Advertisements

Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Negeri Johor kini ditawarkan kepada atlet atau bekas atlet negeri Johor yang ingin melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi.

Bantuan ini digerakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor untuk membantu atlet atau bekas atlet negeri Johor untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

Baca Juga : Biasiswa OSK Foundation Untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda

Tarikh Tutup Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor

Untuk makluman, tarikh tutup bagi permohonan Skim Bantuan Dermasiswa Sukan ini adalah pada 1 September 2022 iaitu pada hari Khamis.

Syarat Kelayakan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

Advertisements
  • Pemohon mestilah anak jati Negeri Johor, atau telah bermastautin di negeri tersebut tidak kurang 5 tahun berturut-turut.
  • Pemohon mestilah telah mendaftar tempat di mana-mana IPT di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Pemohon hendaklah sekurang-kurangnya mewakili Johor dalam Sukan Malaysia (SUKMA).
  • Pemberian Dermasiswa Sukan hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian.
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat berasaskan kepada semester pengajian dengan syarat keputusan peperiksaan hendaklah dikemukakan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor.
  • Pemohon hendaklah menggunakan Borang DS-MSNJ yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor.
Skim Bantuan Dermasiswa Sukan

Cara Memohon

Pemohon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1aDlIdwlnSgyir2hTKF0gklRaPQNExs5d/view?fbclid=IwAR1pPSQiD8fXbRB6-tHb-3Xb193VuLP4XRzWjCxXyrpm12_9phMM_uEsH4Q.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Pastikan setiap maklumat betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar semua dokumen ke alamat berikut:

    Majlis Sukan Negeri Johor,
    Aras 1, Bangunan Dato’ Muhamad Ibrahim Munsyi,
    Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor.
    (Up : Urus Setia Skim Bantuan Dermasiswa)

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga perlu kemukakan dokumen seperti yang disenaraikan berikut :

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  • Salinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak.
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Institusi Pengajian Tinggi.
  • Salinan surat pengesahan pendaftaran/keputusan peperiksaan bagi setiap penggal/semester.
  • Salinan Sijil berhenti persekolahan dan surat akaun (Testimonal).
  • Salinan sijil-sijil persekolahan: SPM/STPM/SPMV/HSC/Diploma/Ijazah dan lain sijil jika ada.
  • Salinan suratisijil pengesahan mewakili Negeri Johor di Sukan Malaysia (SUKMA)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan jika ada.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor, sila layari Facebook Majlis Sukan Negeri Johor – MSNJ iaitu https://www.facebook.com/riseupjohor.

Leave a Comment