Cara Buka Akaun Simpanan CIMB Online (OctoSavers)

Dengan CIMB OctoSavers, anda kini boleh membuka akaun simpanan di CIMB Bank secara dalam talian!

Kebiasaannya, individu yang ingin membuka akaun simpanan di mana-mana bank perlu menghadirkan diri ke cawangan bank tersebut untuk proses pendaftaran dan pengesahan pengenalan diri.

Pandemik COVID-19 yang lalu menyaksikan banyak perkara kini boleh dilakukan secara dalam talian sahaja termasuklah proses membuka akaun simpanan di CIMB dengan CIMB OctoSavers Saving Account-i.

Menariknya, menurut pihak CIMB pelanggan yang membuka akaun simpanan dengan cara ini tidak dikenakan sebarang yuran tahunan untuk kad CIMB Octo Debit Mastercard.

Pengenalan Akaun Digital CIMB (Octosavers Account-i)

Pelanggan kini boleh menikmati ganjaran & faedah hebat dengan akaun simpanan dalam talian.

Untuk membuka akaun simpanan, individu hanya mohon melalui telefon bimbit anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Kad debit baharu anda akan dihantar kepada anda tanpa sebarang kos.

Mudah kan?

Jom ketahui selanjutnya.

Kelebihan & Ganjaran CIMB Octosavers

Pemegang akaun CIMB OctoSavers juga bakal menikmati pelbagai klebihan dan ganjaran menarik seperti yang berikut:

  1. Tiada yuran tahunan bagi kad CIMB Octo Dbiet Mastercard
  2. Nikmati 0.3% p.a. kadar keuntungan bagi baki akaun RM3,000 dan ke atas
  3. Permohonan dalam talian segera dan lengkap melalui telefon bimbit anda
  4. Penghantaran terus ke depan pintu anda bagi Kad Debit Octo baharu
  5. Perbankan Dalam Talian dengan CIMB Clicks
  6. Kumpul kedua-dua mata CIMB Bonus Points dan OctobPoints untuk menebus eVoucher dan pelbagai hadiah menarik
  7. Tawaran menarik sekiranya anda menempat tiket penerbangan dan hotel dengan CIMB Octo Debit Mastercard melalui CIMB OctoTravel App.

Artikel berkaitan: SecureTAC CIMB : Cara Aktifkan Transaksi CIMB Clicks

Syarat Kelayakan

Individu yang ingin membuka akaun simpanan secara dalam talian melalui CIMB OctoSavers Saving Account-i perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Individu berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia dengan MyKad sahaja
  • Akaun bersama, amanah kecil (minor trust) dan akaun kecil (minor account) tidak dibenarkan
  • Memegang nombor telefon bimbit berdaftar Malaysia dan alamat e-mel yang sah
  • Setiap pelanggan hanya boleh memohon satu (1) Akaun OctoSavers-i
  • TIDAK boleh mempunyai sebarang Akaun Semasa dan/atau Simpanan Asas/-i dengan CIMB.
  • Deposit permulaan minimum RM20 melalui pindahan FPX dari akaun bank anda yang lain (di bawah nama peribadi anda sahaja)

Nota: Untuk pelanggan Asas dan/atau Akaun Simpanan/-i, anda boleh memohon untuk Akaun Simpanan lain yang tersedia dalam CIMB Clicks.

Baca lagi: CIMB Clicks: Cara Daftar dan Login CIMB Online Banking

Cara Buka Akaun CIMB Ocotosavers Online

Berikut merupakan langkah-langkah mudah buka akaun CIMB OctoSavers bagi PENGGUNA BAHARU CIMB :

  1. Muat turun aplikasi CIMB Apply
  2. Klik pada “Open a New Account” dan masukkan butiran peribadi anda
  3. Scan MyKad anda dan aktifkan fungsi pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti anda
  4. Isi borang e-form
  5. Lakukan pemindahan wang minimum RM20 daripada akaun peribadi anda dari bank lain
  6. Cipta akaun CIMB Clicks
cara buka akaun cimb online

Khas untuk pelanggan sedia ada CIMB, anda juga boleh membuka akaun Octosavers dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

buka akaun cimb online

NOTA : Akaun Simpanan-i OctoSavers hanya ditawarkan untuk pelanggan yang memenuhi syarat  dan kelayakan produk. Produk ini tidak ditawarkan untuk pelanggan pinjaman dan / atau pembiayaan CIMB buat masa ini. Anda boleh memohon Akaun Simpanan/-i CIMB yang lain melalui laman web CIMB.

Pengaktifan kad Octo Debit Mastercard

Kad debit anda akan dihantar ke alamat anda sebaik sahaja anda melengkapkan pembukaan akaun CIMB OctoSavers anda.

buka akaun cimb

Kemudian, anda dikehendaki untuk mengaktifkan kad debit tersebut dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

cara aktifkan kad debit cimb

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta terma dan syarat pembukaan akaun ini, sila rujuk pautan berikut : https://www.cimb.com.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!