Bunga Cengkih : Khasiat, Petua Batuk, Sakit Gigi & Banyak Lagi

Kalau anda perasan, banyak produk kesihatan moden kini menggunakan khasiat formula bunga cengkih khasnya pada minyak dan balm. Sementara itu, ia juga masih digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional.

Dalam artikel ini, jom kita kenali bunga cengkih dengan lebih dekat sambil memanfaatkan khasiatnya sebagai salah satu bahan semulajadi yang unik.

Pengenalan

Nama saintifik bagi bunga cengkih ialah Eugenia aromatica.

Ia berasal dari kudup bunga pokok Syzygium aromaticum.

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, oleh sebab itulah ia sering digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan, termasuklah di Malaysia.

Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan, minyak aromaterapi dan minyak wangi.

Pokoknya merupakan jenis malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 – 12 meter, di mana bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting.

Kudup-kudup bunga inilah yang dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga lalu dikeringkan menjadi bunga cengkih yang biasa digunakan sebagai rempah di Malaysia.

Ia berwarna kemerahan (gambar atas) sebelum dikeringkan kepada bentuk yang biasa kita lihat seperti gambar di bawah.

Komposisi Utama Bunga Cengkih

Tahukah anda mengapa bunga cengkih amat popular sebagai salah satu bahan utama dalam perubatan tradisional?

Ini kerana ia mengandungi bahan Eugenol, iaitu bahan anti oksidan dan bahan anesthetic (bius) semulajadi.

Menurut kajian sains, bahan antioksidan yang terkandung di dalamnya ini dapat membantu melawan radikal bebas, sekaligus membantu mengurangkan risiko sakit jantung, diabetes dan kanser-kanser tertentu.

Selain itu, terdapat juga beberapa kajian yang mendapati bahawa pengambilan bunga cengkih pada dos yang bersesuaian membantu melawan jangkitan kuman, kanser tertentu, mencairkan darah (melambatkan penggumpalan darah), anti-mikrob, anti-kulat, antiviral, antiseptik and berciri perangsang.

Berikut dikongsikan antara kebaikan dan khasiat serta petua untuk memanfaatkannya.

Khasiat Bunga Cengkih

Berikut adalah antara khasiat dan kebaikan bunga cengkih:

  1. Bertindak sebagai bius untuk mengurangkan sakit gigi.
  2. Mempunyai kebolehan semulajadi untuk menghalang pengumpulan bakteria pada gigi.
  3. Membantu melawan jangkitan mulut dan tekak.
  4. Kompaun eugenol yang terdapat di dalamnya boleh memberikan kesan kebas dan menghilangkan sedikit rasa sakit. Minyak essential (EO) cengkih mengandungi sebahagian besar kompaun ini.
  5. Teh cengkih membantu melegakan sakit kepala dan menaikkan mood.
  6. Menurut sumber, cengkih juga berpotensi dalam pengawalan berat badan.
  7. Terdapat kajian melaporkan komponen nigericin yang terdapat di dalamnya mampu meningkatkan rembesan insulin dan membaiki fungsi sel untuk membuat insulin, sekaligus membantu mengawal paras gula dalam darah.
  8. Kompaun manganese yang terdapat di dalam cengkih menggalakkan kesihatan tulang.
  9. Pengambilan minyak pati cengkih mampu meningkatkan pengeluaran cecair gastrik yang bertindak sebagai penghalang dan membantu mencegah hakisan dinding perut daripada asid pencernaan di dalam perut. 
  10. Wap air rebusan bunga cengkih digunakan secara tradisional bagi membantu mengurangkan keradangan, melegakan simptom batuk dan selesema.
  11. Minyak cengkih juga digunakan secara meluas untuk melebatkan rambut.

Dapatkan AROMATERAPI CENGKIH & HALIA – minyak khas untuk melegakan batuk dan selesema bayi dan kanak-kanak hanya serendah RM6.99.

Cara Penggunaan / Pengambilan Cengkih Untuk Melegakan Kesakitan

SAKIT GIGI – Ambil tiga biji bunga cengkih kemudian tumbuk sehingga hancur. Letakkan serbuk bunga cengkih tadi ke kawasan gigi yang sakit dan tutup lubang gigi tersebut menggunakan kapas.

BATUK / SELSEMA – Kunyah bunga cengkih, biar jus bunga cengkih masuk ke kerongkong. Kalau tak sanggup bolehlah masukkan dalam air panas, tapi kena tumbuk-tumbuk sikit. Biar bunga cengkih pecah. Boleh juga dicampur bersama madu supaya ia lebih mudah ditelan.

khasiat bunga cengkih
Sumber: Facebook ZS Ida  

SAKIT KEPALA / DEMAM – Buat teh cengkih dan lemon menggunakan bahan berikut:

Bahan-bahan:

  • 1 biji lemon
  • 10-15 kuntum bunga cengkih
  • Air 1 periuk kecil (lebih kurang 4-5 cawan air)

Cara buat:

  • Hiris lemon. Masukkan dalam periuk bersama bunga cengkih. Rebus sampai air tinggal separuh (lebih kurang 2 cawan air).
  • Tutup api dan periuk. Biarkan sampai air jadi suam-suam panas.

Cara minum:

Tuang air lemon ke dalam cawan. Tambahkan sedikit madu asli. Minum macam biasa pada bila-bila masa. Tak lama lepas minum, insya Allah sakit kepala makin lega, panas badan makin surut.

MELEBATKAN RAMBUT – Masukkan ke dalam syampu dan pakailah seperti biasa.

khasiat bunga cengkih

Kesan Sampingan

Terdapat pelbagai manfaat yang dikaitkan dengan rempah ini yang boleh kita amalkan.

Ia juga mudah untuk didapati di mana-mana kedai dan pasaran di Malaysia.

Tapi, berapa banyak yang boleh kita ambil agar tidak berlebihan?

Menurut laman web kesihatan Root Of Science, kuantiti pengambilan pati minyak cengkih yang selamat penggunaannya adalah rendah dari 1500mg/kg berat badan.

Manakala, kuantiti harian yang disarankan oleh World Health Organization (WHO) adalah 2.5mg/kg berat badan manusia.

Pengambilan cengkih dalam sederhana tidak memudaratkan. Namun, perlu diingat bahawa kandungan eugenol pada amaun yang terlalu tinggi boleh menyebabkan ketoksikan. Terdapat bukti yang dilaporkan menunjukkan eugenol menyumbang pada hepatoksik (ketoksikan pada hati).

Bahkan jika terminum minyak cengkih berlebihan, seseorang boleh mengalami sakit perut dan batuk berdarah, maka anda perlu berjaga-jaga dengan kuantiti yang diminum, terutamanya bagi kanak-kanak dan bayi.

Pastikan anda mendapatkan rawatan doktor sekiranya terdapat simptom luarbiasa yang dialami selepas menggunakan atau meminumnya.

Sumber rujukan : Perpustakaan Negara Malaysia, Dr Tanaka Mustafa, Ini Sains Beb, Medical News Today, Healthline, Root Of Science, Hello Doktor

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!