Cara Check Nama Blacklist 2026 – Imigresen, LHDN, JPJ, PTPTN, MARA, dll

cara check nama blacklist
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Cara Check Nama Blacklist 2026 ini adalah topik yang amat penting untuk setiap individu terutamanya mereka yang ingin ke luar negara, membuat pinjaman kewangan, pembiayaan pendidikan dan sebagainya.

Jika nama anda termasuk dalam mana-mana senarai sekatan, ia memberi kesan yang besar. Contohnya, anda tidak dapat pergi ke luar negara, tidak dapat membuat pinjaman perumahan/kereta, kad kredit susah nak approve, dan macam-macam lagi lah.

Kalau nak tahu nama anda dalam senarai Blacklist mana-mana agensi ataupun tidak, rujuk panduan & cara check nama blacklist 2026 di bawah.

Apa Maksud Nama ‘Diblacklist’?

“Nama diblacklist” bermaksud nama individu yang dimasukkan ke dalam senarai hitam (blacklist) atau pangkalan data sekatan rasmi agensi/institusi tertentu.

Tindakan ini diambil oleh pihak berkuasa, institusi kewangan, atau syarikat tertentu kerana individu tersebut melanggar syarat, gagal mematuhi perjanjian, atau mempunyai rekod buruk.

Di Malaysia, istilah blacklist atau senarai hitam tidak hanya terhad kepada masalah pinjaman bank semata-mata.

Ia merangkumi pelbagai kategori sekatan yang boleh dikuatkuasakan oleh agensi kerajaan dan swasta seperti PTPTN, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, LHDN, MARA dan sebagainya.

Kenapa Nama Boleh Blacklist?

Sebab nama boleh blacklist (disenarai hitam) di Malaysia atau mempunyai rekod buruk yang mengakibatkan pelbagai kesan adalah bergantung pada agensi yang mengeluarkan sekatan.

Antaranya ialah:

  • Culas Bayar Pinjaman Bank: Gagal membuat bayaran ansuran bulanan bagi pinjaman perumahan, pinjaman peribadi atau pembiayaan kenderaan boleh menyebabkan rekod kredit menjadi buruk.
  • Tunggakan Kad Kredit: Membiarkan baki kad kredit tertunggak dan gagal membuat bayaran minimum mengikut jadual boleh menjejaskan rekod CCRIS serta menurunkan penilaian kredit anda.
  • Menjadi Penjamin (Guarantor): Jika anda menjadi penjamin dan peminjam gagal membayar, anda boleh dipanggil untuk menanggung liabiliti tersebut mengikut perjanjian.
  • Diisytiharkan Muflis: Kes hutang yang terlalu besar membawa kepada tindakan mahkamah oleh pemiutang melalui Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).
  • Tunggakan Cukai Pendapatan: Kegagalan mengemukakan borang cukai atau membayar cukai yang kena dibayar boleh menyebabkan tindakan denda, penalti atau penguatkuasaan oleh LHDN.
  • Tunggakan PTPTN & Hutang Kecil: Menganggap remeh tunggakan pinjaman pendidikan atau bil telco lama yang tidak ditutup secara rasmi, yang tanpa sedar merosakkan skor kredit CCRIS anda.
  • Ingkar Perjanjian Biasiswa/Pinjaman: Kegagalan membayar balik pinjaman pendidikan atau melanggar syarat perjanjian biasiswa boleh mengakibatkan tindakan kutipan, notis rasmi atau sekatan tertentu bergantung pada agensi pemberi pinjaman atau penaja.
  • Saman Melebihi Tempoh Kompaun: Jika seseorang gagal hadir ke mahkamah selepas dipanggil bagi kesalahan tertentu, mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap mengikut proses undang-undang.

Ada macam-macam sebab lagi. Jadi, jangan ambil ringan ya!

Jenis Blacklist di Malaysia & Kesannya

 Berikut ialah antara jenis-jenis blacklist utama di Malaysia serta kesan jika anda disenarai hitam oleh agensi terbabit:

Jenis BlacklistAgensi PengurusKesan Utama
ImigresenJabatan Imigresen MalaysiaTidak boleh masuk/keluar negara
PTPTNPTPTNNama boleh dimasukkan ke dalam CCRIS/CTOS, menyebabkan permohonan pinjaman bank (rumah/kereta) ditolak/sukar diluluskan.
JPJJabatan Pengangkutan JalanTidak boleh renew lesen & cukai jalan
MARAMARASekatan pinjaman/tajaan masa hadapan, nama penjamin turut terjejas
BankBank & Bank NegaraAkaun ditutup, tidak boleh buka akaun baru
TelcoSyarikat telekomunikasiTidak boleh beli kad SIM baru, CTOS score terjejas

CCRIS

Apabila nama anda berada dalam rekod CCRIS (Central Credit Reference Information System) oleh Bank Negara Malaysia, ia bukanlah bermaksud anda automatik “di-blacklist”.

Jika anda mempunyai tunggakan, rekod ini akan mencerminkan “peminjam yang tidak bagus”. Kesannya:

  • Pinjaman Ditolak: Bank akan menolak permohonan pinjaman atau kad kredit baharu anda kerana risiko gagal bayar yang tinggi.
  • Sebagai Penjamin: Jika anda menjadi penjamin kepada peminjam yang culas, rekod CCRIS anda turut terjejas.
CTOS

Jika nama anda berada di CTOS (agensi pelaporan kredit swasta di Malaysia), rekod tersebut mencerminkan sejarah pembayaran kredit anda.

CTOS tidak menyenarai hitam (blacklist) sesiapa. Ia hanya menyediakan laporan yang digunakan bank sebagai rujukan untuk menilai risiko anda sebagai peminjam.

Rekod CTOS yang tidak cantik (seperti tunggakan atau kes mahkamah) boleh menyebabkan permohonan pinjaman bank (kereta, rumah, atau peribadi) ditolak.

BACA JUGA: Perbezaan CRRIS dan CTOS : Panduan Lengkap Untuk Pemohon Pinjaman

Cara Check Nama Blacklist 2026

Macam mana nak tahu nama kena sekatan/blacklist atau tak? Anda boleh rujuk cara-cara di bawah:

1. Portal SSPI – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Semakan sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen Malaysia boleh dilakukan melalui portal Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI).

Status semakan akan memaparkan sekiranya anda mempunyai sekatan perjalanan ataupun tidak.

Cara Check Nama Blacklist
2. Portal MyTax – LHDN

Anda juga boleh mengetahui sama ada anda mempunyai sekatan perjalanan oleh LHDN ataupun tidak melalui semakan di portal MyTax LHDN.

  • Layari portal MyTax di pautan berikut: https://mytax.hasil.gov.my/
  • Log masuk seperti biasa (masukkan no kad pengenalan dan password).

Anda akan melihat status sama ada anda mempunyai sekatan perjalanan ataupun tidak di paparan utama (sebelah kanan) dalam kolum Sekatan Perjalanan.

Cara Check Nama Blacklist
Cara Check Nama Blacklist
3. Portal myPTPTN

Semakan sekatan perjalanan oleh PTPTN boleh dilakukan melalui portal myPTPTN.

  • Layari portal myPTPTN di https://myptptn.ptptn.gov.my/ atau buka aplikasi myPTPTN.
  • Log masuk seperti biasa menggunakan no kad pengenalan dan password anda.

Anda boleh semak status sekatan perjalanan di papan dashboard utama portal myPTPTN seperti di bawah:

Cara Check Nama Blacklist
4. Aplikasi myJPJ

Semakan status senarai hitam oleh JPJ boleh dibuat melalui aplikasi myJPJ dan portal awam JPJ. Pengguna perlu log masuk untuk membuat semakan.

Namun, semakan hanya boleh dibuat bagi senarai hitam yang diwujudkan atas nombor pengenalan anda sahaja.

  1. Log masuk aplikasi myJPJ menggunakan myDigital ID
  2. Klik ‘View All”
  3. Skrol ke bawah > pilih ‘Blacklist’.
check nama blacklist
check nama blacklist
check nama blacklist
check nama blacklist
5. Portal MARA

Semakan status senarai hitam oleh MARA boleh dilakukan melalui portal rasmi Sistem eBaki MARA atau, hubungi Bahagian Kawalan Kredit MARA di ibu pejabat atau, hadir ke mana-mana Pejabat MARA Negeri / Daerah berdekatan.

Untuk semakan melalui Sistem eBaki MARA, rujuk caranya berikut:

  • Layari laman web rasmi Sistem eBaki MARA.
  • Setelah mendaftar, log masuk untuk melihat penyata baki pinjaman anda sama ada terdapat sebarang notis tindakan.
Cara Check Nama Blacklist

Biasanya surat makluman senarai hitam (blacklist) daripada MARA juga akan dihantar ke alamat peminjam atau pinjamin.

6. Semakan Rekod CTOS (CTOS Score)

Pihak bank, syarikat telekomunikasi, dan syarikat sewa beli menggunakan laporan CTOS untuk menilai tahap “kesihatan kewangan” anda melalui sistem gred yang dipanggil CTOS Score.

Syarikat CTOS Data Systems menyediakan akses pantas untuk anda menyemak laporan asas secara percuma atau laporan penuh (berbayar).

  • Layari Portal Rasmi CTOS Credit Malaysia atau muat turun aplikasi MyCTOS di telefon pintar anda.
  • Klik pada butang pendaftaran pengguna baharu. Anda perlu memasukkan nombor MyKad dan maklumat peribadi asas.
  • Bagi memastikan keselamatan data, anda wajib melakukan proses e-KYC dengan mengambil gambar bahagian depan/belakang MyKad serta gambar swafoto (selfie) wajah anda secara langsung.
  • Selepas pendaftaran diluluskan, anda akan menerima emel pengesahan untuk mengaktifkan akaun ID anda.
  • Log masuk untuk muat turun laporan CTOS asas secara percuma.

Muat Turun Laporan:

  • MyCTOS Basic Report (Percuma): Memaparkan maklumat asas sekiranya ada kes mahkamah (litigasi), status bankrap, atau tunggakan dengan syarikat utiliti/telco.
  • MyCTOS Score Report (Berbayar): Memaparkan laporan penuh termasuk pecahan gred CTOS Score, rekod CCRIS bank, dan analisis tabiat pembayaran anda.
7. Semakan Rekod CCRIS

CCRIS berfungsi untuk merekod dan memantau sejarah pembayaran balik pinjaman serta pembiayaan seseorang.

Sistem ini membantu bank dan institusi kewangan menilai tahap risiko kredit sebelum meluluskan permohonan pembiayaan.

  • Log masuk ke portal eCCRIS menggunakan akaun anda.
  • Masukkan User ID, kata laluan dan kod OTP/PIN 6 digit untuk proses pengesahan keselamatan (MFA).
  • Klik menu “Enquiry” (Carian) dan pilih “Self Enquiry – Individual” (Carian Sendiri – Individu).
  • Tandakan kotak persetujuan yang disediakan, kemudian klik “Report Enquiry” (Carian Laporan).
  • Laporan CCRIS anda akan dipaparkan secara automatik dan boleh dimuat turun dalam format PDF untuk rujukan atau simpanan.

NOTA: Pihak bank akan menyemak kedua-dua laporan CCRIS dan CTOS. Jika anda mempunyai rekod tertunggak (biasanya dilabel sebagai Special Attention Account atau SAA di CCRIS) atau tindakan undang-undang di CTOS, nama anda dianggap ‘diblacklist’ oleh bank.

Cara Bersihkan Nama daripada Blacklist

Secara amnya, cara bersihkan nama daripada daftar hitam (blacklist) di Malaysia memerlukan anda menyelesaikan punca utama sekatan terus dengan agensi atau institusi yang mengeluarkan arahan tersebut.

Proses pemutihan nama tidak boleh dilakukan melalui orang tengah atau ejen berbayar.

Berikut adalah 4 langkah utama yang terpakai untuk semua jenis blacklist secara umum:

1. Kenal Pasti Agensi yang Menyekat Nama Anda
  • Langkah pertama adalah mengetahui pangkalan data mana yang menyekat anda.
  • Semak status imigresen melalui Portal SSPI (untuk sekatan luar negara) atau muat turun laporan CCRIS / CTOS (untuk sekatan kredit dan bank).
  • Dokumen ini akan menyatakan dengan jelas nama agensi, bank, atau syarikat utiliti yang meletakkan nama anda dalam senarai hitam.
2. Hubungi dan Lakukan Rundingan Penyelesaian
  • Hadir ke pejabat cawangan atau hubungi pihak pengurusan fail kes anda secara terus (contohnya: unit pemulihan kredit bank, cawangan LHDN, atau bahagian khidmat pelanggan telco).
  • Penyelesaian Penuh: Bayar keseluruhan jumlah tunggakan hutang, cukai, atau saman yang dituntut untuk pembersihan serta-merta.
  • Pelan Ansuran / Struktur Semula: Sekiranya jumlah tuntutan terlalu besar, mohon pelan jadual pembayaran balik yang baharu mengikut kemampuan aliran tunai bulanan anda.
3. Dapatkan Surat Pengesahan Pelepasan (Settlement Letter)
  • Sebaik sahaja pembayaran penuh disahkan atau pelan ansuran dipersetujui, minta surat hitam putih daripada agensi tersebut yang menyatakan anda telah menyelesaikan obligasi atau telah diberikan pelepasan.
  • Surat ini amat penting sebagai bukti rasmi sekiranya pangkalan data utama lambat dikemas kini secara automatik.
4. Pantau Tempoh Kemas Kini Pangkalan Data

Setiap sistem mempunyai tempoh masa pengemaskinian yang berbeza selepas nama anda dilepaskan. Jadi pastikan anda sentiasa pantau update terkini di portal rasmi agensi tersebut atau terus hubungi pihak yang berkaitan.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai cara semak nama di-blacklist, sila rujuk direktori agensi rasmi yang disenaraikan di atas, atau hubungi talian khidmat pelanggan agensi berkaitan secara terus untuk mendapatkan bantuan mengikut jenis sekatan yang anda hadapi.

Adakah saya boleh membuat semakan status blacklist bagi pihak orang lain?

Tidak boleh kecuali anda mempunyai Nombor MyKad mereka yang tepat dan boleh log masuk ke akaun untuk membuat semakan.

Bolehkah saya melantik ejen atau orang tengah untuk membersihkan nama saya yang di-blacklist?

Tidak boleh. Semua agensi rasmi (terutamanya BNM, LHDN, dan PTPTN) tidak pernah melantik mana-mana ejen pihak ketiga. Semua urusan wajib dilakukan sendiri oleh anda dengan agensi terbabit.

Apakah tanda-tanda awal nama saya mungkin sudah kena blacklist?

Antara tanda awal ialah permohonan kad kredit atau pinjaman bank ditolak tanpa alasan kukuh, gagal mendaftar pelan telefon pascabayar (postpaid), atau anda tidak lepas ketika cuba memperbaharui cukai jalan (roadtax) kenderaan secara online.

Adakah nama yang kena blacklist akan bersih dengan sendiri jika dibiarkan lama?

Tidak. Rekod blacklist agensi kerajaan (Imigresen/JPJ/LHDN) atau syarikat swasta (CTOS/Telco) tidak akan hilang selagi hutang, cukai, atau saman tidak dibayar.

Adakah saya boleh memohon pasport baharu jika nama saya ada sekatan imigresen?

Tidak boleh. Jika nama anda aktif dalam senarai hitam portal SSPI, sistem Jabatan Imigresen akan menyekat permohonan anda daripada memperbaharui atau membuat pasport baharu sama ada secara online mahupun di kaunter fizikal.

Adakah senarai hitam (blacklist) ini diwarisi oleh ahli keluarga jika peminjam meninggal dunia?

Tidak. Rekod blacklist peribadi (seperti CTOS, CCRIS, atau sekatan imigresen) tidak akan berpindah kepada anak atau pasangan. Walau bagaimanapun, jika anda adalah penjamin (guarantor) kepada peminjam yang masih hidup dan culas, nama anda akan terkesan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut