Tentang Borneo: Kepulauan Ketiga Terbesar Di Dunia, Terbesar Di Asia

Tahukah anda Borneo merupakan kepulauan ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia!

73% kawasannya milik Indonesia (Kalimantan). Selebihnya milik Malaysia melalui dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak dan 1% lagi milik Brunei.

Nama Borneo diambil semperna nama Brunei kerana suatu ketika dulu ianya dikuasai oleh kerajaan Brunei Darussalam.

Peta Borneo

Sejarah Borneo

Berdasarkan sumber Wikipedia, dalam abad ke-14, hampir keseluruhan Pulau Borneo diperintah oleh Kesultanan Brunei.

Kawasan pendalaman Borneo ketika itu dipenuhi ramai suku etnik dayak yang mengamalkan aktiviti memburu kepala yang dikenali sebagai aktiviti ngayau.

Kemudian pada abad ke-19, Sarawak telah diambil alih oleh seorang seorang pelayar Inggeris yang bernama Sir James Brooke.

Beliau telah diberi kuasa oleh Raja Muda untuk memerintah kawasan Sarawak sekitar Sungai Sarawak yang berpusat di Kuching.

Sebelum Perang Dunia II, Borneo Utara secara rasminya dikuasai oleh pihak British yang menjalankan pelbagai perdagangan, dan sebahagian kawasan dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina.

Sedangkan dalam pada itu, Borneo Selatan secara rasminya dikuasai oleh pihak Belanda yang juga menjalankan pelbagai perdagangan, serta sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Banjar.

Pada awal serangan Jepun di Borneo, pihak British tidak mempunyai keupayaan untuk mempertahankan Borneo.

Namun begitu, ada sebahagian kecil cuba mempertahankan Borneo secara gerila. Pihak Amerika Syarikat telah cuba menyumbangkan senjata bagi pihak gerila namun pihak gerila telah gagal menyerang balas.

Artikel lain yang menarik:

Rujukan eCentral