5 Cara Berkesan Lajukan Internet Lembab Di Rumah & Handphone

Ada tak tips untuk lajukan kembali internet anda?

Memang menyakitkan hati apabila sambungan internet kita terlalu perlahan, tidak seperti yang dijanjikan oleh penyedia servis perkhidmatan internet.

Sebagai pengguna, kita harus tahu lajukan kembali internet kita, barulah wang yang dibayar untuk melanggan pakej internet tertentu berbaloi dengan kelajuan internet yang diperolehi.

Kali ini, mari kita cuba beberapa tips yang boleh dicuba untuk mengembalikan kelajuan internet anda.

Cara Berkesan Nak Lajukan Internet Rumah & Handphone

1. Laporkan aduan pada SKMM

Sebagai pengguna, kita haruslah cakna berapakah kelajuan internet yang sepatutnya kita perolehi secara purata dalam sehari.

Kemudian, semak kelajuan internet yang kita perolehi.

Sekiranya kelajuan internet yang kita perolehi jauh daripada dijanjikan dalam pakej internet yang dilanggan, kita boleh membuat aduan kepada pihak SKMM.

  1. Buka laman aduan SKMM di https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1
  2. Jenis aduan: Complaint
  3. Jenis perkhidmatan: Cellular Services / Fiber Services
  4. Kategori: Poor Coverage
  5. Subkategori: Poor coverage
  6. Pembekal perkhidmatan: Masukkan nama syarikat pembekal perkhidmatan internet
  7. Lengkapkan maklumat peribadi diri anda dan lampirkan gambar (screenshot) yang berkaitan
  8. Klik butang “Hantar” untuk menghantar aduan kepada pihak SKMM

2. Bersihkan cache App

Ada kalanya cache yang terlalu banyak boleh menggunakan RAM yang banyak, seterusnya mengganggu prestasi dan kelajuan telefon anda.

Oleh itu, anda boleh bersihkan cache pada telefon bimbit anda terutamanya pada aplikasi yang menggunakan sambungan internet.

Untuk bersihkan cache di telefon pintar Android, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka “Settings”
  2. Pilih “Apps”
  3. Kemudian, pilih aplikasi yang anda kerap gunakan – Contohnya Facebook, Tiktok dll.
  4. Paparan info aplikasi tersebut akan dipaparkan.
  5. Klik pada “Storage”, kemudian klik “Clear Cache” pada bahagian Cache.

3. Reset sambungan Internet

Antara cara lain untuk lajukan kembali sambungan internet anda adalah reset sambungan internet anda.

Jika anda menggunakan WiFi dirumah, reset router anda.

Jika anda menggunakan data di telefon pintar anda, anda boleh reset sambungan internet dengan mengaktifkan mod “Airplane Mod” buat seketika dan tutupnya kembali.

4. Factory reset

Sekiranya anda telah melakukan kesemua tips di atas, maka Factory reset mungkin pilihan terakhir yang anda ada.

Ada kalanya sambungan internet boleh jadi terlalu perlahana kerana telefon pintar anda sendiri sudah bermasalah, misalnya terlalu banyak fail/aplikasi mencurigakan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, harap maklum sekiranya anda membuat Factory Reset segala fail dan aplikasi dalam telefon pintar anda akan dibuang jadi pastikan anda membuat backup terlebih dahulu.

5. Langgan pakej internet lain

Tidak semua kawasan yang menyediakan sambungan internet yang bagus dan konsisten untuk semua syarikat penyedia perkhidmatan internet.

Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan servis daripada Maxis, namun anda berpindah ke sesuatu kawasan baru maka anda kemungkinan coverage Maxis di situ tidak bagus sehingga menjejaskan kelajuan internet anda.

Dalam hal ini, anda tidak mempunyai banyak pilihan selain melanggan pakej internet daripada syarikat penyedian perkhidmatan internet yang lain.

Terdapat pelbagai promosi melalui Pakej Perpaduan yang ditawarkan bagi tahun 2023, sila rujuk:

Untuk membuat semakan kelajuan perkhidmatan internet di kawasan anda, rujuk artikel berikut: TM Speed Test: Cara Check Line Internet Di Kawasan Anda

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!