Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Tak semestinya perlu bermula dari bawah untuk mendapatkan kelayakan akademik! Bella Astillah mencuri perhatian apabila dikatakan bakal menyambung pengajian Sarjana Komunikasi di Taylor’s University tanpa ijazah sarjana muda.

Situasi ini membuka mata ramai tentang APEL.Q (Accreditation of Prior Experiential Learning for Qualifications), iaitu laluan alternatif untuk memperoleh kelayakan akademik berdasarkan pengalaman terdahulu. Apa itu APEL.Q dan siapa yang layak memohon?

Jom baca artikel ini sampai habis!

Baca lanjut: APEL: Maksud & Syarat Kelayakan APEL.A, APEL.C & APEL.Q 

Apa itu APEL.Q?

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) merupakan satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

Calon layak mendapat penganugerahan kelayakan akademik berdasarkan kaedah penilaian ilmu yang diperoleh daripada pendidikan formal, pengalaman kerja, pengalaman hidup atau/dan himpunan kursus pendek.

APEL.Q mula dilaksanakan pada Julai 2021.

Siapa Boleh Mohon APEL.Q

1. Warganegera Malaysia dan Bukan Warganegera Malaysia

2. Permohonan calon: memenuhi keperluan minimum

Tahap MQFKelayakanTahun pengalaman kerja minimum dalam bidang berkaitan
3Sijil5 tahun
4Diploma10 tahun
5Diploma Lanjutan12 tahun
6Ijazah Sarjana Muda15 tahun
7Ijazah Sarjana20 tahun
8Kedoktoran25 tahun

Catatan: Calon yang tidak memenuhi syarat keperluan minimum tetapi dengan pembelajaran pengalaman terdahulu yang luar biasa dapat dipertimbangkan berdasarkan case by case.

    Kaedah Penilaian APEL.Q

    Penialain terdiri daripada empat instrumen utama iaitu:

    1. Penilaian Portfolio

    Dokumen formal yang mengandungi kompilasi bukti bertulis/berekod mengandungi berkaitan pembelajaran pengalaman terdahulu dalam jangka masa tertentu.

    2. Lawatan Lapangan dan Pengesahan (FVV)

    Menilai dan mengesahkan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan dan kecekapan yang sesuai yang dijalankan di tempat kerja pelajar atau mana-mana lokasi yang kondusif dan sesuai.

    3. Ujian Cabaran (Challenge test)

    Ujian standard oleh PPT dalam bentuk pemeriksaan bertulis, penilaian produk dan/atau prestasi termasuk penilaian lisan yang komprehensif.

    4. Wajib mengikuti serta lulus Capstone seperti yang ditetapkan dalam program

      Kriteria untuk Penganugerahan APEL.Q

      Untuk penganugerahan kelayakan akademik melalui APEL.Q, pelajar mesti:

      • Lulus setiap instrumen penilaian: Portfolio, FVV, CT dan kursus Capstone dengan mencapai sekurang-kurangnya 50% skor pada setiap PLO yang diuji. Sekiranya tidak mencapai skor 50% dalam mana-mana PLO yang dinilai di bawah pelbagai instrumen penilaian, pelajar akan diberikan status gagal untuk instrumen penilaian tersebut.
      • Mencapai PNGK minimum 2.0 daripada 4.0 untuk program pra siswazah (Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda), 3.0 daripada 4.0 untuk program pasca siswazah (Ijazah Sarjana dan Kedoktoran melalui mod Kerja Kursus) dan lulus komponen penyelidikan (Sarjana dan Ijazah Kedoktoran melalui Mod Campuran).

      Kerajaan Tanggung 50% Kos Program APEL.Q Pegawai Awam

      Kerajaan tanggungan kos pengajian sebanyak 50 peratus atau maksimum RM15,000 (mana yang terendah) kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun untuk melanjutkan pengajian di bawah Program APEL.Q.

      Oleh itu, Jabatan Perkhidmatan Awam ingin mempelawa penjawat awam yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon Pemberian Bantuan Yuran Pengajian bagi pengajian di bawah Program APEL.Q melalui portal rasmi INTAN, https://www.intanbk.intan.my/iportal/ms/penjawat-awam-apelq/syarat-syarat-permohonan

      Senarai PPT APEL.Q

      Berikut adalah senarai Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) APEL.Q:

      1. Universiti HELP, Kuala Lumpur

      • Doctor of Business Administration
      • Master of Business Administration
      • Master of Entrepreneurship
      • Master of Science in Economic Crime Management
      • Master of Education (Teaching and Learning)
      • Bachelor in Hospitality Management (Honours)
      • Diploma in Early Childhood Education
      • Bachelor of Management

      2. Open University Malaysia, OUM

      • Master of Information Technology
      • Bachelor of Tourism Management with Honours 
      • Bachelor of Manufacturing Management with Honours
      • Bachelor of Occupational Safety and Health Management with Honours
      • Master of Business Administration
      • Doctor of Business Administration
      • Master of Project Management

      3. Universiti SEGi, Kota Damansara, Selangor

      • Diploma in Early Childhood Education
      • Bachelor of Education (Hons)
      • Bachelor of Business Management (Honours)
      • Master of Business Administration (General Management)

