Tawaran Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit Cemerlang IPT 2022

Berita baik buat atlit yang cemerlang dalam bidang sukan dan berhasrat untuk meneruskan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT), tawaran Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit Cemerlang IPT 2022 kini dibuka.

Biasiswa ini merupakan salah satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam arena suka serta mempunyai potensi akademik yang baik bagi meneruskan pengajian di IPT.

Tawaran biasiswa ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Baca Juga : Biasiswa Yayasan Pahang 2022: Syarat, Permohonan & Semakan

Tarikh Permohonan Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit Cemerlang IPT 2022

Untuk makluman, tarikh permohonan bagi biasiswa ini dibuka mulai 25 Mei 2022 hingga 8 Jun 2022 secara atas talian.

Kelebihan Yang Ditawarkan Kepada Pemegang Biasiswa

Pemegang biasiswa bakal menerima elaun serta kemudahan seperti berikut :

  • Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
  • Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan
    amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah
    ditetapkan oleh Kerajaan.
  • Perlindungan insurans sukan.
  • Elaun Insentif Pencapaian Sukan (EIPS) mengikut kategori yang ditetapkan iaitu:

Kategori 1 : RM 12,000 setahun/ RM 1,000 sebulan

Kategori 2 : RM 6,000 setahun / RM 500 sebulan

Kategori 3 : RM 3,000 setahun / RM 250 sebulan

Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit

Syarat Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan:

– 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana/Dr. Falsafah)

– 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama

– 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma

  • Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.
  • Tidak menerima sebarang tajaan/ biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain semasa permohonan dibuat.
  • Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi/berpendapatan tetap.
  • Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan.
  • Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, mereka perlu:

– Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan.

– Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.

  • Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau Pingat Emas di Sukan Institusi pendidikan Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi kaedah berikut iaitu:

  • Layari laman web permohonan iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/login.php/
  • Klik bahagian “Pengguna Baru?”
  • Masukkan maklumat pendaftaran dan klik butang “Daftar.”
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  • Ikut arahan dan lengkapkan borang permohonan.
  • Muat naik surat pengesahan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) (sekiranya ada).
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit Cemerlang IPT 2022, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!