Contoh Cover Letter Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Adakah anda sedang mencari pekerjaan dan mencari contoh cover letter yang boleh digunakan bersama-sama dengan CV atau resume anda ketika menghantar permohonan kerja kepada bakal majikan?

Ramai pencari kerja di Malaysia terutamanya yang baru sahaja menamatkan pengajian tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan mengenai kepentingan cover letter ketika menghantar permohonan kerja melalui emel.

Teruskan bacaan untuk mengetahui contoh cover letter terbaik yang boleh anda gunakan sebagai contoh dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Apa itu Cover letter

cover letter

Cover letter ialah surat pengenalan yang dilampirkan atau disertakan bersama dokumen lain seperti resume atau curriculum vitae.

Cover letter (surat iringan) juga dikenali sebagai cover letter, covering letter, motivation letter atau motivational letter.

Pencari kerja kerap menghantar cover letter berserta dengan curriculum vitae ata resume sebagai cara memperkenalkan diri mereka kepada bakal majikan dan menjelaskan kesesuaian mereka untuk jawatan yang dipohon.

Majikan boleh menyaring calon individu yang memohon pekerja dengan melihat kepada ketelitian surat cover letter yang ditulis sebagai satu kaedah untuk menyaring pemohon yang berminat dengan jawatan mereka dan/atau tidak mempunyai kemahiran asas yang dipelukan untuk jawatan yang dipohon.

Ciri-ciri Coverletter Yang Bagus

Menurut kajian, surat lamaran yang baik harus mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Spesifik dan terkini
  2. Menggunakan tanda baca dan ejaan yang baik
  3. Betul dari segi tatabahasa
  4. Ia harus bebas daripada kesilapan
  5. Gunakan garis masa untuk menyerlahkan maklumat kronologi, merujuk kepada jawatan pekerjaan terkini, paling rapat berkaitan dengan jawatan yang dimohon oleh seseorang

Contoh Coverletter Bahasa Melayu

Berikut merupakan contoh cover letter sekiranya anda menghantar permohonan anda melalui emel:


Subjek Email: Permohonan Untuk [Jawatan Kerja]

Selamat Sejahtera Tuan/Puan [Nama Penerima]

Saya ingin menyatakan minat saya untuk memohon jawatan [Jawatan Kerja] seperti yang diiklankan oleh syarikat Tuan/Puan.

Saya merupakan graduan ijazah [kelayakan pelajaran] dari [tempat belajar] dan percaya ilmu yang diperolehi boleh diaplikasikan di alam pekerjaan dengan sebaiknya.

Ketika praktikal selama 6 bulan di [nama syarikat], saya telah mempelajari [senaraikan ilmu dan skill yang diperolehi].

Paling penting sekali, saya berpeluang untuk bekerja dengan para profesional yang berpengalaman. Mereka telah mengajar saya cara memahami [senaraikan ilmu / skill penting yang boleh dimanfaatkan sekiranya diterima bekerja]

Saya juga telah membiasakan diri dengan pelbagai kemahiran yang membolehkan saya mengasimilasikan dengan budaya pasukan kerja dan terus berusaha untuk mencapai objektif walaupun menghadapi kegagalan.

Di samping itu, penglibatan aktif saya dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum telah banyak membantu saya mengembangkan kemahiran komunikasi dan kepemimpinan yang sangat penting untuk berjaya dalam dunia korporat.

Dengan surat permohonan ini, saya lampirkan resume saya untuk pertimbangan Tuan/Puan sepenuhnya. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menyemak permohonan saya dan saya menantikan maklum balas Tuan/Puan untuk perbincangan lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

[Nama]
[No. Telefon]


Contoh Coverletter Bahasa Inggeris

Berikut merupakan contoh cover letter dalam Bahasa Inggeris bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian:

contoh cover letter
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!