e-SIJIL MUET – Cara Muat Turun Slip Keputusan MUET Online

e-SIJIL MUET
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bermula dari Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024, calon boleh memuat turun dan mencetak sendiri sijil MUET melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan berikut: sijil.mpm.edu.my

Dalam kata lain tiada lagi Sijil MUET dalam bentuk salinan cetak atau salinan kertas (hardcopy) akan dikeluarkan oleh MPM.

Berikut dikongsikan cara untuk muat turun dan mencetak e-SIJIL MUET calon.

BACA JUGA: Keputusan MUET 2025 – Semakan Melalui Online & SMS

Apa itu e-SIJIL MUET?

e-SIJIL MUET adalah sijil MUET versi digital yang boleh dimuat turun dan dicetak sendiri secara online melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Sijil Muet yang boleh dimuat turun ialah bermula dengan Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024.

e-SIJIL MUET menggantikan sijil MUET bercetak (hardcopy). Mulai Sesi 2 Tahun 2024, tiada lagi sijil fizikal dikeluarkan atau diposkan oleh MPM.

Sijil dalam talian ini boleh dimuat turun dalam format PDF dan dicetak oleh calon sendiri melalui portal rasmi https://sijil.mpm.edu.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan.

 e-SIJIL MUET
e-SIJIL MUET

PEWARTAAN: Sijil MUET Secara Dalam Talian (e-SIJIL)

e-SIJIL MUET
Sijil MUET Secara Dalam Talian (e-SIJIL)

Berkuat kuasa mulai Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024, calon boleh memuat turun dan mencetak Sijil MUET secara dalam talian (e-SIJIL) melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di https://www.mpm.edu.my.

Tiada lagi Sijil MUET dalam bentuk salinan cetak atau salinan keras (hardcopy) akan dikeluarkan dan dihantar kepada calon oleh MPM.

Penggunaan e-SIJIL ini turut terpakai kepada calon yang menduduki MUET secara kaedah MUET on Demand (MoD) dan MUET Express (MeX).

Panduan untuk mendapatkan e-SIJIL MUET boleh dirujuk dalam Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon MUET yang terdapat di portal MPM di https://www.mpm.edu.my.

Kelayakan & Jangka Masa

Kelayakan untuk memiliki e-SIJIL MUET adalah terbuka kepada semua calon yang telah menduduki ujian MUET dalam tempoh lima tahun ke belakang dari tahun semasa.

Tempoh sah laku keputusan MUET juga adalah lima tahun dari tarikh keputusan dikeluarkan.

Jika ingin mendapatkan sijil untuk ujian lebih lima tahun yang lalu, permohonan khas perlu dibuat melalui borang Permohonan Salinan Sijil MUET (MUET/S2) kepada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Cara Download & Cetak e-SIJIL MUET

Berikut adalah cara untuk memuat turun dan mencetak e-SIJIL MUET:

  1. Layari portal rasmi MPM di pautan berikut: https://sijil.mpm.edu.my
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan calon dan klik butang “Submit”.
  3. Maklumat berkaitan keputusan MUET calon akan terpapar di skrin.
  4. Calon boleh pilih untuk muat turun sendiri atau dicetak oleh MPM.
    • Untuk cetak sendiri, klik PDF Self Print.
    • Untuk dicetak oleh MPM, klik Printing by MPM
Muat turun e-SIJIL MUET
Muat turun e-SIJIL MUET

PDF Self Print:

  • Bayaran RM20.00
  • Sijil boleh dicetak dalam masa 48 jam selepas dibuka. Jangan lupa simpan dalam bentuk PDF.
PDF Self Print e-Sijil MUET
PDF Self Print e-Sijil MUET

Printing by MPM:

  • Cas adalah sebanyak RM60.00
  • Sijil akan diproses dan dihantar dalam masa 2 hari bekerja.
Printing by MPM e-Sijil MUET

Calon yang kehilangan Sijil MUET fizikal boleh mendapatkan Sijil MUET melalui sistem e-Sijil di pautan https://sijil.mpm.edu.my/

NOTA: Permohonan untuk mendapatkan Sijil MUET melalui e-Sijil adalah terhad kepada ujian MUET yang telah diduduki dalam tempoh lima tahun ke belakang sahaja.

Cara Muat Turun Sijil MUET Lebih Tempoh 5 Tahun ke Belakang & Sijil STPM

Bagi calon yang ingin mendapatkan Sijil MUET untuk tempoh yang melebihi lima tahun ke belakang, calon hendaklah membuat permohonan ke MPM dengan melengkapkan borang Permohonan Salinan Sijil MUET (MUET/S2) yang boleh dimuat turun melalui pautan https://portal.mpm.edu.my/.

