Cukai Tanah Selangor – Semakan No Akaun & Bayaran Online

Semakan Cukai Tanah Selangor

Urusan pembayaran cukai tanah di negeri Selangor kini boleh dilakukan secara online.

Inisiatif oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor ini diwujudkan bagi memudahkan pemilik tanah untuk membuat pembayaran dengan lebih pantas dan mudah.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui kaedah semakan cukai tanah serta cara pembayaran secara atas talian.

Apa Itu Cukai Tanah?

Cukai Tanah ditafsirkan sebagai “sewa” di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai
i) apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai sewa.
ii) apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang, mengikut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklan dipungut seolah-olah ia adalah sewa atau hasil tanah; dan
iii) apa-apa fee yang akan dibayar kepada PBN berkenaan dengan tunggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.

Cukai petak pula adalah cukai yang dikenakan bagi setiap hakmilik strata, unit/petak untuk bangunan yang bertingkat contohnya Rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, Townhouse atau rumah kedai. Cukai petak telah dikuatkuasakan di Negeri Selangor bermula Jun 2018.

Contoh bil cukai tanah

Berikut adalah senarai perbezaan antara cukai tanah dengan cukai pintu:

CUKAI TANAHCUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU
Apa itu Cukai Tanah?Apa itu Cukai Taksiran/Cukai Pintu
Ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagaiCukaisewaapa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; danapa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.Cukai Taksiran/Cukai Pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :KediamanPerniagaanPerindustrianTanah Kosong 
Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.”Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya…”Selepas perjanjian jual-beli (“Sales and Purchase Agreement”) telah meterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pembeli.Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):”Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu..”Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu premis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar. 
Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Tanah?Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Sekali SetahunMulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun2 kali setahun pada :1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun;
dan1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.
Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Tanah?Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran. 
Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Tanah?Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Seksyen 100 Kanun Tanah Negara :
Tanah anda akan DIRAMPAS
Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 :
Harta anda akan DISITA 

Peringatan

1) Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.

2) Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

Baca Juga : Pejabat Tanah Dan Galian Selangor : Senarai Perkhidmatan, Alamat

Cara Buat Semakan Cukai Tanah Selangor Online

Untuk buat semakan cukai tanah Selangor secara atas talian, anda boleh layari laman web rasmi SPTG di :

https://ehasil.selangor.gov.my/app/search

Anda boleh semak dengan memasukkan nombor akaun atau jenis bil pengguna (bil cukai tanah atau strata petak).

Panduan Pembayaran Secara Online

  1. Semakan maklumat cukai tanah perlu dibuat sebelum pembayaran dapat dilaksanakan. Sila pastikan maklumat seperti nombor hakmilik, nombor lot dan nombor akaun adalah betul dan tepat.
  2. Sila cetak atau simpan (save) resit transaksi bayaran dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran.
  3. Penyata pembayaran online (resit cukai tanah) hanya boleh diperolehi di Kaunter Semakan Bahagian Hasil Pejabat Tanah dan Galian Selangor selepas 3 hari pembayaran dibuat.
  4. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mencetak resit cukai tanah dan ingin mengulang cetak, sila ke kaunter Bahagian Hasil, Pejabat Tanah dan Galian Selangor atau mana-mana Pejabat Tanah dan Daerah yang berdekatan selepas 3 hari pembayaran dibuat. Bayaran tambahan berjumlah RM20.00 akan dikenakan bagi setiap kali cetakan semula.
  5. Jika terdapat sebarang perbezaan maklumat, sila hubungi Bahagian Hasil, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor di talian 03-5544 7343, 03-5544 7328, 03-55205636 atau faks ke 03-55136707.
  6. Tempoh pengemaskinian adalah 3 hari bekerja (tanpa ada gangguan pada sistem)

Cara Buat Pembayaran Online

Selain menyemak, anda juga boleh membuat pembayaran cukai tanah dan cukai petak dengan mudah secara atas talian melalui FPX, kad kredit atau akaun B2B (business-to-business).

Pergi ke pautan https://ehasil.selangor.gov.my/ dan klik butang ‘BUAT PEMBAYARAN SEKARANG’.

No Akaun Cukai Tanah

Apa itu nombor akaun cukai tanah?

Semakan cukai tanah merujuk Nombor Akaun Bil Cukai Tanah atau Nombor Hakmilik, No Lot/PT dan Mukim.

Contoh: Daerah Hulu Langat Mukim Cheras Nombor hakmilik

HSD 9705 No.Lot/Pt 1038.

Makluman Hari Tanpa Tunai

Sejajar dengan inisiatif Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Cashless Society di kalangan rakyat Negeri Selangor, Pelaksanaan Hari Tanpa Tunai bertujuan untuk memperluas dan memperkasa kaedah bayaran tanpa tunai bagi semua jenis bayaran berkaitan urusan tanah di Negeri Selangor.

Justeru, bermula 1 Januari 2023, setiap hari Rabu adalah “Hari Tanpa Tunai” di semua kaunter hasil PTGS dan semua Pejabat Daerah dan Tanah termasuk bayaran di kaunter van bergerak.

Orang awam disarankan untuk mengguna pakai kaedah bayaran selain tunai mengikut urusan seperti berikut:

i.Bayaran Bil Cukai Tanah dan Cukai Petak- menggunakan kad debit/kredit,bank draf, kiriman wang/wang pos atau portal eHasil

ii. Selain bayaran bil Cukai Tanah dan Cukai Petak- menggunakan bank draf,kiriman wang/ wang pos atau sistem SMARTBOX.

Sekian, dimaklumkan.

cukai tanah selangor

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Semakan Cukai Tanah negeri Selangor, sila hubungi pejabat SPTG di talian 03-5544 7343 atau hantarkan e-mel ke [email protected].

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!