SPA8i : Pendaftaran & Semakan Status Permohonan Kerja Kerajaan

Lepas tamat belajar, mungkin ramai yang bercita-cita nak mohon kerja kerajaan melalui portal SPA8i.

Kemaskini: Mulai 28 September 2020, sebarang urusan permohonan pekerjaan dalam perkhidmatan awam hendaklah dibuat melalui sistem baru SPA9.

Kata orang, berkhidmat dengan kerajaan sangat menguntungkan kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan dan lebih terjamin.

Ringkasnya, antara kemudahan dan keistimewaan sebagai penjawat awam adalah seperti berikut:

Kemudahan Dan Keistimewaan Sebagai Penjawat Awam

GAJI, ELAUN DAN KEMUDAHAN KEWANGAN

  • Gaji yang kompetitif
  • Pelbagai jenis elaun
  • Pinjaman perumahan
  • Pinjaman kenderaan
  • Pinjaman komputer

KEMAJUAN KERJAYA

KEMUDAHAN CUTI DAN PERUBATAN

  • Terdapat pelbagai jenis cuti yang disediakan
  • Perubatan ditanggung oleh kerajaan bagi pegawai serta keluarga pegawai

Permohonan Jawatan Kerajaan Melalui SPA8i

Untuk bekerja dalam perkhidmatan awam, permohonan perlu dibuat melalui sebuah aplikasi online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu SPA8i.

Melalui portal ini, anda boleh membuat permohonan jawatan kosong di sektor awam sesuai dengan kelayakan di samping mengemaskini data serta menyemak maklumat temuduga dengan mudah.

Berikut adalah cara pendaftaran SPA8i beserta langkah dan dokumen yang diperlukan bagi memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam.

Pendaftaran

Berikut adalah cara pendaftaran SPA8i :

1. BUKA LAMAN WEB

Layari laman web rasmi Suruhan Perkhidmatan Awam (SPA) di spa.gov.my

Klik pada ‘Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)’

2. DAFTAR AKAUN

MyID adalah nombor kad pengenalan anda. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu menggunakan MyID sebelum mengisi SPA8i.

3. LENGKAPKAN BORANG

Lengkapkan borang pada pautan berikut:

Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) – Server 1

Kemaskini Maklumat

Setelah mendaftar dan mengisi maklumat, anda boleh mengemaskini maklumat yang sedia ada pada bila-bila masa.

Setiap kali perubahan yang dilakukan anda perlu menghantar Pengakuan Pemohon semula untuk memastikan maklumat anda dikemaskini.

Semakan Status Permohonan

Bagi menyemak status permohonan jawatan kosong yang telah dimohon melalui SPA8i, ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk ke Portal SPA8i dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  2. Klik butang ‘Semakan Permohonan’.
  3. Status permohonan anda akan dipaparkan di skrin.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mengalami masalah atau kesukaran untuk melengkapkan permohonan, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada ePertanyaan SPA.

Sila salurkan pertanyaan atau aduan anda beserta

  • nombor kad pengenalan
  • nama penuh
  • keterangan masalah

Anda juga boleh menghubungi hotline SPA atau menyalurkan pertanyaan atau aduan melalui talian 03- 8885 6000.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!