BRJohor Niaga: Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM500,000

brjohor niaga
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Usahawan di Negeri Johor berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan sehingga RM500,000 menerusi BRJohor Niaga yang boleh dipohon dengan mendaftar sebagai usahawan di pautan https://padu.pujb.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai pembiayaan ini.

Mengenai BRJohor Niaga

Program BRJohorNiaga merupakan program pembiayaan yang diwujudkan menerusi kerjasama antara Bank Rakyat dengan Kerajaan Negeri Johor.

Inisiatif ini bertujuan untuk memacu ekonomi dan mengekalkan kelangsungan usahawan dengan bantuan subsidi kadar keuntungan melalui dana Kerajaan Negeri Johor.

Pembiayaan ini melibatkan 2 kategori usahawan iaitu:

  • Usahawan mikro
  • Kecil dan sederhana

Had & Tempoh Pembiayaan

Had pembiayaan bagi usahawan mikro adalah sebanyak daripada RM 5,000 – RM 50,000 manakala untuk usahawan kecil dan sederhana pula adalah daripada RM 50,001 – RM 500,000.

Tempoh pembiayaan bagi usahawan mikro adalah 5 tahun manakala untuk usahawan kecil ddan sederhana adalah 7 tahun.

Kadar Faedah

Kadar faedah untuk usahawan mikro adalah sebanyak 9.50% dengan kadar rata setahun pembiayaan
akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Johor.

Untuk usahawan kecil dan sederhana, kadar faedah sebanyak 3.58% yang ditanggung oleh Kerajaan Johor manakala usahawan menanggung faedah mengikut kadar semasa.

Kaedah Penyaluran

Untuk penyaluran pembiayaan, usahawan perlu memastikan pembayaran setiap bulan dibuat agar subsidi faedah diterima.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon pembiayaan menerusi program ini adalah seperti berikut:

  1. Usahawan negeri Johor.
  2. Perniagaan berdaftar dan beroperasi di Johor.
  3. Telah berdaftar sebagai usahawan Negeri Johor melalui sistem Pusat DataUsahawan Johor (PADU), Perbadanan Usahawan Johor (PUJB).
  4. Perniagaan yang dijalankan hendaklah patuh Syariah.
  5. Perniagaan sepenuh masa.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Daftar sebagai usahawan Johor di Sistem Pusat Data Usahawan (PADU) menggunakan pautan https://padu.pujb.my dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  2. Klik pada papan pemuka dan klik pada maklumat lanjut di poster BRJohor Niaga.
  3. Cetak borang dan isikan dengan maklumat yang diperlukan.
  4. Borang beserta dokumen yang lengkap perlu dihantar ke salah satu cawangan Bank Rakyat yang berdekatan iaitu BBC Johor – Coronation Square (utama), Masai, Taman Universiti, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Muar dan Mersing.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan ini adalah seperti berikut:

i- Usahawan Mikro

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sifil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Salinan Penyata Akaun Bank (6 Bulan Terkini) (Aktif Bank)
  • Lesen Perniagaan
  • Tangkap layar pendaftaran dalam laman web PUJB
  • Lain-lain dokumen berkaitan

ii- Usahawan Kecil dan Sederhana

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Laporan Kewangan 2 tahun terkini / Audited Report
  • Penyata Kewangan / Management Account
  • Salinan Penyata Akaun Bank (6 Bulan terkini)
  • Lesen Perniagaan
  • Tangkap layar pendaftaran dalam laman Web PUJB
  • Lain-lain Dokumen berkaita

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan Program BRJohor Niaga?

Program BRJohorNiaga ialah program pembiayaan yang diwujudkan menerusi kerjasama antara Bank Rakyat dengan Kerajaan Negeri Johor.

Apakah kategori usahawan yang boleh membuat permohonan program ini?

– Usahawan mikro
– Kecil dan sederhana

Berapakah had pembiayaan yang ditetapkan?

Had pembiayaan bagi usahawan mikro adalah sebanyak daripada RM 5,000 – RM 50,000 manakala untuk usahawan kecil dan sederhana pula adalah daripada RM 50,001 – RM 500,000.

Apakah kadar faedah yang telah ditetapkan?

Kadar faedah untuk usahawan mikro adalah sebanyak 9.50% dengan kadar rata setahun pembiayaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Johor manakala bagi usahawan kecil dan sederhana, kadar faedah sebanyak 3.58% yang ditanggung oleh Kerajaan Johor manakala usahawan menanggung faedah mengikut kadar semasa.

Bagaimanakah kaedah penyaluran pembiayaan akan dibuat?

Usahawan perlu memastikan pembayaran setiap bulan dibuat agar subsidi faedah diterima.

Adakah saya perlu mendaftar sebagai Usahawan Johor untuk membuat permohonan?

Ya. Pemohon perlu mendaftar sebagai usahawan Johor di Sistem Pusat Data Usahawan (PADU) menggunakan pautan https://padu.pujb.my.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai pembiayaan perniagaan BRJohor Niaganboleh berhubung dengan pegawai berikut:

Nama EmailCawangan
Muhamad Fazuli Bin Safar[email protected]BBC, Coronation Square
Muhamad Fauzan Bin Ahmad[email protected]BBC, Coronation Square
Mohamad Noh Bin Jaffar[email protected]BBC, Coronation Square
Mohd Nizam Bin Ismail[email protected]BBC, Coronation Square
Fatin Nabihah Binti Abd Rahman[email protected]BBC, Coronation Square
Norhidara Tukiman[email protected]BBC, Coronation Square
Suriani Binti Md Salleh[email protected]Taman Universiti
Syamsulbahrin Bin Mohamad[email protected]Batu Pahat
Mohd Afiq Bin Abdul Jalil[email protected]Kluang
Siti Jamilah Binti Md Mubin[email protected]Mersing
Puteri Sholeha Binti Hasan[email protected]Muar
Izzat Haziq Bin Fadzil[email protected]Segamat
Nur Amirah Binti Azhar[email protected]Masai

Baca juga: Dana esukan KBS: Geran Projek esukan Sehingga RM20,000

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut