Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) baru sahaja diumumkan oleh YB Fahmi Fadzil, Meentero Komunikasi dan Digital.

Pengumuman mengenai Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap ini adalah seiring dengan konsep Malaysia MADANI yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim.

Pakej sebegini semenangnya lebih berbaloi bagi penggunaan di rumah seperti menonton televisyen, melayari internet dan sebagainya.

Sementara itu, bagi penggunaan internet di peranti mudah alih seperti tablet dan telefon pintar, anda boleh melanggan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih 2023.

Apakah Pakej Internet Perpaduan Jalur Lebar Tetap?

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap ini diperkenalkan dalam usaha kerajaan mengurangkan kos sara hidup.

Pakej ini disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, orang kelainan upaya (OKU) serta warga emas dengan harga yang lebih rendah.

Harga yang ditawarkan adalah 22% lebih rendah daripada harga pasaran berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu kira-kira RM89.

Ini bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak

Pakej internet ini juga diperkenalkan dalam usaha penting kerajaan dalam mengurangkan jurang digital antara rakyat Malaysia.

pakej perpaduan internet
Sumber: Fahmi Fadzil

Harga & Pakej Internet Jalur Lebar Tetap

Harga pakej yang ditawarkan adalah RM69/bulan dengan kontrak selama 24 bulan.

  1. Internet berkelajuan 30 Mbps
  2. Data tanpa had
  3. Boleh dilanggan mulai Mac 2023

Penyedia Perhidmatan

Pakej internet yang cukup menarik ini adalah kerjasama daripada pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar sedia ada antaranya:

  1. Telekom Malaysia (TM)
  2. YTL
  3. CelcomDigi
  4. Maxis
  5. U Mobile
  6. Astro
  7. TIME Berhad
Pakej Perpaduan Jalur Lebar tetap internet

Cara Melanggan

Pakej internet ini akan ditawarkan mulai Mac 2023 dan individu yang berminat melanggan mana-mana pakej ini sila rujuk pada syarikat penyedia perkhidmatan yang menjual pakej-pakej ini.

Memandangkan pakej ini didatangkan dengan 24 bulan (2 tahun) kontrak, anda hendaklah memeriksa terlebih dahulu syarikat manakah yang menyediakan liputan internet terbaik di persekitaran tempat tinggal anda.

Perbezaan Pakej Internet Perpaduan Mudah Alih & Tetap

Selain Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap ini, kerajaan juga telah memperkenalkan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih.

Mungkin ada yang sedikit keliru antara kedua-dua pakej internet ini dan sebagai rujukan, anda boleh lihat infografik di bawah untuk lihat perbezaan antara kedua-duanya.

pakej-internet-perpaduan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pakej Prabayar Internet Mudah Alih, sila rujuk artikel berikut : Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih 2023

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!