Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Trade-in kereta lama untuk deposit kereta baru adalah satu pilihan yang semakin popular di kalangan pemilik kenderaan di Malaysia.

Proses ini membolehkan pemilik kereta menukar kenderaan lama mereka dengan yang baharu sambil menggunakan nilai kereta lama sebagai sebahagian daripada bayaran pendahuluan untuk kereta baharu.

Prosesnya kelihatan mudah iaitu anda bawa kereta lama ke pengedar, mereka nilaikan harga dan nilai tersebut akan ditolak terus daripada harga kereta baru sebagai deposit.

Namun persoalan besar yang sering bermain di fikiran pembeli adalah sama ada cara ini benar-benar menguntungkan atau sebenarnya merugikan anda berbanding menjual sendiri secara berasingan.

Proses Trade-In Kereta Lama

Proses trade-in kereta lama biasanya bermula dengan penilaian nilai kenderaan lama.

Pemilik kereta boleh mendapatkan penilaian ini melalui platform jual kereta terpakai seperti Carsome atau MyTukar, atau dengan mendapatkan quotation harga daripada kedai kereta terpaka dan untuk mendapatkan tawaran yang terbaik, pemilik kereta disarankan untuk survey harga di beberapa kedai kereta terpakai.

Setelah mendapatkan penilaian nilai kenderaan lama, pemilik kereta perlu menyemak baki hutang pinjaman kereta jika masih ada. Ini penting untuk menentukan sama ada pemilik kereta akan mendapat untung atau rugi selepas tukar beli kereta lama.

Jika nilai tukar beli kereta lama lebih tinggi daripada baki hutang pinjaman kereta, pemilik kereta akan mendapat untung namun jika sebaliknya, jika nilai trade-in kereta lama lebih rendah daripada baki hutang pinjaman kereta, pemilik kereta mungkin perlu menambah wang sendiri untuk menyelesaikan hutang pinjaman kereta.

Setelah semua maklumat dikumpulkan, pemilik kereta boleh memilih untuk tukar beli kereta lama mereka dengan pengedar kereta baharu atau syarikat pembeli kereta terpakai.

Proses ini biasanya melibatkan penyerahan dokumen seperti geran kereta, kad pengenalan, dan dokumen lain yang berkaitan.

Setelah semua dokumen diserahkan dan proses selesai, pemilik kereta boleh menggunakan nilai trade-in kereta lama sebagai sebahagian daripada bayaran pendahuluan untuk kereta baharu.

Kelebihan dan Kekurangan

trade-in kereta lama

Salah satu kelebihan utama trade-in kereta lama ialah kemudahan yang ditawarkannya kerana pemilik kereta tidak perlu melalui proses menjual kereta secara berasingan, yang boleh menjadi rumit dan memakan masa.

Dengan trade-in kereta lama, pemilik kereta boleh menukar kenderaan mereka dalam satu proses yang mudah dan cepat. Ini amat berguna bagi mereka yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menguruskan penjualan kereta secara berasingan.

Kelebihan lain ialah trade-in kereta lama boleh mengurangkan jumlah bayaran pendahuluan yang perlu dibayar untuk kereta baharu kerana nilai tukar beli kereta lama akan ditolak daripada harga kereta baharu, yang bermakna pemilik kereta hanya perlu membayar baki harga kereta baharu.

Tukar beli kereta lama juga boleh mengurangkan risiko pemilik kereta kerana apabila tukar beli kereta lama dilakukan dengan pengedar kereta baharu atau syarikat pembeli kereta terpakai yang dipercayai, pemilik kereta tidak perlu risau tentang penipuan atau masalah lain yang mungkin timbul apabila menjual kereta secara berasingan.

Walaupun trade-in kereta lama menawarkan banyak kelebihan, ia juga mempunyai beberapa kekurangan dan salah satu kekurangan utama ialah nilai trade-in kereta lama mungkin lebih rendah berbanding jika kereta dijual secara berasingan.

Pengedar kereta baharu atau syarikat pembeli kereta terpakai biasanya akan menawarkan harga yang lebih rendah untuk trade-in kereta lama kerana mereka perlu mengambil kira kos penyelenggaraan, pemasaran semula, dan keuntungan mereka.

Kekurangan lain ialah tukar beli kereta lama mungkin tidak sesuai bagi pemilik kereta yang masih mempunyai baki hutang pinjaman kereta yang tinggi.

Jika nilai trade-in kereta lama lebih rendah daripada baki hutang pinjaman kereta, pemilik kereta mungkin perlu menambah wang sendiri untuk menyelesaikan hutang pinjaman kereta dan ini boleh menjadi beban kewangan yang besar bagi pemilik kereta.

Tukar beli kereta lama juga mungkin tidak sesuai bagi pemilik kereta yang ingin mendapatkan nilai maksimum untuk kenderaan lama mereka.

Jika pemilik kereta sanggup meluangkan masa dan usaha untuk menjual kereta secara berasingan, mereka mungkin boleh mendapatkan harga yang lebih tinggi berbanding dengan trade-in kereta lama.

Taktik “Overtrade”

overtrade kereta lama

Dalam pasaran yang kompetitif, sesetengah pengedar menggunakan strategi yang dipanggil overtrade untuk menarik pelanggan.

Mereka mungkin menawarkan harga trade-in yang kelihatan sangat tinggi atau melebihi nilai pasaran sebenar kereta namun apa yang berlaku sebenarnya ialah mereka mengurangkan diskaun tunai untuk kereta baharu tersebut.

Contohnya, dalam keadaan biasa, anda mungkin layak mendapat diskaun RM5,000 untuk kereta baharu dan trade-in RM40,000, menjadikan jumlah manfaat RM45,000.

Dalam senario overtrade, pengedar mungkin menawarkan trade-in RM43,000 tetapi mengurangkan diskaun kereta baharu kepada RM2,000, menjadikan jumlah manfaat tetap sama iaitu RM45,000.

Pembeli perlu sentiasa berhati-hati dan menilai diskaun tunai kereta baharu secara berasingan daripada nilaitukar beli kereta lama untuk memastikan mereka benar-benar mendapat tawaran yang terbaik.

Artikel berkaitan: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Nilai Jualan Semula Kereta

Tips Untuk Dapatkan Harga Trade-In Kereta Yang Tinggi

tukar beli kereta lama

Jika anda sudah memutuskan untuk memilih tukar beli kereta lama kerana faktor kemudahan, ada beberapa cara untuk memastikan anda tidak rugi besar dan mendapat harga yang hampir dengan harga pasaran.

Pertama, dapatkan sekurang-kurangnya tiga sebut harga berbeza dan jangan terus terima tawaran pertama dari pengedar kereta baru anda.

Dengan mempunyai tiga angka perbandingan, anda mempunyai kuasa tawar-menawar yang lebih tinggi – jika platform A tawar RM32,000 dan pengedar anda hanya tawar RM28,000, anda boleh tunjukkan bukti tersebut untuk minta mereka menyamai harga.

Kedua, pastikan kereta anda dalam keadaan terbaik sebelum penilaian. Basuh dan vakum kereta dengan bersih, baiki calar kecil dan lampu yang malap, serta pastikan servis direkodkan.

Penilai akan menolak harga jika kereta kotor atau mempunyai kesan rokok dan kesan tumpahan. Kos RM200 untuk detailing boleh meningkatkan tawaran sehingga RM1,000.

Ketiga, lengkapkan semua dokumen. Pastikan geran asal, kunci pendua, buku servis dan resit servis ada bersama anda kerana kebiasaannya kereta yang mempunyai sejarah servis penuh di pusat servis rasmi akan mendapat harga lebih tinggi kerana pembeli yakin ia dijaga dengan baik.

Keempat, pilih masa yang betul dan elakkan trade-in kereta lama pada hujung tahun apabila banyak model baru dilancarkan kerana harga kereta terpakai akan jatuh dan masa terbaik adalah pada awal atau pertengahan tahun.

Kesimpulannya, trade-in kereta lama untuk deposit kereta baru adalah untung dari segi masa, tenaga dan kemudahan kerana semua urusan dokumentasi diuruskan oleh pengedar.

Penulis
Affan ada penulis di eCentral yang berkongsi artikel berkaitan kewangan, bantuan kerajaan, pendidikan, kerjaya dan isu semasa dengan penyampaian yang ringkas, jelas dan mudah difahami.