor 2026

Bilakah tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 di Johor?

Berdasarkan kalendar rasmi yang dikongsikan oleh Kerajaan Negeri Johor, Hari Raya Aidilfitri 2026 dijangka disambut pada 21 Mac 2026 (Sabtu) dan 22 Mac 2026 (Ahad). Walau bagaimanapun, tarikh sebenar masih tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas cerapan anak bulan.

Berapa hari cuti raya di Johor pada tahun 2026?

Mengikut pengiraan, cuti raya Johor 2026 adalah selama 5 hari berturut-turut.

Adakah kerajaan mengumumkan cuti tambahan sempena Hari Raya 2026?

Ya. Menurut pengumuman oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia:
– Jika Hari Raya jatuh Jumaat (20 Mac)Isnin (23 Mac) menjadi cuti tambahan.
– Jika Hari Raya jatuh Sabtu (21 Mac)Jumaat (20 Mac) menjadi cuti tambahan.

Adakah sekolah di Johor turut bercuti sempena Hari Raya 2026?

Ya. Sekolah di Johor mengikuti takwim Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan menikmati cuti sempena Hari Raya bersekali dengan cuti penggal pertama persekolahan.

Berapa hari Cuti Tambahan Hari Raya 2026 di Johor?

5 hari :

Kalau JUMAAT raya
20/3/2026 Jumaat – Cuti Raya Pertama
21/3/2026 Sabtu – Cuti Raya Kedua
22/3/2026 Ahad – Cuti Hujung Minggu
23/3/2026 Isnin – Cuti Umum Hari Keputeraan Sultan Johor / Cuti Khas Tambahan
24/3/2026 Selasa – Cuti Ganti bagi Cuti tambahan Aidilfitri yang bertindih dengan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor

Kalau SABTU raya
20/3/2026 Jumaat – Cuti Khas Tambahan
21/3/2026 Sabtu – Cuti Raya Pertama
22/3/2026 Ahad – Cuti Raya Kedua
23/3/2026 Isnin – Cuti Umum Hari Keputeraan Sultan Johor
24/3/2026 Selasa – Cuti ganti Hari Raya Kedua yang jatuh pada Hari Ahad

Walau bagaimanapun CUTI TAMBAHAN tetap bergantung pada keputusan syarikat sama ada berturut-turut selama 5 hari ataupun ianya digantikan dengan CUTI TAHUNAN.

Kenapa ada hari cuti raya tambahan di Johor?

Kerana Cuti Umum Hari Keputeraan Sultan Johor pada hari Isnin, 23 Mac 2026.

Proses Penentuan Tarikh Rasmi Hari Raya 2026

Cerapan bulan Zulkaedah pada 19 Mac 2026 akan menentukan sama ada 20 Mac (Jumaat) adalah 1 Syawal Aidilfitri ataupun 21 Mac 2026 (Sabtu).

Jika anak bulan terserlah pada 19 Mac 2026, maka cuti umum Johor adalah bermula pada Hari Jumaat (20 Mac 2026) bersamaan 1 Syawal dan Sabtu (2 Syawal).

Sekiranya anak bulan tidak kelihatan, cuti raya Johor 2026 akan kekal seperti jadual diatas iaitu 21 Mac (1 Syawal) dan 22 Mac (2 Syawal).

RUJUK: [LIVE] Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2026 / 1 Syawal 1447

Maklumat Lanjut / Pengumuman Raya 2026

Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai Cuti Raya Johor 2026, sila rujuk:

  1. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor
  2. Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia – Cuti sekolah raya
  3. LIVE] Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2026 / 1 Syawal 1447
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut