Panduan Vaksin Ibu Mengandung / Menyusu Terkini & Cara Kemaskini Status MySejahtera

Panduan Vaksinasi Ibu Mengandung / Menyusu Terkini & Cara Kemaskini Status MySejahtera

Wanita hamil lebih cenderung untuk mengalami sakit yang lebih teruk daripada jangkitan COVID-19 berbanding wanita yang tidak hamil. Mendapatkan vaksinasi semasa hamil akan melindungi anda daripada mengalami penyakit COVID-19 yang teruk.

Berikut dikongsikan panduan terkini dari KKM serta info penting tentang vaksinasi bagi ibu mengandung (hamil) atau menyusu yang perlu anda tahu.

Risiko / Kebaikan Vaksin COVID19 Untuk Ibu Mengandung

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat, Persekutuan Antarabangsa Ginekologi dan Obstetrik (FIGO), Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (RCOG), Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) telah mengesahkan kebaikan mengambil vaksinasi semasa hamil.

Data terkini mengenai vaksinasi COVID-19 tidak dapat mengenal pasti sebarang masalah keselamatan daripada pemberian vaksin kepada wanita hamil mahupun pada bayi dalam kandungan.
Data ini khususnya merujuk kepada vaksin jenis mRNA seperti vaksin keluaran Moderna dan Pfizer BioNTech.

Begitu juga dengan vaksin jenis vektor virus yang juga digunakan kepada wanita hamil seperti semasa ujian vaksinasi berskala besar yang dijalankan untuk virus Ebola.

Semasa ujian vaksinasi ini tiada kesan advers dikenal pasti berlaku kepada ibu mahupun bayi. Walaubagaimanapun, data yang ada pada masa ini mengenai penggunaan vaksin vektor virus untuk COVID-19 (J&J dan AstraZeneca) adalah tidak mencukupi.

Risiko / Kebaikan Vaksin COVID19 Untuk Ibu Menyusu

Laporan terkini menunjukkan wanita yang menyusukan
bayi yang telah menerima vaksin COVID-19 mempunyai
antibodi dalam susu mereka yang dapat membantu
melindungi bayi yang disusukan.

Oleh itu, bukti semasa menunjukkan vaksinasi COVID-19 tidak mendatangkan risiko kepada wanita yang menyusukan bayi, terutama sekali untuk vaksin mRNA dan AstraZeneca.

Mendapat Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung / Menyusu Adalah Pilihan Peribadi

Jike anda hamil dan menghadapi dilema sama ada untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 ataupun tidak, sila pertimbangkan:

  • Risiko anda terdedah kepada COVID-19
  • Risiko sakit yang teruk
  • Faedah vaksinasi yang sedia diketahui
  • Bukti terhad tetapi semakin meningkat mengenai keselamatan vaksinasi semasa hamil

Panduan Terkini Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusukan Bayi KKM

Sila rujuk Panduan Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusukan Bayi KKM dalam bentuk infografik di bawah:

vaksin ibu mengandung
vaksin ibu mengandung

Cara Kemaskini Status Menyusu / Hamil Di MySejahtera

Ciri ibu mengandung / menyusukan bayi di MySejahtera boleh dikemaskini dengan membuat pengesahan seperti berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Tekan butang ‘TUTUP’ (Close)
  3. Pergi ke menu ‘Vaksinasi COVID19’ (COVID-19 Vaccination)
  4. Pilih ‘Vaccine for ____(nama anda)____’
  5. Klik pada butang ‘Click if pregnant / breastfeeding’
  6. Tandakan maklumat yang sesuai dan tekan butang ‘Submit’
  7. Selesai

Temujanji Vaksinasi Walk-In

Ibu mengandung kini boleh mendapatkan temu janji vaksin melalui Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KK), tanpa perlu berbuat demikian menerusi aplikasi MySejahtera.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata arahan serta garis panduan daripada beberapa pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) sudah sedia diperoleh bagi proses vaksinasi ibu mengandung, termasuk penetapan mengenai usia kehamilan di antara tempoh 14 hingga 33 minggu.

Justeru, katanya, golongan terbabit, setakat ini, tidak dimasukkan sebagai golongan yang layak menerima pelalian secara tanpa temu janji (walk-in) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Panggilan vaksin bagi ibu mengandung adalah di bawah urusan klinik kesihatan ibu dan anak. Mereka boleh mendapatkan temu janji suntikan melalui premis kesihatan ini dan akan dirujuk ke PPV untuk menerima vaksinasi.

“Mereka tidak perlu melalui temu janji di aplikasi MySejahtera dan kaedah ini sebenarnya lebih cepat berbanding ‘walk-in’,” katanya mengulas cadangan supaya wanita hamil dibenarkan ‘walk-in’ untuk vaksinasi.

Baca juga: SELVAX: Senarai PPV ‘Walk-In’ Di Selangor / Lembah Klang

Dr Noor Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan yang mungkin timbul dalam kalangan ibu mengandung susulan kematian penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 36, hari ini akibat COVID-19 ketika sarat mengandungkan anak keempat.

Difahamkan, Siti Sarah ketika hayatnya masih belum mendapatkan pelalian vaksinasi COVID-19.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya menyambut baik cadangan untuk memasukkan golongan ibu mengandung sebagai penerima vaksin secara ‘walk-in’, namun mungkin hanya akan dilaksanakan selepas urusan vaksinasi warga emas dan golongan komorbid selesai.

*Sumber: Berita Harian, 9 Ogos 2021

Baca juga: Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera RM100/Setahun

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!