Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online & Offline

Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online

Adakah kad CIMB anda sudah tamat tarikh luput? Tahukah anda ada cara mudah untuk anda perbaharuinya? Dengan cara ini, anda tak perlu bersusah payah ke cawangan CIMB kerana anda boleh mohon kad baru secara online.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak boleh memperbaharui kad anda secara online kerana masalah akses internet atau mempunyai kekangan tertentu, anda boleh ke beberapa cawangan CIMB terpilih yang dibuka pada hujung minggu untuk perbaharui kad debit anda.

perbaharui kad debit mastercard cimb

Asalkan kad CIMB anda sudah expired atau akan expired dalam masa 3 bulan, anda layak untuk memohon secara atas talian.

Di sini kami ingin kongsikan 6 langkah mudah yang anda boleh ikuti. Jom kita lihat langkah-langkahnya.

Baca Juga :  CIMB Clicks: Cara Daftar dan Login CIMB Online Banking

Kad CIMB Tidak Boleh Digunakan?

Ada beberapa sebab pembelian anda menggunakan kad CIMB tidak dapat diproses atau ditolak. Antaranya:

  • Dana yang tidak mencukupi dalam akaun simpanan / semasa anda yang dipautkan dengan CIMB Debit Mastercard. Anda perlu menambah dana dalam akaun anda.
  • Dana yang tidak mencukupi disebabkan pegangan caj pra-kebenaran di stesen minyak atau hotel. Anda perlu menambah dana dalam akaun anda.
  • Jumlah pembelian anda melebihi had perbelanjaan harian pilihan anda. Anda boleh memilih untuk menukar had perbelanjaan anda melalui ATM atau CIMB Clicks.
  • Fungsi Titik Jualan pada CIMB Debit Mastercard anda dinyahaktifkan.
  • Transaksi dalam talian bukan 3D selamat, transaksi pesanan mel atau pesanan telefon (CNP: Kad Tidak-Hadir) pada CIMB Debit Mastercard anda mungkin dinyahaktifkan. Anda boleh menghubungi +603 6204 7788 (tempatan atau luar negara) untuk aktifkan.
  • Jika transaksi anda ditolak ke luar negara, anda mungkin tidak mengaktifkan Bendera Luar Negeri. Untuk mengaktifkan fungsi ini, sila rujuk ke laman web CIMB.
  • Kad debit CIMB anda telah tamat tempoh.

Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online

Jika anda mendapati kad anda telah tamat tempoh atau bakal tamat tempoh dalam masa 3 bulan, anda boleh memperbaharuinya secara atas talian.

Sila ikuti langkah berikut:

1. Layari laman web  https://apply.cimb.com.my/dcrform

2. Masukkan nombor kad pengenalan (6 digit terakhir) dan nombor Kad Debit (4 digit terakhir). Kemudian tekan butang ‘PROCEED’

Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online

3. Anda akan menerima OTP (One-Time Password) melalui SMS. Masukkan OTP dan tekan butang CONFIRM untuk tujuan verifikasi.

Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online

4. Seterusnya, pilih ‘Renew my debit card and deliver it to me’. Tekan butang ‘PROCEED’ untuk ke langkah seterusnya.

5. Untuk langkah seterusnya, anda perlu semak alamat terkini. Jika alamat yang dipaparkan adalah berbeza dengan alamat terkini, pilih ‘Mailing Address’ dan masukkan alamat di mana anda inginkan kad anda dihantar.

Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online

6. Semak alamat untuk kali terakhir dan tekan butang  ‘YES’ untuk sahkan permohonan. Anda akan terima kad debit CIMB yang baru dalam tempoh 14 hari bekerja.

Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online

Dengan adanya kaedah di hujung jari ini, anda tak perlulah bersusah payah ke cawangan CIMB untuk dapatkan kad debit baru bagi menggantikan yang hampir atau sudah luput.

Untuk keterangan lanjut mengenai prosedur ini, sila layari https://www.cimbclicks.com.my/.

Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Offline

renew kad debit cimb

Ada kalanya anda mempunyai masalah untuk renew kad anda secara online dan diminta untuk hadirkan diri ke cawangan CIMB Bank terdekat untuk urusan memperbaharui kad ini.

Malangnya, tidak semua daripada kita mempunyai masa untuk datang ke cawangan CIMB terdekat pada hari biasa kerana kekangan waktu bekerja.

Untuk tujuan itu, pihak CIMB telah mengeluarkan senarai cawangan CIMB Bank yang dibuka pada waktu hujung minggu untuk urusan perbaharui kad debit anda dan urusan perbankan yang lain.

Berikut merupakan senarai cawangan CIMB Bank yang terlibat, tarikh dan masa mereka beroperasi pada hujung minggu:

Pengesahan kad debit baru

Setelah anda tukar dan memperoleh kad debit CIMB Bank baru anda, anda perlu mengesahkan kad tersebut secara online melalui CIMB Clicks.

Untuk tujuan pengesahan, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Log masuk akaun CIMB Clicks anda
  2. Lakukan pengesahan mengikut arahan yang dipaparkan di skrin anda
  3. Anda kini boleh melakukan segala urusan perbankan menggunakan kad debit CIMB baru anda!

Kad CIMB Hilang?

Sila hubungi CIMB di +603 6204 7788 (tempatan atau luar negara) atau kunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank untuk membuat laporan dengan segera jika mengetahui bahawa CIMB Debit Mastercard anda hilang atau dicuri.

Lokasi CIMB Terdekat

Jika anda ingin mengunjungi kaunter CIMB terdekat, sila rujuk lokasi melalui senarai ini:

https://www.cimb.com.my/en/personal/help-support/branch-locator.html

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pengguna CIMB. Selamat mencuba!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!