Untuk STPM pun sama, boleh layari https://portal.mpm.edu.my/

Muat turun Sijil MUET & Salinan Sijil STPM
Muat turun Sijil MUET & Salinan Sijil STPM

Kalendar MUET 2025

Peperiksaan MUET 2025 akan dijalankan sebanyak 3 sesi. Sila rujuk jadual/kalendar MUET 2025 di bawah:

Kalendar MUET 2025
Kalendar MUET 2025

Tarikh Semakan Keputusan MUET 2025

Keputusan MUET boleh disemak pada tarikh berikut berdasarkan pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

  • Sesi 1 : 19 Jun 2025, jam 10pagi
  • Sesi 2 : 2 Oktober 2025
  • Sesi 3 : 13 Februari 2025

Cara Semak Keputusan MUET Sesi 1, 2 & 3 Tahun 2025

Keputusan MUET Sesi 1:

Untuk makluman, Majlis Peperiksaan Malaysia mengumumkan bahawa keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 1 Tahun 2025 boleh disemak mulai 19 Jun 2025 (Khamis), jam 10.00 pagi.

Semakan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

Keputusan MUET
Keputusan MUET Sesi 1 2025
  • KAEDAH SEMAKAN MELALUI SMS
    • Buat semakan melalaui SMS, anda boleh taipkan : MUET<jarak>RESULT<jarak>No.KP dan hantar ke 15888
    • Jika ada sebarang pertanyaan, sila emel ke: [email protected]

Semakan keputusan MUET sesi 2 dan sesi 3 akan dikemaskini kelak. Biasanya cara semakan adalah sama sahaja seperti sesi 1.

Panduan Pendaftaran MUET 2025

Syarat Kelayakan:

  • Calon layak menduduki ujian MUET jika memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh MPM.
  • Tidak terhad kepada pelajar sekolah sahaja, tetapi terbuka juga kepada calon persendirian.

Cara Pendaftaran:

  • Pendaftaran calon sekolah/institusi dilakukan oleh Setiausaha Peperiksaan MUET (SUP MUET) secara dalam talian melalui portal MPM (https://muet.mpm.edu.my).
  • Calon persendirian juga perlu mendaftar secara dalam talian melalui pautan khusus calon persendirian (https://muetj3.mpm.edu.my).
  • Calon institusi boleh mendaftar dengan menghantar senarai nama calon mengikut format Excel ke MPM untuk pendaftaran beramai-ramai.
  • Pendaftaran perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan untuk setiap sesi peperiksaan MUET.

Bayaran:

  • Bayaran pendaftaran adalah berbeza bagi calon warganegara dan bukan warganegara.
  • Contohnya, untuk Sesi 3 tahun 2025, bayaran adalah RM150 untuk warganegara dan RM350 untuk bukan warganegara.
Kadar Bayaran MUET
Kadar Bayaran MUET

Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Persendirian Individu: Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon persendirian individu adalah secara dalam talian sahaja, iaitu melalui pautan https://muet.mpm.edu.my.

PIN MEC TIDAK PERLU dibeli dan digunakan oleh CALON PERSENDIRIAN individu untuk tujuan pendaftaran.

Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Sekolah/Institusi:

i. Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon sekolah/institusi adalah dengan membeli PIN MEC.

ii. PIN MEC boleh dibeli secara kaedah yang berikut.

KAEDAH 1: Pembelian secara pukal oleh Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET sekolah/institusi di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

KAEDAH 2: Pembelian oleh calon sekolah/institusi sendiri secara perbankan internet melalui pautan https://mypay.com.my/web/mpm, dan PIN MEC tersebut hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET di sekolah/institusi masing-masing untuk pendaftaran secara dalam talian.

KAEDAH 3: Bayaran pembelian PIN MEC yang dibuat oleh calon sekolah/institusi tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan dan tidak boleh digunakan lagi untuk pendaftaran MUET bagi sesi yang berikutnya.

Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET untuk rujukan calon.  

Lain-lain info:

  • Calon berkeperluan khas (CBK) perlu didaftarkan berserta maklumat keperluan khas mereka untuk fasiliti khas.
  • Calon perlu mencetak Slip Daftar MUET (MUET/D) sebagai bukti pendaftaran dan bawa semasa peperiksaan.
  • Pembetulan maklumat calon boleh dibuat melalui sistem dalam tempoh yang ditetapkan.

[Muat Turun] Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon MUET 2025

BACA JUGA: Jadual MUET 2025: Pendaftaran & Tarikh Peperiksaan (SESI 2)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai MUET 2024, anda boleh ikuti Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia; atau laman sosial berikut:

Anda juga boleh klik pautan pantas di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ujian MUET :

Soalan Lazim (FAQ) – eSijil MUET

1. Siapakah yang perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET)?

Calon yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama.

2. Berapa kalikah MUET dijalankan dalam setahun?

Mulai 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun, iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November.

3. Apakah syarat kelayakan untuk menduduki MUET?

Tiada apa-apa syarat dikenakan.

4. Ada berapa kertas dalam MUET?

Ada empat kertas, iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing).

5. Berapakah bayaran yuran MUET?

Mulai tahun 2012, kadar bayaran yuran MUET adalah sebanyak RM100.00.

6. Bagaimanakah untuk membuat perdaftaran MUET?

Pendaftaran peperiksaan MUET dibuat secara dalam talian (online). Calon boleh melayari Portal MPM http://www.mpm.edu.my atau untuk mengetahui cara membuat pendaftaran.

7. Setelah membuat pendaftaran, bagaimanakah saya boleh menyemak status pendaftaran saya?

Calon boleh menyemak status pandaftaran MUET dengan dua cara:

– Melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
– Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET RESULT dan hantar ke 15888.

8. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan slip daftar MUET (MUET/D)?

Calon boleh mencetak slip daftar MUET (MUET/D) melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my

9. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan menukar pusat ujian MUET?

Calon dikehendaki mengisi borang MUET/C2 yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my dan mengemukakan permohonan kepada MPM melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, selewat-lewatnya dua sebulan sebelum peperiksaan bermula.

10. Adakah bayaran dikenakan untuk menukar pusat ujian?

Ya. Caj sebanyak RM25.00 dikenakan bagi setiap calon. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.

11. Bolehkah saya membuat pertukaran tarikh ujian Speaking MUET?

Boleh, dengan syarat membuat surat permohonan rasmi kepada MPM seminggu sebelum tarikh ujian berkenaan bermula dengan memberi butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, angka giliran, tarikh baru yang dipohon, alasan pertukaran (sertakan bukti), dan nombor telefon.

12. Bolehkah saya menangguhkan daripada menduduki MUET?

Tidak boleh.

13. Jika saya ingin menarik diri daripada menduduki MUET, adakah yuran ujian saya akan dikembalikan, Jika ya, adakah saya akan mendapat jumlah yang penuh?

Tidak, kecuali bagi kes yang berikut:

– Calon yang sakit berpanjangan dan dapat mengemukakan surat pengesahan tentang penyakitnya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
– Calon yang meninggal dunia (salinan surat perakuan kematian hendaklah dikemukakan oleh ahli keluarga atau wakilnya)

Bagi kes di atas, jumlah bayaran akan ditentukan oleh MPM.

14. Bagaimanakah cara untuk memohon menarik diri daripada menduduki MUET?

Calon perlu mengisi borang permohonan penarikan diri yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my

15. Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan ejaan nama dan nombor kad pengenalan yang silap tercetak pada Slip Daftar MUET (MUET/D)?

Calon boleh mengemukakan surat kepada MPM dengan menyertakan salinan kad pengenalan. Pembetulan tidak akan dibuat pada Slip Daftar MUET, tetapi akan dibuat pada slip keputusan MUET.

16. Di manakah saya boleh memperoleh buku peraturan dan sukatan pelajaran MUET dan berapakah harganya?

Buku tersebut boleh dibeli daripada MPM pada harga RM15.00. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my. Buku ini juga boleh dimuat turun/dicetak secara percuma melalui Portal MPM.

17. Berapakah tempoh sah laku keputusan MUET?

Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut:

– Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.
– Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

18. Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan MUET?

Calon boleh menyemak status keputusan MUET dengan dua cara:

– Melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
– Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET RESULT dan hantar ke 15888.
Bagi kes di atas, jumlah bayaran akan ditentukan oleh MPM.

19. Bolehkah saya membuat permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?

Ya. Caj sebanyak RM70.00 dikenakan bagi tujuan ini. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.

20. Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?

Calon boleh mengemukakan surat kepada MPM dengan menyertakan salinan kad pengenalan. Pembetulan tidak akan dibuat pada Slip Daftar MUET, tetapi akan dibuat pada slip keputusan MUET.

21. Bolehkah borang permohonan salinan penyata keputusan MUET diproses jika saya tidak mengisi ruang angka giliran kerana terlupa?

Boleh. Maklumat asas seperti nama, nombor kad pengenalan (berserta salinan kad pengenalan), sesi dan tahun menduduki ujian MUET boleh digunakan untuk mengesan penyata keputusan MUET calon.

22. Mengapakah saya mendapat keputusan X dalam ujian MUET, sedangkan saya hanya tidak hadir untuk satu kertas sahaja?

Dalam ujian MUET, calon diwajibkan menduduki keempat-empat komponen ujian MUET. Jika gagal menduduki salah satu komponen atau kertas, maka calon akan mendapat keputusan X untuk keseluruhan keputusan ujian MUET.
Mengapakah pendaftaran ujian MUET tiada lagi untuk memperbaiki keputusan?

23. Mengapakah pendaftaran ujian MUET tiada lagi untuk memperbaiki keputusan?

MPM melaksanakan ujian MUET 3 kali setahun. Tujuannya adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk memilih masa yang sesuai dan bersedia sepenuhnya untuk menduduki ujian MUET. Pelaksanaan ujian MUET 3 kali setahun bererti sela antara satu sesi hanyalah 4 bulan.

Masa yang singkat ini menyebabkan MPM dan JPN akan mengalami kesulitan dari segi pendaftaran calon, pencetakan kertas soalan, penentuan pusat ujian, pemilihan pengawas, pengurusan pentadbiran peperiksaan, mesyuarat penyelarasan, penandaan skrip jawapan, pemerosesan keputusan, mesyuarat standard, dan mengeluarkan keputusan.

Sehubungan dengan itu, pelajar yang mengambil MUET sesi semasa senantiasa mempunyai peluang memperbaikinya pada MUET sesi berikutnya kerana ditawarkan 3 kali setahun.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut