Cara Guna Pregnancy Test Dengan Betul (Positif / Negatif)

Bagaimanakah cara guna pregnancy test yang tepat berpandukan kepada tips-tips sebelum dan selepas penggunaan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara guna pregnancy test yang betul.

Baca juga:

Apa itu pregnancy test?

cara guna pregnancy test

Pregnancy test atau ujian kehamilan adalah ujian yang dijalankan bertujuan untuk mengesan kehadiran hormon yang dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG).

Hormon tersebut boleh ditemukan di dalam air kencing wanita yang sedang hamil.

Kejadiannya, ia dirembeskan ketika mana telur dan sperma sudah disenyawakan dan melekat pada uterus atau dinding.

Biasanya, tubuh memerlukan 7 hingga 12 hari selepas persenyawaan untuk meningkatkan kadar hCG sekiranya hamil.

Terdapat tiga jenis kit ujian kehamilan yang perlu anda tahu iaitu strip UPT, UPT kaset, dan mindstream UPT.

Sejauh mana ketepatan ujian kehamilan

cara guna pregnancy test

Adalah normal sekiranya pregnancy test anda mempunyai ralat atau keputusan yang dipaparkan tidak tepat (false positive).

Ia terjadi kerana banyak faktor antaranya seperti:

  • Kehadiran serum antibodi manusia anti-tetikus (HAMA)
  • Penyakit yang berkaitan dengan perkumuhan hCG ke dalam air kencing (contohnya, kolon atau kanser pangkal rahim).
  • Pesakit yang menghidap nefrotik proteinuria dan tubo-ovari bernanah.
  • Kesilapan pengendali
  • Teknikal ketika mengendalikan ujian
  • Interpretasi keputusan ujian

Walaupun demikian, menurut laporan, sekitar 97% individu yang melakukan pregnancy test di rumah mendapat keputusan yang tepat jika dilakukan dengan cara yang betu.

Manakala mereka yang mendapat keputusan negatif pada mulanya, dan masih mempunyai gejala kehamilan seperti lambat datang haid, loya, regangan payudara, dan keletihan boleh membuat ujian sekali lagi selepas seminggu.

Waktu sesuai untuk buat ujian kehamilan

cara guna pregnancy test

Ujian kehamilan sesuai dilakukan seminggu selepas anda terlepas haid. Atau jika anda tidak ingin menunggu seminggu selepas terlepas haid, anda boleh tunggu sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu selepas melakukan hubungan seks.

Waktu paling disarankan untuk buat ujian ini adalah pada awal pagi kerana pada ketika itu kepekatan air kencing adalah sangat tinggi.

Elak dari melakukan ujian kehamilan terlalu awal, kerana keputusan yang anda perolehi berkemungkinan besar tidak tepat.

Ianya disebabkan oleh keadaan badan anda yang memerlukan masa untuk menghasilkan hormon HCG pada tahap yang optimum dan mudah dikesan ketika gunakan ujian kehamilan.

Selain itu, antara petanda lain yang boleh menjadi penyebab untuk anda buat ujian kehamilan adalah seperti berikut:

  • Badan rasa lesu
  • Rasa sakit seperti senggugut
  • Lebih kerap buang air kecil
  • Payudara bengkak dan sensitif
  • Muntah dan loya
  • Deria bau lebih sensitif

Cara guna pregnancy test

cara guna pregnancy test

Secara umumnya, cara guna pregnancy test adalah hampir sama walaupun dengan jenama dan jenis yang berbeza. Berikut adalah cara guna pregnancy test yang betul:

  1. Tunggu 1-2 minggu selepas haid pertama sebelum buat pregnancy test.
  2. Baca arahan dengan teliti pada kotak atau kertas arahan produk.
  3. Gunakan sample urin yang pertama selepas bangun dari tidur kerana ia lebih pekat. Bagi anda yang ingin melakukan pregnancy test pada siang hari, pastikan jangan minum air terlampau banyak dan kalau boleh jangan kencing dalam tempoh 4-5 jam. 
  4. Celupkan kit pregancy test itu ke dalam air kencing. Tunggu beberapa saat seperti yang dimaklumkan pada arahan.
  5. Semak keputusan kehamilan sama ada sama ada satu atau dua baris, simbol (+) atau (-), dengan kata-kata “Pregnant” atau “Not Pregnant”.
  6. Jika tidak ada garis atau garis, tanda dan tulisan yang muncul nampak samar-samar setelah mengikuti ujian, ini bermakna terdapat ralat semasa menggunakan pregnancy test. Anda perlu membuat ujian kehamilan semula.
How Does a Pregnancy Test Work? | Cleveland Clinic

Jenis kit kehamilan terbaik di pasaran

Terdapat beberapa jenis kit kehamilan yang menjadi pilihan ramai ibu hamil di Malaysia. Berikut disertakan antara pilihan terbaik dengan harganya (*mungkin berubah mengikut harga pasaran)

1. Clearblue Digital Pregnancy Test (RM 41.50)*

cara guna pregnancy test

Bagi anda yang bukan hanya ingin mengesan kehamilan tetapi juga usia kehamilan, anda boleh menggunakan Clearblue Digital Pregnancy Test.

Ia direka khusus dengan tip yang luas bagi memudahkan penggunaannya. Selain itu, dengan adanya teknologi Floodguard di dalamnya juga membantu mengelakkan air kencing berlebihan dari memasuki peranti sehingga menyebabkan kesalahan ujian.

2. First Response In-Stream (RM107.99)*

cara guna pregnancy test

First Response In-Stream dikenali sebagai UPT yang sangat sensitif untuk mengesan jumlah hormon kehamulan sehingga membolehkan anda mendapatkan keputusan kehamilan seawal hari dari tarikh yang anda sepatutnya datang haid.

Malah adanya aplikasi EasyRead memudahkan pengguna untuk menukar keputusan ujian UPT ke dalam bentuk perkataan seperti “Pregnant” atau “Not Pregnant”.

3. Disclosure Urine Pregnancy Test (RM4.90)*

Disclosure Urine Pregnancy Test adalah UPT jenis kaset. Harganya mampu milik dan penggunaannya juga amat mudah sekali.

4. HCG Pregnancy Test Midstream (RM0.68)*

Dalam banyak-banyak pregnancy kit yang disenarai ini, HCG Pregnancy Test Midstream adalah yang paling murah sekali.

Walaupun ia murah, namun ia mampu untuk memberi keputusan yang tepat kepada anda.

5. Guardian One Step Pregnancy Test (RM 16.90) *

Guardian One Step Pregnancy Test adalah pregnancy kit istimewa yang dikeluarkan di bawah jenama Guardian.

Ia dilengkali dengan pemegang plastik untuk mencengkam dan memudahkan pengguna mengesan kehamilan di peringkat awal lagi.

Apa nak buat kalau positif hamil?

Sekiranya keputusan yang ditunjukkan menyatakan yang anda positif hamil, anda hendaklah melakukan pemeriksaan doktor dengan lanjut.

Ini membolehkan doktor untuk mengesan keputusan anda dengan melakukan ujian darah atau pemeriksaan ultrabunyi.

Penyebab Ujian Kehamilan UPT Negatif Tetapi Masih Hamil? | DoctorOnCall Malaysia

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan cara guna pregnancy test ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan para wanita di luar sana.

Sumber:

  1. When Should You Take a Pregnancy Test? Healthline
  2. Alat UPT Terbaik Untuk Kesan Kehamilan. The Asian Parent
  3. Pregnancy Tests: When to Take One, Accuracy and Results. WebMD
Bantu kami share artikel ini: