Senarai Cuti Am Yang Wajib Diambil Majikan & Cara Kira Overtime

cara kira overtime
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

HAK-HAK UTAMA PEKERJA DI BAWAH AKTA KERJA 1955 BERKAITAN HARI KELEPASAN AM BERGAJI – CUTI WAJIB & PILIHAN BAGI SEMUA MAJIKAN DI MALAYSIA CARA KIRA OVERTIME BAGI PEKERJA

Tahukah anda? TIDAK semua cuti am wajib diambil oleh Majikan.

Sebenarnya hanya jumlah 11 hari diperuntukkan bagi cuti am sepanjang tahun di mana 11 hari ini terdiri daripada 5 hari wajib dan 6 hari pilihan majikan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cuti wajib dan cuti pilihan yang berkuatkuasa mengikut Akta Kerja 1955 supaya pekerja dan majikan lebih peka terhadap hak masing-masing.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Cuti Wajib & Pilihan Majikan Bagi Pekerja Di Bawah Hak Kelepasan Am Bergaji (Akta Kerja 1955)

Mengikut Akta Kerja 1955, hanya ada 5 hari cuti umum wajib dan berbayar dalam satu tahun.

Cuti-cuti tersebut ialah:

  1. Hari Pekerja (1 Mei)
  2. Hari Keputeraan Raja-Raja / Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
  3. Hari Keputeraan YDP Agong (6 Jun)
  4. Hari Kebangsaan (31 Ogos)
  5. Hari Malaysia (16 September)

Sementara itu, 6 hari pilihan Majikan ini pula tertakluk kepada mana-mana hari yang diwartakan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 8 Akta Cuti Kelepasan Am 1951.

Enam hari kelepasan am yang lain ini perlu ditetapkan oleh Majikan pada awal tiap-tiap tahun.

Jika diperlukan dan diarahkan majikan untuk bekerja pada hari tersebut, bayaran tambahan perlu dibayar [Rujuk Seksyen 60D (3) Akta Kerja 1955]

Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 pula merujuk kepada cuti mengejut yang diberikan oleh kerajaan yang tidak diwartakan.

Cuti ini contohnya meraikan kemenangan pasukan bola atau sempena membentuk kerajaan baru selepas Pilihanraya umum diadakan.

Cara Kira Overtime (OT) – Bayaran Bekerja Lebih Masa

Adakah anda selalu diminta bekerja oleh Majikan pada hari cuti? Berkuatkuasa 1 Januari 2023 ini, pekerja yang bergaji RM4,000 sebulan boleh dapat OT!

Berikut dikongsikan cara pengiraan bagi mereka yang layak mendapat bayaran overtime jika bekerja pada hari cuti.

KADAR OVERTIME :

  • OT Hari Bekerja : Gaji sejam X 1.5
  • OT Hari Cuti Umum : Gaji sejam x 3
  • OT Hari Cuti Biasa / Rehat : Gaji sejam x 2

1. Anda tengok jadual kerja dan lihat jumlah hari bekerja, tak boleh lebih 45 jam (mengikut pindaan Akta Kerja terbaru):

  • Jika 6 hari seminggu: 45 jam/6 hari = 7.5 jam sehari
  • Jika 5 hari seminggu: 45 jam/5 hari = 9 jam sehari

2. Dah tahu jumlah hari dan jumlah jam bekerja sehari, kira kadar harian OT pula:

  • ORP (Gaji sebulan) : Gaji pokok / 26
  • HRP (Gaji per jam) : Kalau jam bekerja 8 jam, bahagikan ORP dengan 8

3. Tengok jenis hari anda / pekerja OT untuk dapatkan gandaan OT:

  • Hari biasa: 1.5
  • Hari Rehat : 2.0
  • Cuti Umum : 3.0

Kadar OT perlu dikira selepas jam bekerja sehari iaitu kalau waktu bekerja anda 8 jam maka, selepas daripada 8 jam barulah OT dikira.

Contoh pengiraan :

  • Gaji sebulan Amira : RM2000
  • Gaji Sehari (ORP) : RM2000 / 26 = RM76.92
  • Gaji Per Jam : RM76.92/8 = RM9.62
  • Bayaran Overtime (OT) : RM9.62 x 2 (jam) x 1.5 (kadar OT hari baisa) = RM28.85
Sumber: Soalan Lazim Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] Berkuatkuasa 1 Januari 2023

Baca sepenuhnya: Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] Berkuatkuasa 1 Januari 2023

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut