AINS NILAM 2026 (ains.moe.gov.my) – Rekod Bacaan Online

AINS NILAM 2026 ialah sistem rekod bacaan digital yang menggantikan sistem manual NILAM sejak 1999. Melalui portal rasmi https://ains.moe.gov.my/, murid boleh log masuk menggunakan ID DELIMa dan merekod bahan bacaan mereka secara dalam talian.

Artikel ini akan tunjukkan langkah mudah untuk log masuk dan rekod bacaan melalui sistem AINS.

Apa itu AINS NILAM

AINS NILAM ialah aplikasi mudah alih untuk merekod bahan bacaan murid secara digital, menggantikan sistem manual NILAM yang digunakan sejak 1999.

Melalui Advance Integrated Nilam System ini, rekod bacaan boleh dipantau oleh guru, pentadbir, PPD, JPN dan KPM dari peringkat kelas hingga kebangsaan.

Aplikasi ini juga menawarkan permainan, penilaian, serta cadangan bahan bacaan. Murid boleh mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus mendorong mereka untuk terus membaca.

Melalui dashboard AINS NILAM, ibu bapa, guru dan pihak berkaitan dapat memantau prestasi bacaan murid secara menyeluruh. Ini membantu membudayakan amalan membaca dan menyumbang kepada pembangunan intelektual negara.

Cara Login AINS NILAM

Berikut ialah cara login AINS NILAM yang boleh diikuti oleh murid:

  1. Layari laman web rasmi AINS di: https://ains.moe.gov.my/
  2. Klik pada butang “LOG MASUK dengan DELIMa”.
  3. Pilih akaun DELIMa anda yang dipaparkan atau klik “Gunakan akaun lain” jika tiada dalam senarai.
  4. Masukkan ID DELIMa anda (contoh: [email protected]) dan klik “Seterusnya”.
  5. Masukkan kata laluan DELIMa, kemudian klik “Seterusnya”.
  6. Klik “Teruskan” untuk melengkapkan proses log masuk.
  7. Anda kini telah berjaya log masuk ke sistem AINS NILAM.

⚠️ Jika Menghadapi Masalah Login:

  • Semak semula ID dan kata laluan DELIMa yang dimasukkan.
  • Pastikan tiada kesalahan ejaan dan perhatikan penggunaan huruf besar/kecil.
  • Jika terlupa kata laluan, gunakan fungsi “Lupa kata laluan” di halaman log masuk.
  • Hubungi guru kelas untuk bantuan lanjut jika masih tidak dapat log masuk.

Cara Rekod Bacaan Online Dalam AINS NILAM

Berikut adalah cara untuk merekod bahan bacaan secara online melalui AINS NILAM:

1. Log Masuk AINS
Layari: https://ains.moe.gov.my/login

Gunakan ID DELIMa anda (contoh: [email protected])

2. Pilih AINS
Klik pada ikon AINS selepas log masuk.

3. Pilih Sumber Bacaan
Terdapat 3 jenis sumber bacaan yang boleh dipilih:

  • Buku / e-Buku
  • Sumber Digital
  • Artikel / Jurnal / Lain-lain

4. Isi Maklumat Diperlukan
Lengkapkan ruangan bertanda * seperti:

  • Tajuk
  • Jenis bacaan
  • Penulis
  • Penerbit
  • Bahasa

5. Tulis Rumusan dan Pengajaran

  • Rumusan: Sekurang-kurangnya 10 patah perkataan
  • Pengajaran: Sekurang-kurangnya 5 patah perkataan

6. Muat Naik Gambar Buku
Upload gambar buku yang dibaca.
Pastikan semua maklumat lengkap, kemudian klik Hantar.

AINS NILAM

@cekgukamyy

Semua murid wajib mendaftar dan mengisi maklumat diri serta rekod pembacaan mereka dalam sistem Ains. Tujuannya utk mendapatkan markah PAJSK. Boleh berhubung dengan guru kelas anda untuk dapatkan ID Delima untuk lig in sistem Ains ini. #CaraIsiAins#Nilam#AinsUntukMarkahPajsk#EdufluencerKpm#DMU#MBMMBI#SemarakBahasa

