Berita baik buat atlit yang cemerlang dalam bidang sukan dan berhasrat untuk meneruskan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT), tawaran Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang IPT 2026 kini dibuka menerusi pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/login.php.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa YB Menteri Pendidikan Tinggi-Atlet Cemerlang IPT
Biasiswa YB Menteri Pendidikan Tinggi-Atlet Cemerlang IPT ini merupakan biasiswa yang terbuka kepada atlet IPT tempatan yang bergiat aktif dalam sukan.
Penajaan ini merupakan peluang dan galakan kepada atlet untuk terus bergiat aktif dalam sukan disamping meneruskan pengajian di IPT.
Tawaran ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Penerima biasiswa ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan namun pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak.
Tarikh Permohonan
Untuk makluman, tarikh permohonan bagi biasiswa ini dibuka mulai 9 hingga 23 April 2026.
Kelebihan Yang Ditawarkan
Pemegang biasiswa bakal menerima elaun serta kemudahan seperti berikut :
- Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
- Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
- Perlindungan insurans sukan.
- Elaun Insentif Pencapaian Sukan (EIPS) mengikut kategori yang ditetapkan iaitu:
– Kategori 1 : RM 12,000 setahun/ RM 1,000 sebulan
– Kategori 2 : RM 6,000 setahun / RM 500 sebulan
– Kategori 3 : RM 3,000 setahun / RM 250 sebulan
Syarat Permohonan
Calon yang berminat untuk memohon perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
- 1. Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi:
– 25 tahun (diploma) / 30 tahun (Ijazah Sarjana Muda) / 45 tahun Jazah Lanjutan (Sarjana/ PHD) - Pelajar sepenuh masa dalam bidang diktiraf oleh JPA & MQA:
– UA/ Politeknik/ US (Universiti & Kolei Universiti sahaja)
– Kursus kritikal (perubatan, farmasi, pergigian hanya IPTA sahaja) - Tidak menerima tajaan atau biasiswa lain semasa permohonan. Tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap.
- Telah mendapat surat tawaran IPT atau sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma/ ljazah/ Sarjana/ PHD.
- PNGK sekurang-kurangnya 2.50 (semester terkini). Baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Masih aktif sebagai atlet dan sekurang-kurangnya meraih pingat di SUKMA atau Kejohanan Kebangsaan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi kaedah berikut iaitu:
- Layari laman web permohonan iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/login.php.
- Klik bahagian “Pengguna Baru?”
- Masukkan maklumat pendaftaran dan klik butang “Daftar.”
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Ikut arahan dan lengkapkan borang permohonan.
- Muat naik surat pengesahan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) (sekiranya ada).
- Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.
Sesi Temu Duga
Pemohon yang berjaya akan dipanggil untuk sesi temuduga dan DIWAJIBKAN membawa bersama :
- 1 salinan cetakan permohonan dan Surat Tawaran Pengajian yang telah disahkan oleh Pegawai Sukan dari Pusat Sukan IPT
- Dokumen sokongan yang berkaitan.
Soalan Lazim
Biasiswa YB Menteri Pendidikan Tinggi-Atlet Cemerlang IPT ini merupakan biasiswa yang terbuka kepada atlet IPT tempatan yang bergiat aktif dalam sukan sebagai peluang dan galakan kepada atlet untuk terus bergiat aktif dalam sukan disamping meneruskan pengajian di IPT.
Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 9 hingga 23 April 2026.
Semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
a) Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
b) Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
c) Perlindungan insurans sukan.
d) Elaun Insentif Pencapaian Sukan (EIPS) mengikut kategori yang ditetapkan iaitu:
– Kategori 1 : RM 12,000 setahun/ RM 1,000 sebulan
– Kategori 2 : RM 6,000 setahun / RM 500 sebulan
– Kategori 3 : RM 3,000 setahun / RM 250 sebulan
Tidak. Mereka yang telah menerima tajaan daripada pihak lain tidak boleh memohon.
Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/login.php.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang IPT 2026, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/login.php atau mengubungi Urusetia Seksyen Sukan iaitu Pn. Noor Liana Abd Yusof di talian 03-8870 5188 atau emel ke [email protected].
Baca juga: Ssshh… Ini Rahsia Berjaya Dapat Biasiswa JPA! Khas Untuk Lepasan SPM