      4. Universiti Kebangsaan Malaysia

      • Master of Industrial Safety Management
      • Master of Industrial Safety Management
      • Doctor of Business Administration
      • Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)
      • Doktor Pendidikan Tinggi

      5. Universiti Pendidikan Sultan Idris

      • Diploma in Entrepreneurship
      • Master of Performance Studies 
      • Doktor Pendidikan (Kepimpinan dan Dasar Pendidikan)
      • Ijazah Sarjana Pendidikan (Sains Sukan) 

      6. Asia e University

      • Doctor of Business Administration
      • Bachelor of Business Administration
      • Master of Business Administration
      • Master in Management
      • Bachelor of Digital Creative Media (Hons)
      • Master in Information and Communication Technology Management
      • Bachelor of Information and Communication Technology (Hons)
      • Master of Education
      • Master of Human Resource Management

      7. Universiti MAHSA

      • Master of Business Administration

      8. UNITAR International University

      • Master of Business Administration
      • Diploma in Early Childhood Education

      9. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

      • Doctor of Business Administration

      10. City University

      • Doctor of Business Administration

      11. Universiti GlobalNxt

      • Master of Business Administration

      12. Universiti UCSI

      • Master in International Hospitality Management
      • Master of Business Administration
      • Doctor of Business Administration

      13. Universiti Sunway

      • Master in International Hospitality Management

      14. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

      • Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat
      • Doctor of Business Administration

      15. Kolej UCSI

      • Diploma in Early Childhood Education

      16. Asia Pacific University of Technology and Innovation

      • Master of Business Administration
      • MSc in Data Science and Business Analytics

      17. Universiti Taylor’s

      • Master of International Hospitality Management

      18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

      • Master of Business Administration

        Soalan Lazim APEL.Q

        Rujuk Soalan Lazim daripada Laman Sesawang Rasmi APEL-MQA

        Apa itu APEL.Q?

        APEL bagi tujuan Penganugerahan Kelayakan Akademik [APEL.Q] ialah kaedah penilaian ilmu yg diperoleh daripada pendidikan formal, pengalaman kerja, pengalaman hidup atau/dan himpunan kursus pendek bagi tujuan mendapatkan kelayakan program akademik di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT).

        Apakah perbezaan antara APEL.A dan APEL.C sedia ada dengan APEL.Q?

        APEL sedia ada adalah untuk tujuan kemasukan ke PPT iaitu dikenali sebagai APEL (Access). APEL.C atau APEL (Credit) pula adalah untuk tujuan mendapatkan pindahan kredit.

        Melalui pelaksanaan APEL.A dan APEL.C, individu yang mempunyai pengalaman yang luas bukan sahaja boleh masuk ke program di PPT tetapi juga boleh menggunakan pengalamannya untuk mendapatkan pindah kredit bagi kursus tertentu dalam program pengajian. Justeru itu, pelajar dapat melengkapkan pengajiannya dalam tempoh yang lebih singkat.

        Bagi tujuan permohonan penilaian APEL.C., seseorang itu mesti berstatus pelajar (telah berdaftar dalam program pengajian di PPT).

        Siapakah yang akan melaksanakan penilaian APEL.Q terhadap pelajar?

        APEL.Q akan dilaksanakan sendiri oleh PPT terhadap pelajarnya dengan syarat PPT tersebut telah mendapat kelulusan untuk mengendalikan APEL.Q daripada MQA.

        Bagi menjamin kualiti penilaian, PPT perlu melaksanakan APEL.Q dengan bertunjangkan Garis Panduan Amalan Baik: APEL.Q terbitan MQA yang merangkumi dasar pengendalian APEL.Q dan panduan pembinaan instrumen penilaian.

        Bolehkah kolej, kampus cawangan atau anak syarikat di bawah sesuatu PPT induk mengguna pakai kelulusan penilaian APEL.Q yang telah diperoleh oleh PPT induk?

        Tidak boleh. Setiap institusi perlu memohon APEL.Q secara berasingan kepada MQA kerana ia mempunyai Senat masing-masing dalam membuat keputusan berkaitan akademik.

        Adakah proses rayuan bermaksud semakan terhadap keputusan penilaian APEL.Q yang telah dikeluarkan kepada pelajar?

        Ya. Proses rayuan selepas keputusan gagal penilaian APEL.Q dikeluarkan hanya melibatkan semakan semula keputusan tersebut dan bukan penghantaran semula bukti tambahan atau menduduki semula penilaian.

        Apakah instrumen penilaian untuk APEL.Q?

        Pelajar APEL.Q akan dinilai menggunakan instrumen berikut secara berurutan:
        – Portfolio
        – Lawatan Lapangan dan Pengesahan (Field and Validation Visit, FVV)
        – Ujian Cabaran (Challenge Test, CT)
        – Kursus Capstone dalam program yang dimohon

        Berapa kali pelajar dibenarkan mengulang penilaian yang gagal?

        Pelajar akan diberi sebanyak tiga percubaan untuk menebus status gagal dalam mana-mana mod penilaian (iaitu Portfolio, FVV, CT atau kursus Capstone).

        Baca lanjut: Program Asrama Malaysia KPM : Permohonan Tingkatan 1 2027

        Penulis
        Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku