Cukai Pintu Selangor (Semakan, Cara Pembayaran)

Apa Itu Cukai Pintu?

Cukai Pintu atau Cukai Taksiran dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :

  • Kediaman
  • Perniagaan
  • Perindustrian
  • Tanah Kosong

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Cukai Pintu Selangor serta kaedah semakan dan pembayaran.

Baca Juga : Cukai Tanah Selangor – Semakan No Akaun & Bayaran Online

Siapa Yang Perlu Menjelaskan Cukai Ini?

Menurut Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):

“Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu..”

Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.

Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu premis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.

Mengapa Anda Perlu Bayar Cukai Pintu/Cukai Taksiran?

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran.

Sekiranya gagal menjelaskan cukai pintu, harta anda boleh DISITA mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Bila Perlu Membayar Cukai Taksiran?

Untuk makluman, cukai pintu perlu dijelaskan 2 kali setahun iaitu pada :

  1. 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun;
    dan
  2. 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.

Nota :

  1. Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.
  2. Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

Cara Semak dan Bayar Cukai Pintu Secara Online

Kini, anda boleh lakukan semakan serta pembayaran cukai pintu Selangor secara online (FPX) menerusi laman web PBTPay.

PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Cukai Pintu Selangor

Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk buat semakan dan pembayaran:

Anda juga boleh gunakan langkah ini untuk semak pembayaran lain seperti kompaun, sewaan dan sebagainya.

Untuk keterangan lanjut mengenai pembayaran cukai pintu secara online, sila rujuk pada Soalan Lazim di pautan berikut :

https://pbtpay.kpkt.gov.my/home/faq

Cara Bayar Cukai Pintu Selangor Secara Manual

Untuk buat pembayaran secara manual atau bersemuka, sila hadir ke bangunan Majlis Perbandaran yang berkaitan. Senarai PBT boleh dirujuk di pautan berikut :

Senarai Nama dan Alamat PBT

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai pembayaran cukai pintu Selangor, sila rujuk atau hubungi Majlis Perbandaran masing-masing.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!