Permohonan Biasiswa Tengku Anis (BTA) 2026

biasiswa tengku anis
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan bagi Biasiswa Tengku Anis (BTA) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini dibuka bermula 1 April 2026 sehingga 30 April 2026 dan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://eagihan.e-maik.my/.

Namun, permohonan adalah terhad melalui pihak sekolah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) sahaja.

Mengenai Biasiswa Tengku Anis

Biasiswa Tengku Anis (BTA) merupakan tajaan Biasiswa yang diberikan kepada para pelajar peringkat sekolah (rendah, menengah dan tingkatan enam) dalam kategori asnaf fakir dan miskin.

Untuk makluman, biasiswa ini diberikan dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Keutamaan penerima adalah diberikan kepada golongan keluarga ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan adalah bermula 1 April 2026 sehingga 30 April 2026.

Hanya permohonan yang lengkap dihantar dalam tempoh iaitu sehingga 30 April 2026 yang akan diproses dan layak dipertimbangkan.

Kadar Biasiswa

Kadar biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i- Sekolah Rendah

  • Bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6: RM100 sebulan

ii- Sekolah Menengah

  • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5: RM150 sebulan
  • Tingkatan 6: RM200 sebulan

Syarat Umum

Syarat umum untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia (peranakan Kelantan) yang lahir dan bermastautin menetap di Kelantan.
  2. Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat – keutamaan asnaf Fakir dan Miskin sahaja.
  3. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  4. Minima umur pemohon pada tahun permohonan adalah 9 tahun (Tahun 3 di Sekolah Rendah)
  5. Minima pencapaian sederhana/kurang cemerlang dengan sahsiah baik atau aktif dalam ko-kurikulum boleh dipertimbangkan.
  6. Permohonan adalah tertakluk kepada pihak Sekolah/JPNK/YIK/Lain-lain agensi yang diluluskan MAIK dalam tempoh yang ditetapkan sahaja.

Cara Memohon

Permohonan adalah melalui sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK)/Yayasan Islam Kelantan (YIK)/Agensi (tertakluk kepada surat edaran daripada MAIK).

Pihak sekolah mestilah membuat permohonan menerusi https://eagihan.e-maik.my/.

Soalan Lazim

Apakah maksud Biasiswa Tengku Anis?

BTA ialah tajaan Biasiswa yang diberikan kepada para pelajar peringkat sekolah sama ada sekolah rendah, menengah dan tingkatan enam dalam kategori asnaf fakir dan miskin.

Bilakah tarikh permohonan dibuka untuk tahun 2026?

Tarikh permohonan dibuka bermula 1 April 2026 sehingga 30 April 2026.

Berapakah jumlah biasiswa yang akan diterima?

– Bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6: RM100 sebulan
– Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5: RM150 sebulan
– Tingkatan 6: RM200 sebulan

Jika anak saya tidak bersekolah di sekolah bawah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK), adakah anak saya boleh memohon?

Tidak. Hanya murid yang bersekolah di JPNK dan YIK sahaja yang layak memohon.

Bagaimanakah cara untuk memohon biasiswa ini?

Permohonan adalah melalui sekolah dan pihak sekolah mestilah membuat permohonan menerusi https://eagihan.e-maik.my/.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Tajaan Pendidikan iaitu 09-7421519 atau emel ke [email protected].

Baca juga: Senarai Biasiswa Lepasan SPM, Zakat & Bantuan IPT 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut