Celik Digital: Penilaian Kemahiran Digital Penjawat Awam 2023

Penilaian Celik Digital merupakan sebuah penilaian secara berterusan terhadap penjawat awam dalam usaha kerajaan memastikan 100% penjawat awam adalah mempunyai literasi digital menjelang tahun 2025.

Secara ringkas dan mudah difahaminya, “celik digital” merupakan keupayaan seseorang untuk mencari, menilai dan menggunakan maklumat melalui platform digital.

Kemahiran ini menjadikan anda lebih berhubung, berpengetahuan lebih baik dan lebih gembira berbanding warga emas yang tidak menggunakan internet. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman semua, khasnya penjawat awam yang terlibat.

Pengenalan Celik Digital

Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDigital) yang dilancar pada 19 Februari 2021 oleh kerajaan untuk menetapkan hala tuju ekonomi digital negara dan membina asas untuk memacu inisiatif-inisiatif pendigitalan merangkumi kluster kerajaan, kluster rakyat dan kluster perniagaan.

Secara khusus, ia adalah kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan komputer dan Internet dalam kehidupan seharian, pekerjaan dan juga pembelajaran.

penilaian celik digital

Objektif Program

Program penilaian ini dibuat bagi merealisasikan aspirasi kerajaan untuk mencapai 100% Penjawat Awam Celik Digital menjelang tahun 2025.

Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) telah dilancarkan pada 19 Februari 2021 bagi menetapkan hala tuju ekonomi digital negara dan membina asas untuk memacu inisiatif-inisiatif pendigitalan.

Salah satu inisiatif MyDIGITAL di bawah Kluster Kerajaan adalah untuk merealisasikan aspirasi 100 peratus penjawat awam mencapai tahap literasi digital menjelang tahun 2025.

Aspirasi yang sama turut ternyata dalam Bidang Keutamaan A, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), di bawah Strategi A1 Mentransformasi Perkhidmatan Awam.

Artikel berkaitan: ePromise: Sistem Tandatangan Digital Dokumen Perjanjian JPA

Cara Penilaian

Celik digital bermakna mempunyai kemahiran yang anda perlukan untuk hidup, belajar dan bekerja dalam masyarakat yang komunikasi dan akses kepada maklumat semakin meningkat melalui teknologi digital seperti platform internet, media sosial dan peranti mudah alih.

Tempoh pelaksanaan program penilaian ini adalah dari Mac 2023 sehingga Jun 2024 melibatkan semua Kementerian, Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan inisiatif ini dengan melaksanakan program melahirkan penjawat awam celik digital melalui latihan.

Bagi menjayakannya, tahap penguasaan digital penjawat awam terlebih dahulu perlu dinilai menerusi program penilaian yang telah selesai dibangunkan kaedahnya bagi tujuan tersebut.

Program penilaian ini mempunyai dua (2) peringkat:

  1. Membuat penilaian tahap kematangan celik digital penjawat awam terlebih dahulu melalui platform celik digital ( https://www.celikdigital.gov.my )
  2. Memastikan penjawat awam menghadiri kursus/latihan yang diperlukan

Tarikh Penilaian Celik Digital 2023 Penjawat Awam

Pelaksanaan Program Penilaian Celik Digital 2023 telah bermula di mana semua penjawat awam perlu menjawab 50 soalan objektif dalam tempoh 2 jam.

Untuk makluman, pelaksanaan ini adalah secara berfasa mengikut jadual yang diedarkan di bawah:

Semua penjawat awam Kementerian Pendidikan Malaysia WAJIB melaksanakan penilaian Celik Digital ini selewat-lewatnya sebelum 31 OGOS 2023.

Bagi Kerajaan Negeri dan PBT, pelaksanaan akan bermula pada Januari – Jun 2024.

Cara Penilaian

Setiap penjawat awam perlu melaksanakan penilaian melalui platform celik digital hanya sekali.

Cadangan kursus/latihan yang perlu dihadiri akan terus dimaklumkan kepada individu.

Penilaian melibatkan 50 soalan yang perlu dijawab secara atas talian/online dalam masa 2 jam. Sekiranya tuan/puan terpaksa berhenti disebabkan hal-hal yang tidak dapat
dielakkan atau talian internet terputus, tuan/puan boleh log in semula dan sambung menjawab soalan seterusnya dengan baki masa yang ada.

Semua penjawat awam Kementerian Pendidikan Malaysia WAJIB melaksanakan penilaian Celik Digital ini selewat-lewatnya sebelum 31 OGOS 2023.

Sekiranya melebihi masa dan skor rendah, anda dikira GAGAL. Bagi yang GAGAL, pihak BPSM, KPM akan memanggil anda untuk mengikuti kursus khas.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk SOALAN LAZIM di pautan INI : https://www.celikdigital.gov.my/faq/faq.pdf

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!