Budak Tebing 3 : Sinopsis & Barisan Pelakon

Drama Budak Tebing kini kembali dan memasuki musim ke-3. Jalan cerita dilihat semakin rancak dan sulit membuatkan ramai penggemar setia drama ini teruja untuk ketahui nasib yang bakal terjadi kepada setiap watak.

Diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd dan diarahkan oleh Riza Nizam Zakaria, Budak Tebing 3 merupakan sambungan kepada dua musim terdahulu atas sambutan yang hangat daripada penonton.

Baca Juga : Drama Rindu Kasih : Sinopsis, Senarai Pelakon & Sedutan Ep 1-15

Drama bersiri sepanjang 13 episod ini telah memulakan tayangan di slot Lestary TV3 pada 14 Disember 2022 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam.

Sinopsis Budak Tebing 3

Drama ini meneruskan kisah mengenai sekumpulan remaja yang berhadapan dengan pelbagai masalah serta dugaan dalam hidup masing-masing.

Pada musim terbaharu ini, Arif (Adam Lee) mula berubah sikap selepas diduga dengan pelbagai musibah dalam hidupnya.

Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja, hubungan Arif semakin renggang dengan adiknya Yoyol (izz Ilham) dan rakannya Talam (Firdaus Ghufran). Kehadiran Kylo yang mula rapat dengan kumpulan budak tebing pula membuatkan Arif kurang senang.

Sementara itu, Ira pula masih dibelenggui trauma akibat diperkosa oleh ayah angkatnya.

Motif watak baharu iaitu Badass lakonan Azhar Sulaiman pula masih menjadi tanda tanya di kalangan penonton. Siapakah Badass dan apakah tujuan sebenar dia mendekati budak-budak tebing?

Adakah Arif akan menerima Kylo sebagai sebahagian budak tebing atau sebaliknya? Kalau nak tahu kesudahannya, anda kenalah tonton drama ini sampai habis!

Budak Tebing 3

Senarai Pelakon Budak Tebing 3

Kebanyakan pelakon utama bagi drama Budak Tebing 3 masih dikekalkan pada musim ketiga.

Beberapa wajah baru turut diperkenalkan bagi merancakkan lagi plot cerita.

Barisan pelakon bagi drama ini adalah seperti berikut :

WatakPelakon
Aedy AshrafTongki
Adam LeeArif
Nabil AqilKylo
Izz IlhamYoyol
Eyka FarhanaIra
Firdaus GhufranTalam
Nelissa NizamMaria
Nia AtashaHusna
Azhar SulaimanBadass

 Jangan lupa untuk tonton Budak Tebing 3 di TV3 setiap hari Rabu hingga Sabtu di slot Lestary.

Jikalau anda terlepas, tak perlu risau. Anda kini boleh layan drama Budak Tebing 3 secara ekslusif, iaitu satu jam selepas tayangan di TV3 menerusi aplikasi atau laman web iQIYI.  

Sedutan Episod 1 -3

Episod 1- https://www.youtube.com/watch?v=UxQxfI1kZbU

Episod 2 – https://www.youtube.com/watch?v=aIrYtw5ebbc

Episod 3 – https://www.youtube.com/watch?v=oZ1S9JQl7do

Episod 4 : https://www.youtube.com/watch?v=wNakIdUQ6W4

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama kegemaran anda, ikuti laman sosial TV3 menerusi pautan berikut :

Facebook : https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA

Twitter : https://twitter.com/tv3malaysia

Youtube : https://www.youtube.com/@tv3malaysia

Instagram : https://www.instagram.com/tv3malaysia/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!