Cara Daftar Kedai / Restoran Anda Di GrabFood (Peniaga)

Pandemik COVID-19 menyaksikan orang ramai mula beralih kepada perkhidmatan membeli makanan secara online dan dihantar ke rumah melalui perkhidmatan seperti GrabFood.

Sekiranya anda perasan, sewaktu awal kemunculan pandemik COVID-19 dahulu senarai kedai atau restoran yang mendaftarkan perniagaan mereka dalam perkhidmatan GrabFood sangat sedikit jika dibandingkan dengan senarai kedai/restoran yang terdapat dalam aplikasi GrabFood.

Sekiranya anda mempunyai kedai atau restoran dan berminat untuk mendaftarkan kedai atau restoran anda di GrabFood sebagai “merchant”, ianya sangat mudah.

Cara daftar kedai / restoran sebagai mercrchant

daftar grabfood merchant

Bagi memoho kedai atay restoran anda diterima masuk ke dalam sistem GrabFood, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut serta lampirkan sekali dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak GrabFood.

  1. Layari laman GrabFood Merchant
  2. Isikan borang yang terdapat di halaman tersebut dengan butiran-butiran yang dikehendaki
  3. Setelah lengkap mengisi segala butiran yang dikehendaki, klik butang SUBMIT

Seterusnya, anda juga diminata untuk menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang berikut:

  • Salinan dokumen perniagaan – Borang SSM D atau 9,24,49
  • Salinan kad pengenalan (IC) / pasport pengarah yang menandatangani perjanjian (Warna, Depan dan Belakang) – (pengarah UBO mesti mempunyai bahagian minimum 25% pada SSM)
  • Salinan penyata akaun bank
  • Salinan logo jenama
  • Salinan foto depan kedai dengan papan tanda tetap dan logo jenama
  • Salinan menu di kedai dengan harga
  • Alamat emel Gmail (gmail unik untuk setiap outlet untuk Log masuk Peranti)
  • Salinan Lesen Perniagaan (Sekiranya berkenaan)
  • Salinan Perakuan Halal (Sekiranya berkenaan)
  • Salinan Sijil SST (Sekiranya berkenaan)
  • Salinan Polisi Insurans (Sekiranya berkenaan)

Kesemua dokumen yang disenaraikan di atas perlulah digabungkan sebagai sebuah fail dan diberi nama berdasarkan format yang dikehendaki seperti yang dinyatakan dalam halaman GRABFOOD MERCHANT APPLICATION DOCS

Pakej perniagaan

Pihak GrabFood mengenakan caj tertentu berdasarkan peratusan harga makanan yang dibayar oleh pembeli, seperti yang berikut:

Hanya perniagaan yang telah mendaftar untuk perkhidmatan penghantaran makanan GrabFood (GrabFood Delivery) sahaja yang dapat memilih perkhidmatan “Self Pickup” dan “Grab Online Shop”.

Caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak GrabFood kepada peniaga yang ingin mendaftar dengan sistem GrabFood adalah betul seperti yang tertera dalam jadual di atas dan ianya mungkin boleh berubah pada masa hadapan.

Mengapakah perlu daftar GrabFood merchant?

Sebagai pemilik kedai atau restoran, anda berhak memilih sama ada hendak menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan daripada GrabFood ataupun tidak.

Secara umumnya, terdapat 4 sebab mengapa anda perlu mendaftarkan kedai atau restoran dengan perkhidmatan penghantaran makanan daripada GrabFood ini:

  • Pendedahan kepada lebih ramai pelanggan sedia ada yang menggunakan aplikasi GrabFood
  • Servis yang dipercayai kerana GrabFood mempunyai ribuan penghantar makanan di seluruh negara
  • Syarat pembayaran yang lebih baik – anda boleh memilih untuk mengeluarkan pendapatan secara harian agar wang tersebut boleh dilaburkan kembali dengan cepat
  • Jualan tambahan – bina kredibiliti perniagaan anda online untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan dan jualan

Artikel berkaitan: Rebat Pengangkutan Grab RM20 Bagi Pengambilan Vaksin

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!