Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Tahukah anda sekiranya anda memerlukan had kad kredit yang lebih tinggi, anda boleh terus mohon pihak bank naikkan had kad kredit anda?

Ramai pemegang kad beranggapan apabila had sedia ada tidak mencukupi, satu-satunya penyelesaian adalah memohon kad tambahan daripada bank lain.

Tanggapan ini tidak tepat sepenuhnya. Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan garis panduan yang jelas dan setiap bank pengeluar kad juga mempunyai mekanisme dalaman tersendiri untuk memproses permohonan kenaikan had.

Memahami cara dan masa yang betul untuk memohon boleh meningkatkan peluang kelulusan dengan ketara, sambil mengelakkan permohonan berulang yang boleh menjejaskan rekod kredit.

Kenapa Perlu Naikkan Had Kad Kredit?

kad kredit pelancongan

Terdapat dua sebab utama yang mendorong pemegang kad memohon bank naikkan had kad kredit dan sebab pertama adalah untuk memperbaiki nisbah penggunaan kredit.

Bank lebih suka melihat pemegang kad menggunakan kurang daripada 30% daripada jumlah had yang tersedia, contohnya, jika had kad anda adalah RM5,000 tetapi perbelanjaan bulanan mencecah RM3,000, nisbah penggunaan anda sudah mencapai 60% yang memberi gambaran kepada bank bahawa anda sangat bergantung kepada kredit.

Jika had dinaikkan kepada RM10,000, nisbah penggunaan akan menurun kepada 30%, walaupun jumlah perbelanjaan tidak berubah, profil kewangan anda akan kelihatan lebih sihat, yang membantu meningkatkan skor kredit anda.

Sebab kedua adalah untuk menyediakan ruang kewangan yang lebih fleksibel untuk perbelanjaan kecemasan.

Had yang lebih tinggi bermakna apabila berlaku perbelanjaan tidak dijangka seperti kecemasan keluarga, pembaikan rumah atau penggantian barangan, anda tidak perlu risau kerana had tidak mencukupi.

Perlu diingat bahawa menaikkan had tidak sama dengan menambah hutang, selagi anda mengekalkan tabiat perbelanjaan yang berhemah, had tambahan itu hanyalah jaring keselamatan.

Persediaan Sebelum Memohon Kenaikan Had

permohonan credit card

Sebelum anda memohon pihak bank naikkan had kad kredit, terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan peluang kelulusan anda.

Pertama, pastikan bank percaya dengan kemampuan anda untuk membayar semula ini boleh ditunjukkan melalui rekod pembayaran yang baik dan konsisten dengan memastikan anda membayar bil tepat pada masanya setiap bulan dan elakkan sebarang tunggakan.

Kedua, pastikan bank tahu profil atau rekod pendapatan atau pekerjaan terkini anda.

Jika anda telah menerima kenaikan gaji, komisen, atau pertukaran kerja baharu, maklumkan kepada bank kerana rekod pendapatan yang telah dikemas kini akan membantu anda dalam urusan perbankan seperti menaikkan had kad kredit dengan lebih mudah.

Ketiga, pastikan anda pernah membuat transaksi besar atau transaksi yang kerap dengan kad kredit sedia ada sebelum ini kerana penggunaan kad kredit yang kerap akan membantu meluluskan kenaikan had kad kredit anda.

Sebagai contoh, jika had kad kredit anda adalah RM2,500, pastikan anda gunakan sebanyak RM2,000 untuk menunjukkan anda pengguna yang aktif namun, jangan guna sehingga terlebih had dan tidak mampu membayarnya.

Artikel berkaitan: Perangkap “Kadar 0%” Kad Kredit: Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Cara Memohon Kenaikan Had Kad Kredit

naikkan limit kad kredit

Terdapat beberapa cara untuk memohon kenaikan had kad kredit anda. Pertama, anda boleh menambah had kad kredit melalui cawangan bank.

Pergi ke mana-mana cawangan bank yang berhampiran, sebaiknya bank yang pada mulanya anda berurusan berkaitan kad kredit.

Maklumkan kepada pegawai akan keinginan anda untuk menambah had kredit limit kad dan anda perlu mengisi borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan seperti borang cukai, penyata pendapatan, borang EA, slip gaji, penyata KWSP dan lain-lain lagi.

Kedua, anda boleh menambah had kad kredit melalui panggilan dengan mengbungi pusat panggilan perkhidmatan pelanggan bank dan maklumkan kepada mereka bahawa anda ingin menambah had kad kredit tersebut.

Pihak bank akan bertanya soalan pengesahan, soalan berkaitan had kredit yang ingin ditambah dan lain-lain lagi, ikut arahan pegawai bank seperti biasa dalam tempoh panggilan dan proses ini biasanya mengambil masa beberapa hari bergantung pada bank yang anda pohon.

Ketiga, anda boleh menaikkan had kad kredit secara atas talian melalui laman web sah bank yang berkenaan namun perlu diingatkan proses untuk setiaap bank mungkin berbez dan cara ini merupakan cara paling senang untuk menaikkan had kad kredit.

Polisi BNM Mengenai Had Kad Kredit

polisi Bank Negara Malaysia BNM

Bank Negara Malaysia mempunyai peraturan yang jelas untuk pemegang kad berpendapatan rendah.

Jika pendapatan tahunan anda tidak melebihi RM36,000, setiap bank pengeluar kad hanya boleh memberikan had maksimum dua kali ganda pendapatan bulanan anda, dan anda hanya boleh memegang kad kredit daripada dua pengeluar.

Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda adalah RM2,500, had maksimum setiap bank ialah RM5,000, dan bank ketiga tidak boleh menerima permohonan kad anda.

Jika pendapatan tahunan anda melebihi RM36,000, batasan di atas tidak lagi terpakai, dan bank akan menentukan had anda berdasarkan penilaian dalaman mereka sendiri.

Mengetahui had ini boleh membantu anda menetapkan jangkaan yang munasabah dan mengelakkan permohonan yang tidak perlu.

Penulis
Affan ada penulis di eCentral yang berkongsi artikel berkaitan kewangan, bantuan kerajaan, pendidikan, kerjaya dan isu semasa dengan penyampaian yang ringkas, jelas dan mudah difahami.