♬ Vibes – ZHRMusic
Kredit: Tiktok @cekgukammy

Manual Penggunaan Aplikasi AINS NILAM

Manual untuk Murid

AINS NILAM
AINS NILAM
AINS NILAM
ains nilam
ains nilam
ains nilam
ains nilam
ains nilam
ains nilam
ains nilam
ains nilam

Manual untuk Guru

ains nilam
ains nilam
ains nilam
ains nilam
ains nilam
ains nilam
ains nilam
ains nilam
ains nilam
ains nilam

Ralat Umum dan Penyelesaian AINS NILAM

Berikut antara ralat umum yang sering dihadapi pengguna AINS NILAM berserta cara mudah untuk mengatasinya.

1. Gagal Log Masuk atau ID Delima Tidak Sah

Jika anda mendapat mesej “Login Failed” atau “Invalid ID”, pastikan ID Delima dan kata laluan yang dimasukkan adalah tepat.

Periksa penggunaan huruf besar serta ruang yang mungkin tidak sengaja dimasukkan. Jika masih gagal, klik “Forgot Password” atau hubungi guru atau pentadbir sekolah untuk menetapkan semula akaun anda.

2. Laman Tidak Dapat Dibuka atau Ralat Laman Web

Ada kalanya laman AINS menjadi perlahan atau tidak dapat diakses. Cuba segarkan semula halaman atau tunggu beberapa minit sebelum mencuba lagi. Pastikan sambungan internet anda stabil dan kosongkan cache pelayar. Anda juga boleh menggunakan pelayar lain seperti Google Chrome atau Microsoft Edge sebagai alternatif.

Jika anda masih boleh log masuk, utamakan keselamatan akaun dengan tidak berkongsi kata laluan, elakkan penggunaan akaun yang diselaraskan (sync) pada peranti lain, serta jangan gunakan emel lain untuk urusan penting. Segala risiko adalah tanggungjawab sendiri.

Bagi yang langsung tidak dapat mengakses, anda boleh cuba langkah berikut:

  • Gunakan pelayar lain seperti Chrome, Firefox atau Opera
  • Kemas kini pelayar serta peranti (telefon/komputer) ke versi terkini
  • Kosongkan cache dan cookies atau gunakan mod incognito/private
  • Matikan sambungan atau add-ons yang berpotensi mengganggu (contoh: VPN atau extension)
  • Cuba akses menggunakan peranti lain (telefon atau komputer)
  • Jika masih tidak berjaya, bersabar dan cuba lagi kemudian sambil berharap sistem diperbaiki dengan lebih baik

3. Tidak Dapat Hantar Rekod NILAM

Jika sistem tidak membenarkan penghantaran rekod, pastikan semua maklumat telah dilengkapkan, termasuk tajuk, ringkasan dan pengajaran yang diperoleh.

Pastikan juga sambungan internet stabil sebelum mencuba semula. Anda boleh log keluar dan log masuk kembali sebelum menghantar rekod tersebut.

4. Nama Sekolah atau PPD Tiada Dalam Senarai

Jika nama sekolah atau PPD anda tidak tersenarai, masukkan nama penuh sekolah secara perlahan di ruangan carian.

Sekiranya masih tidak ditemui, sila hubungi pentadbir sekolah atau pegawai PPD untuk pengesahan sama ada sekolah anda telah berdaftar dalam AINS.

    Perbandingan AINS Nilam vs NILAM Manual

    Masih tertanya-tanya perbezaan antara sistem baharu ini dengan buku log lama? Jom lihat jadual perbandingan berikut.

    Sistem AINS NILAM (Digital)Buku Log NILAM (Manual)
    Rekod bacaan dibuat secara dalam talian melalui portal AINSRekod ditulis tangan dalam buku NILAM sekolah
    Data disimpan automatik dan boleh diakses bila-bila masaMaklumat hanya ada di sekolah dan boleh hilang atau rosak
    Guru boleh semak dan pantau bacaan murid dengan cepatGuru perlu semak satu per satu secara manual
    Laporan dan statistik dijana automatik oleh sistemLaporan perlu dibuat secara manual oleh guru
    Lebih moden, cepat, dan mesra alam tanpa penggunaan kertasBergantung pada buku fizikal dan penggunaan kertas
    Boleh diakses menggunakan ID Delima di mana-mana sahajaHanya boleh digunakan di sekolah

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkenaan sistem aplikasi ini, sila layari laman sosial dan portal Kementerian Pendidikan Malaysia di :

    Soalan Lazim

    1. Apakah maksud NILAM?

    NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

    2. Bagaimanakah pelaksanaan NILAM?

    Pelaksanaan program NILAM adalah lebih memberi perhatian kepada kualiti bahan bacaan yang dibaca dan murid boleh membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

    3. Bagaimanakah untuk mengakses Sistem AINS NILAM?

    Sistem AINS boleh diakses menerusi pelantar DELIMa dalam domain pusat sumber. Klik logo AINS dan terus ke aplikasi paparan AINS. AINS juga boleh diakses melalui pautan url: https://ains.moe.gov.my

    4. Bagaimana Log Masuk ke sistem AINS NILAM?

    Murid log masuk dengan menggunakan ID DELIMa secara single sign on. Semasa log masuk pastikan tiada email lain yang sign on. Jika murid menggunakan komputer yang sama, pastikan murid yang telah menggunakan sebelum ini log keluar pada paparan Google. Jika tidak log keluar murid seterusnya tidak boleh log masuk untuk aktiviti yang seterusnya.

    5. Siapakah pengguna Sistem AINS?

    Pengguna Sistem AINS terdiri daripada murid sebagai pengguna dan pemantauan melalui paparan pemuka (dashboard) daripada guru, PPD, JPN dan KPM.

    6. Adakah AINS boleh diakses melalui aplikasi peranti smartphone?

    Ya, AINS boleh diakses melalui peranti smartphone dengan kaedah Webview menampilkan isi kandungan web secara langsung dari aplikasi pihak ke-3 yang menggunakan komponen Chrome tanpa harus membuka aplikasi browser dahulu.

    7. Bagaimanakah cara untuk menghubungi pihak AINS sekiranya terdapat masalah serta aduan?

    Pengguna boleh menghubungi pasukan meja bantuan (help desk) seperti yang tertera pada menu sisi (side bar) AINS atau klik pautan ini untuk maklum balas: https://forms.gle/58bSy8hs9cn7svyeA

    8. Bagaimanakah cara membuat aduan sekiranya berlaku sebarang kesilapan maklumat dalam paparan AINS?

    Anda dikehendaki menyertakan maklumat berikut semasa membuat aduan untuk tujuan semakan:

    – No. Kad Pengenalan;
    – Kod. Sekolah;
    – Jenis masalah;
    – No. Telefon

    9. Adakah data AINS murid akan hilang sekiranya pelajar berpindah ke sekolah lain?

    Tidak, data bahan bacaan NILAM pelajar akan kekal dalam repositori KPM.

    10. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pelajar berpindah sekolah?

    Guru data perlu mengemaskini Aplikasi Data Murid (APDM) dengan kadar segera sekiranya berlaku pertukaran pelajar sama ada dalam daerah atau negeri. Selepas maklumat murid disahkan dalam APDM, maklumat dalam AINS akan turut dikemaskini secara automatik.

    11. Adakah AINS ini menyediakan manual penggunaan bagi tujuan rujukan?

    Ya, manual penggunaan telah diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri untuk rujukan sekolah dan penggunaan murid. Modul / Manual Penggunaan boleh diakses melalui pautan berikut:
    https://drive.google.com/drive/folders/1FoGpRUdMmGGVPHXRVrvgeJoO3Ur-RxYj
    ?usp=sharing

    12. Bagaimana untuk tambah nama murid jika tiada dalam senarai murid?

    Guru NILAM boleh menyemak dengan Guru Data Sekolah berkaitan maklumat murid dalam APDM

    13. Bagaimana jika Guru GPM, Guru NILAM, Guru Kelas, PPD, JPN dan KPM ingin melihat / memantau apa yang telah diisi oleh murid?

    Analisa ini akan dapat dilihat melalui dashboard sekolah / PPD / JPN / KPM