TM Speed Test: Cara Check Line Internet Di Kawasan Anda

Mahu membuat TM Speed Test untuk semak kelajuan langganan pakej Unifi dan Streamyx dari Telekom Malaysia (TM)?

Setiap pakej langganan perkhidmatan internet yang disediakan oleh pihak TM menjanjikan kelajuan internet yang berbeza-beza dan sebagai pelanggan, anda berhak untuk mengetahui berapakah kelajuan sebenar internet yang diterima di rumah anda.

Semakan kelajuan ini penting untuk dilakukan kerana sekiranya kelajuan internet yang diterima anda tidak mencapai tahap kelajuan internet seperti yang dijanjikan dalam kontrak langganan internet, anda berhak menuntut pihak penyedia perkhidmatan meningkatkan kelajuan internet mereka seperti yang dijanjikan.

Sekiranya pihak penyedia perkhidmatan tidak berusaha meningkatkan perkhidmatan mereka, maka anda sebagai pengguna boleh membuat laporan kepada pihak yang lebih berautoriti sepertiSuruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (SKMM).

Menariknya, anda boleh menggunakan pelbagai peranti seperti komputer, telefon pintar, komputer riba dan apa sahaja peranti yang mempunyai sambungan internet untuk melakukan TM Speed test ini.

Istilah-istilah asas internet

Dalam pakej langganan internet yang disediakan oleh pihak TM (atau apa sahaja penyedia perkhidmatan seumpamanya) biasanya mereka akan menggunakan beberapa istilah seperti “download”, “upload” dan sebagainya.

Maka, adalah penting untuk kita faham apa yang dimaksudkan dengan terma-terma ini terlebih dahulu agar kita dapat membuat perbandingan yang adil dengan data yang diperolehi daripada aplikasi untuk membuat TM Speed test.

1. Upload

Upload jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud “muat naik”.

Ini adalah kelajuan internet untuk memuat naik sesuatu maklumat (seperti gambar, fail) daripada komputer atau peranti anda ke sesuatu laman web (contohnya Facebook).

Kelajuan upload ini biasanya ditunjukkan dengan unit Mbps dan tahap kelajuan upload ini biasanya tidak sama dengan tahap kelajuan ketika download (muat-turun) fail dari internet.

2. Download

Download bermaksud “muat turun”, istilah yang digunakan untuk memuat turun sesuatu fail dari internet seperti gambar, fail, video, lagu dan sebagainya.

Kelajuan download ini juga boleh digunakan untuk merujuk kepada kelajuan internet ketika anda memainkan (stream) sesuatu video di internet contohnya daripada laman web Youtube.

3. Ping

Secara mudah difahaminya adalah tempoh masa yang diperlukan oleh komputer atau peranti anda untuk berhubung dengan menara pemancar telekomunikasi yang berdekatan.

4. Jitter

Jitter ialah apabila kelewatan masa dalam penghantaran paket data melalui sambungan rangkaian internet anda dan ini sering terjadi disebabkan oleh kesesakan rangkaian.

Cara cek kelajuan sambungan internet TM

Menariknya, pihak TM sendiri sudah menyediakan satu kemudahan di laman web mereka sendiri untuk memudahkan para pelanggan TM untuk menyemak kelajuan sambungan internet mereka.

Ikut membuat TM speed test, hanya ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Layari laman https://speedtest.tm.com.my/
  2. Klik pada butang GO

Halaman tersebut akan memaparkan data-data penting seperti Download, Upload, Ping dan Jitter.

Alternatif untuk cek kelajuan internet

Selain daripada laman web di atas, terdapat lagi beberapa laman web alternatif untk menyemak kelajuan capaian internet anda antaranya adalah:

  1. Speedtest.net
  2. Fast.com

Setelah membuat semakan kelajuan rangkaian internet anda, bandingkan pula dengan kelajuan yang dijanjikan dalam kontrak langganan internet anda.

Sekiranya kelajuan internet yang disemak terlalu jauh daripada kelajuan internet yang dinyatakan dalam pakej anda, anda berhak menuntut pihak penyedia perkhidmatan internet anda untuk meningkatkan kelajuan tersebut dengan terus berhubungan dengan servis Khidmat Pelanggan mereka.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!