Bantuan Kewangan Bagi Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Bagi pelajar Kolej Komuniti yang mengikuti pengajian di peringkat SIjil datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, anda dipelawa untuk memohon Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).

Golongan sasaran bagi bantuan pelajaran ini adalah pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

Bantuan ini terbuka untuk semua jenis bidang pengajian yang ditawarkan di Kolej Komuniti masing-masing.

Apakah Kolej Komuniti?

Kolej Komuniti merupakan salah satu alternatif untuk pelajar lepasan SPM menyambung pelajaran di peringkat Sijil.

Sijil Kolej Komuniti yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Manfaat Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

BKPKK

Pelajar yang menerima BKPKK akan menerima bantuan untuk dua (2) semester sahaja.  

Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.

Syarat Permohonan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).

Hanya pelajar yang memenuhi syarat-syarat di bawah sahaja akan dipertimbangkan untuk bantuan pelajaran ini:

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Cara Memohon

Pelajar yang ingin memohon BKPKK ini perlu memohon secara terus daripada pihak Kolej Komuniti masing-masing.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan bagi BKPKK telah dibuka bagi tahun 2022 dan akan ditutup pada 31 Disember 2022.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman rasmi BKPKK di alamat https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/docs/popup_doc/bkpkk.php

Permohonan dan pertanyaan

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Anda juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian di bawah:

Talian Utama : 03 – 8888 1616
Faks : 03 – 8870 6839

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!