Contoh Soalan UKKM Tingkatan 1 dan 4

Pada masa kini, setiap pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke MRSM perlu menduduki satu peperiksaan yang dikenali sebagai Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM atau singkatannya UKKM dan teruskan bacaan untuk melihat Contoh Soalan UKKM.

Peperiksaan UKKM ini wajib diambil oleh setiap calon yang mahu melanjutkan pengajian di MRSM memandangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semasa darjah 6 dan PT3 di Tingkatan 3 telah dimansuhkan.

Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan pihak MARA atau MRSM terpaksa memperkenalkan kaedah cara baru untuk menyaring pelajar yang memohon kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Artikel berkaitan: UKKM 2024: Semakan Tarikh, Format Soalan & Tips Ujian MRSM 2023

Format peperiksaan UKKM

Berikut merupakan format ujian untuk setiap komponen UKKM:

  1. Soalan Matematik
    • Masa menjawab: 30 minit
    • Jumlah soalan: 30 soalan objektif & subjektif
  2. Soalan Sains
    • Masa menjawab: 35 minit
    • Jumlah soalan: 30 soalan objektif
  3. Soalan Bahasa Melayu
    • Masa menjawab: 30 minit
    • Jumlah soalan: 30 soalan objektif
  4. Ujian Keperibadian
    • Masa menjawab: 30 minit
    • Jumlah soalan: 80 soalan objektif

Walau bagaimanapun, bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke MRSM Ulul Albab, mereka perlu mengambil 1 lagi ujian khas seperti berikut:

Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1

  • 35 minit
  • Khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi.
  • Berikut adalah contoh ujian hafazan :
  • Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit
  • Kelancaran, tajwid dan hafazan.

Contoh soalan UKKM

Berikut merupakan Contoh Soalan UKKM untuk setiap komponen ujian ini:

Matematik

  • Soalan berkaitan wang dalam peratusan, pecahan, perpuluhan dan nisbah untuk calon Tingkatan 1.
  • Soalan berkaitan nisbah, kadaran, simpanan, pelaburan, kredit, hutang, pengiraan faedah dan konsep jual beli untuk calon TIngkatan 4.
  • Seorang penternak  mempunyai 100 ekor lembu  dan itik. Jumlah kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor kambing  yang ada?

Sains

  • Soalan yang berkaitan Pengetahuan Am. Pelajar yang rajin membaca buku yang berkaitan Sains,informasi yang berkaitan Sains dapat menjawab soalan UKKM dengan baik.
  • Calon perlu menjawab apakah tindakan atau reaksi terhadap sesuatu perkara apabila berlaku sesuatu

Keperibadian

  • Ujian berkaitan hal kendiri dan sikap
  • Calon dikehendaki untuk memilih jawapan sama ada Ya atau Tidak, Setuju atau Tidak dan Betul atau Salah ke atas kenyataan yang diberikan.
  • Contohnya, Saya suka bekerja dalam satu pasukan (Betul/Salah), Saya mudah bersimpati terhadap orang lain (Betul/Salah)
  • Calon digalakkan unutk memilih jawapan yang munasabah dan positif

Ulul Albab

  • Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal
  • Masa yang diberikan adalah 25 minit sahaja
  • Antara Contoh ayat hafazan yang diberikan ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
  • Pelajar akan dinilai berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan juga hafazan itu sendiri
  • Setiap pelajar diberi masa selama 35 minit sahaja dan perlu mengikut giliran
  • Sebelum ini, ayat hafazan yang diberikan adalah daripada Surah Al- Mulk ayat 1 hingga ayat 12

Diharapkan perkongsian di atas dapat membantu calon-calon yang memohon kemasukan ke MRSM. Semoga berjaya diucapkan kepada semua calon untuk mendapatkan tempat di MRSM.

> Dapatkan Buku Bank Soalan UKKM Tingkatan 1

Tips Lulus Ujian UKKM

Bagi calon yang mengambil UKKM, anda juga boleh membaca hantaran yang dikongsikan di media sosial berikut:

Beberapa info yang saya dpt tangkap semasa sesi Live Dr Zul Dan Ahli Panel Lain

  • MARA tidak pernah lantik institusi luar utk membina instrumen UKKM
  • MARA tak pernah dedahkan instrumen UKKM kepada org luar
  • Jangan risau sekiranya tak mampu utk join kelas2 berbayar, apa yang dipelajari di sekolah sudah memadai utk menjalani ukkm
  • Dr Zul merayu pihak yg ambil kesempatan buat bengkel ukkm, jgn ambil kesempatan menggunakan nama UKKM.
  • 100k membuat permohonan.
  • MRSM menjalankan STEM berfokus dari menengah rendah, subjek sains diajar ikut 3 bidang (kimia, bio, fizik) – bermakna ada 3 guru sains. Hanya guru major dibidang itu akan mengajar.
  • Utk semak tarikh UKKM, tak perlu buka sistem setiap hari, kesemua calon yg memohon akan dipanggil utk ujian UKKM. yang belum dpt panggilan, tunggu fasa kedua yang akan diumumkan, barulah boleh semak dlm platform.
  • Sistem peperiksaan berkomputer
  • Tak perlu bawa rough paper, akan disediakan

  • Apa yg diuji dlm subjek sains:
    • F1 – 20 soalan (30 min) dlm BM
    • Soalan yang belajar di sekolah silibus tahun 4,5,6
    • Soalan objektif
    • Fahami konsep bukan hanya menghafal
    • Buat kertas2 model

  • Math (dlm BM)
    • F1 – 30 soalan (1 min 1 soalan)
    • silibus tahap 2 sek rendah (asas sifir)
    • objektif (maksimum) dan subjektif (terlalu minimum)
    • tak benarkan guna kalkulator
    • F4 – menengah rendah f1-f3 dan asas algebra (30 min)
    • boleh guna kalkulator
    • Objektif dan subjektif

  • BM
    • Tidak ada karangan
    • Soalan objektif

  • MRSM Teknikal – Bentong
    • Soalan teknikal 20 Objektif 30 min
    • Soalan subjek RBT
    • Di MRSM Teknikal pelajar belajar subjek Sains Kejuruteraan – bg pelajar yg minat engineering terus fokus kpd subjek2 kejuruteraan.
    • Tiada BIO harap maklong.

Bolehkah ubah tarikh atau tempat?
Tidak boleh, kerana ia akan mengganggu sistem yang telah dibuat. Namun, boleh emel utk rayuan tapi tidak dijanjikan apa2.

  • Soalan keperibadian
    • Soalan psikometrik utk mengukur resilience anak2 utk mengikuti sistem sekolah berasrama.
    • Bawa salinan PAJSK jika ada utk sokongan, jika tiada tak perlu bawa. Yang mandatori seperti yang terkandung dalam surat tawaran.

UJIAN ULUL ALBAB

Komponen 1 : Ujian tilawah

  • baca 3-4 ayat
  • diuji dari segi Makhraj, Tajwid, Fasohah

Komponen 2 : Ujian hafazan

  • 8 baris ayat random
  • tempoh hafazan 25 minit

Math (mix subj + obj)
30 soalan – 30 min
Form 1 ❌ calculator
Form 4 ✅ calculator

Sains
20 soalan – 30 min

BM
30 soalan – 30 min

Ujian keperibadian
Semua jawab secara online

Sumber: Info Permohonan & Rayuan SBP dan MRSM

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai UKKM MRSM, sila hubungi nombor telefon 03-2613 2000, emel ke [email protected] atau rujuk www.mara.gov.my untuk info terkini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!