Advertisements

ISMP 2022: Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 25 Mac 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang permohonan ISMP 2022 untuk makluman calon yang berminat.

Apakah Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP?

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM.

Bagi yang melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan, pelajar boleh memohon tajaan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk ditindikkan dengan kerjaya keguruan di KPM selepas tamat belajar kelak.

Advertisements

Syarat Permohonan Biasiswa ISMP 2022

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022 (tahun permohonan);
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan;
  4. Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk
    memohon;
  5. Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan;
  6. Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
  7. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;
  8. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
  9. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

Sila rujuk info penuh melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.

Bidang-bidang Yang Layak Memohon

Bidang-bidang yang layak memohon adalah seperti dalam rajah di bawah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Khas
  • Dini
  • Matematik
  • Sejarah
  • Geografi
  • Reka bentuk dan Teknologi
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Teknologi Elektrik dan Elektronik
  • Teknologi Automotif

*Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan

*Pelajar Universiti Awam sahaja

Tarikh Permohonan Biasiswa ISMP 2022

Tarikh permohonan adalah mulai 25 Mac 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang.

Baca juga: SPLKPM Login: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan biasiswa ISMP 2022, sila ikuti langkag berikut:

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.
  2. Pemohon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 – 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan.
  3. Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidak boleh dipinda selepas pendaftaran.
  4. Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.
  5. Pemohon adalah diingatkan untuk membaca dan memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.
  6. Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.
  7. Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.
  8. Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.
  9. Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya
    terpilih.
  10. Permohonan yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.
  11. Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.
  12. Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.

Baca juga : MySejahtera Dikemaskini Dengan Fungsi ‘Sah’ (Blue Tick Verified)

Semakan Keputusan Panggilan Menduduki eUKCG

Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Panggilan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 boleh disemak melalui pautan https://pismp.moe.gov.my/ismp/ mulai 31 Mei 2022 (Selasa), jam 10:30 pagi.

Maklumat Lanjut

Kepada calon-calon yang berminat untuk memohon. Sekiranya pemohon mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai hebahan tawaran ini, sila hubungi pegawai-pegawai seperti yang berikut untuk maklumat lanjut:

  • Puan Nur Izzati binti Marzuki : 03-8321 7149
  • Encik Muhammad Zikri Firdaus bin Sulaiman : 03-8321 7159
  • Puan Bibi Marfizah Zahira binti Sayed Modasar Syah : 03-8321 7157
  • Puan Hani Suhailiz binti Ahmad Suhaimi: 03-8321 7113
  • Puan Nor Hazren binti Che Hassan : 03-8321 7138
  • Puan Siti Hajar binti Othman : 03-8321 7154
  • E-mel: [email protected]
  • Pautan pantas: https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment