Contoh Resume Terbaik Untuk Pencari Kerja & ‘Fresh Graduate’

Anda seorang graduan dan mencari contoh resume terbaik?

Antara langkah pertama seorang graduan dalam mencari pekerjaan adalah menghasilkan resume yang berkualiti dan disertakan dengan cover letter.

Amat menyedihkan ramai graduan tidak mampu menghasilkan resume yang berkualiti kerana kebanyakan mereka tidak diajar dan didedahkan cara untuk menghasilkan resume yang bagus ketika di koleh atau univerisiti.

Apa Itu Resume?

contoh resume

Resumé, kadangkala dieja resume atau dipanggil CV dalam bahasa Inggeris di luar Amerika Utara ialah dokumen yang dibuat dan digunakan oleh seseorang untuk membentangkan latar belakang, kemahiran dan pencapaian mereka. ‘

Résumé boleh digunakan untuk pelbagai sebab, tetapi selalunya ia digunakan sebagai dokumen dalam permohonan pekerjaan baharu.

Resume biasa mengandungi “ringkasan” pengalaman kerja dan pendidikan yang berkaitan.

Resumé biasanya merupakan salah satu dokumen pertama dan biasanya disertakan bersama-sama dengan surat cover letter untuk permohonan pekerjaan.

Resume biasanya digunakan oleh bakal majikan untuk menyaring pemohon dengan pantas berkaitan pengalaman kerja dan skill yang dimiliki mereka sebelum proses memanggil calon untuk temuduga.

Curriculum vitae (CV) yang digunakan untuk mencari pekerjaan di UK (dan di negara Eropah yang lain) lebih mirip dengan resume – versi ringkasan pendidikan dan pengalaman seseorang yang lebih pendek – berbanding CV yang lebih panjang dan terperinci yang dijangkakan dalam kalangan ahli akademik AS.

Baiklah, teruskan bacaan untuk ketahui lebih lanjut bagaimana sesebuah resume itu mampu menjadi contoh resume yang mampu menarik perhatian majikan.

Ciri-ciri Resume Yang Bagus

  • Resume biasanya dihadkan kepada satu atau dua muka surat bersaiz A4 dan hanya menonjolkan pengalaman dan kelayakan yang dianggap paling relevan dengan jawatan yang dipohon.
  • Banyak resume mengandungi kata kunci atau kemahiran yang dicari oleh bakal majikan melalui sistem penjejakan pemohon, menggunakan kata kerja aktif yang bersesuaian.
  • Mulakan dengan objektif resume yang menarik atau ringkasan resume.
  • Dokumenkan pengetahuan anda di bahagian resume pendidikan.
  • Fokuskan apa-apa pengalaman yang anda perolehi semasa pengajian anda yang mungkin berguna sekiranya ditawarkan pekerjaan atau jawatan yang dipohon.
  • Senaraikan kemahiran dan kebolehan anda yang sepadan dengan iklan pekerjaan.

Contoh Template Resume

Berikut merupakan contoh beberapa resume yang boleh dijadikan panduan untuk membina resume anda sendiri.

Contoh Resume 1

contoh resume

Contoh Resume 2

contoh resume

Contoh Resume 3

Resume Generator

Sekiranya anda memerlukan inspirasi atau tidak tahu di mana hendak bermula, sebenarnya terdapat beberapa laman web yang menyediakan kemudahan “Resume Generator” di mana anda hanya perlu memasukkan maklumat yang berkaitan mengenai diri anda dan laman web tersebut akan membuat susun atur resume anda.

Resume tersebut kemudiannya boleh dimuat turun dan digunakan untuk memohon pekerjaan.

Berikut merupakan beberapa laman web yang menyediakan kemudahan seperti ini:

  1. NovoResume
  2. Zety
  3. Resume Genius

Contoh Emel Memohon Kerja

Subjek: Permohonan untuk Jawatan [Nama jawatan]

Yang Berusaha [Nama / Jawatan Pegawai],

Selamat sejahtera,

Saya, [Nama Anda], ingin memohon jawatan [Nama jawatan] yang telah dinyatakan dalam iklan di [tempat anda menemui maklumat jawatan kosong, misalnya di laman web syarikat atau laman web pekerjaan].

Saya mempunyai pengalaman selama [jumlah tahun] dalam bidang [bidang atau industri berkaitan] dan mempunyai kemahiran yang sesuai untuk memenuhi keperluan jawatan ini. [Berikan beberapa contoh spesifik tentang pencapaian atau kemahiran anda yang berkaitan].

Saya sangat berminat untuk berkhidmat bersama [nama syarikat] kerana [sebab-sebab anda memilih syarikat ini, misalnya misi syarikat, budaya kerja, reputasi, dll].

Saya sangat menghargai pertimbangan anda dan berharap dapat berbincang dengan lebih lanjut tentang bagaimana saya dapat memberikan sumbangan kepada [nama syarikat]. Saya sertakan resume saya untuk rujukan anda.

Terima kasih atas masa dan pertimbangan anda. Saya menanti balasan dari pihak tuan/puan.

Yang benar,
[Nama Anda]
[No. Telefon Anda]

Perkongsian Tips Resume

6 Tips Resume dan 8 Tips Fail Interview oleh Tuan Tuah Firdaus

contoh resume

TIPS BUAT RESUME

Resume kena informatif tapi ringkas dan padat (max 2 muka surat). Tak macam CV (Curricular Vitae) yg kena informatif dan panjang lebar (> 2 muka surat).

Guna template resume je kat Microsoft Words.

Boleh letak maklumat mcm dalam gambar contoh. Print resume berwarna 1 copy utk letak dalam fail interview original. Interviewer akan nampak resume anda up-to-date dan khusus untuk company yang anda minta tu.

Dekat bahagian profile resume tu, letak siap-siap nama company yang temuduga anda. Eye-catching info untuk interviewer.

Try create LinkedIn account. Link profile tu nanti boleh letak dalam resume.

Bila resume dah siap, boleh kemas fail interview pulak.

TIPS FAIL INTERVIEW:

Invest sikit beli fail yg berkualiti. Saya beli fail warna hitam. Kenapa invest? Sebab tu pelaburan kecil anda untuk dapat kerja tu.

Saya buat tajuk di helaian pertama fail. Tulis maklumat: Job IV (Nama Jawatan) (Nama Syarikat) dan tarikh IV.

Buat separator dalam fail IV ikut setiap skop mcm dalam gambar. Lepas satu separator, baru letak sijil-sijil yg berkaitan.

Susun sijil ikut turutan yang paling terkini (latest) dan diikuti yang terdahulu (old).

Kita duduk kat Malaysia, jadi nama universiti atau nama sijil yang tulis dalam Bahasa Melayu tu tak perlu di-English-kan ok.

Fotostat 3 salinan resume dan sijil-sijil (hitam putih). Bind dan failkan. Ni abam guna fail warna putih. Oh saya failkan salinan-salinan sijil ni sebab nanti boleh bagi kepada interviewer anda. Be organized ok.

Untuk isi dalam fail IV, abam dah set target dari dulu mmg nak cuba libatkan diri dalam semua benda sebab saya TAK PANDAI AKADEMIK. Jadi biar fail IV abam nanti penuh dengan sijil-sijil sukan, persatuan, dan aktiviti lain-lain. (Alhamdulillah Allah makbulkan).

So pesanan saya bagi yang tengah belajar tu, kumpul la sebanyak sijil. Bagi yang bekerja, buat baik dengan immediate boss sbb dorg berguna sebagai reference. Semua ni akan berguna masa IV nanti.

TIPS SEBELUM IV:

Buat solat hajat. Doa banyak-banyak.
(Abam cakap kat abah abam, abam nervous masa IV kali ni. Abah abam cakap “Nak nervous apa, kita orang Islam, kita ada senjata; DOA”. Abam terkedu).

Minta mak ayah, mentua, suami/isteri, anak-anak, adik beradik semua doakan kita. Doa kedua ibu bapa dan anak2 kecil takda hijab tau.

Pakai baju formal, unless interviewer bagi dress code lain.

Hari IV tu korang datanglah sejam awal. Biarkan kalau nmpk macam ‘gelabah ayam’ tapi itu bukti korang betul2 nk kerja tu.

Bawak pen, gam dan gambar passport. Kalau tertinggal, pandai-pandai la korang bisik kat staf situ (saya bisik kat staf lain utk pinjam gam sbb lupa bawak. Jgn korang bisik kat interviewer tu).

Baca doa2 kat bawah dah selawat dan tawakkal banyak2.

Jangan lupa study sikit background company yang korang nk pergi IV (En Google kan ade).

Tu je kot.

All the best ye.

Dapat kerja baharu jangan lupa sujud syukur. Kalau tak dapat, percaya; Allah is The Best Planner and HE has got the Best plan for you in future. Trust me ok.

Jangan lupa daftar online job portal mcm LinkedIn, Jobstreet dan Indeed. Mana tau kot ada sangkut salah satu.

Kredit : Tuan Tuah Firdaus

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!