Menerusi pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, kerajaan telah bersetuju memperkenalkan diskaun 10 peratus dan penangguhan bayaran balik PTPTN bersasar bagi meringankan beban kewangan graduan baharu serta golongan berpendapatan rendah.
Inisiatif utama yang diumumkan merangkumi beberapa ketetapan khusus, jom rujuk perinciannya di bawah.
Diskaun 10% PTPTN 2027
Kerajaan menawarkan diskaun 10 peratus bagi peminjam PTPTN yang tidak mempunyai sebarang tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur serta berjadual.
Jika insentif tahun-tahun sebelum ini sering memberi kelebihan kepada golongan yang berkemampuan untuk melunaskan hutang secara sekali gus (lump-sum), Diskaun 10 Peratus PTPTN 2027 tampil dengan mekanisme yang berbeza.
Untuk melayakkan diri, akaun PTPTN anda mestilah bersih daripada sebarang rekod tunggakan bulanan (clear installment) serta membuat bayaran balik secara teratur.
Kaedah pemberian diskaun 10% tersebut akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dilakukan oleh pihak PTPTN.

Penangguhan Bayaran Balik & Bayaran Minima RM50
Selain daripada pemberian diskaun, skim bayaran balik bersasar PTPTN bagi tahun 2027 turut merangkumi beberapa inisiatif berikut:
- Penangguhan Bayaran Balik: Peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan layak mendapat penangguhan sepenuhnya dan tidak perlu membuat sebarang bayaran.
- Bayaran Minimum RM50: Peminjam dengan tangga gaji antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan diberikan kelonggaran untuk hanya membayar kadar minimum RM50 sebulan.
Langkah penyesuaian fleksibel ini dirangka bagi membolehkan golongan muda menstabilkan kewangan mereka pada peringkat awal kerjaya dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 peminjam PTPTN.
Insentif Potongan Cukai Khas untuk Majikan
Bukan itu sahaja, mana-mana majikan yang membantu membayar pinjaman PTPTN pekerja mereka (tanpa memotong gaji pekerja tersebut) layak menuntut potongan cukai pendapatan syarikat.
Insentif ini tertakluk bagi pembayaran yang dibuat bermula 1 Januari 2027 sehingga 31 Disember 2028.
Graduan dinasihatkan untuk menyemak perkara ini dengan jabatan Sumber Manusia (HR) syarikat masing-masing sebagai sebahagian daripada pakej kebajikan pekerja.

Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat lanjut & info terkini mengenai diskaun PTPTN 2027, anda boleh memantau saluran-saluran berikut:
- Laman Web Rasmi PTPTN
- Aplikasi myPTPTN
- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Anda boleh muat turun teks ucapan penuh Belanjawan 2027 di Laman Web Rasmi Belanjawan Kementerian Kewangan (MOF) atau ringkasan di https://belanjawan.my
Soalan Lazim Diskaun PTPTN 2027
Diskaun 10 peratus ini diberikan khusus kepada peminjam yang tidak mempunyai sebarang tunggakan dan konsisten membuat bayaran balik pinjaman secara teratur mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB).
Tidak perlu. Berbeza dengan insentif tahun-tahun sebelum ini, skim 2027 memfokuskan kepada konsistensi. Potongan diskaun akan dikira berasaskan bayaran bulanan teratur yang anda lakukan mengikut jadual tanpa perlu membayar habis baki hutang secara sekali gus.
Anda perlu menukar status akaun anda kepada “Bayaran Teratur” sebelum insentif ini dikuatkuasakan. Anda dinasihatkan untuk memohon penstrukturan semula pinjaman (restructuring) menerusi aplikasi myPTPTN atau hadir ke kaunter cawangan bagi menyelaraskan semula baki tertunggak.
Penangguhan bayaran balik penuh diberikan kepada peminjam yang memperoleh pendapatan kasar bulanan sehingga RM2,500 sebulan dan ke bawah. Di bawah paras gaji ini, anda belum dikehendaki untuk melakukan sebarang pembayaran sepanjang tahun 2027.
Anda tidak layak mendapat penangguhan penuh, tetapi anda mendapat kelonggaran Bayaran Balik Minimum bersasar hanya RM50 sebulan. Struktur ini terpakai untuk peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.




