Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK

biasiswa pendidikan dalam negara
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan bagi Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini dibuka bermula 1 April 2026 sehingga 15 April 2026 menerusi https://eagihan.e-maik.my/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Pendidikan Dalam Negara MAIK

Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) ialah program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam/swata, sama ada di semester pertama (telah mendapat keputusan) dan semester seterusnya.

Ini adalah untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di Dalam Negara sahaja.

Oleh kerana itu, permohonan biasiswa ini hanya dibuka kepada anak-anak asnaf Negeri Kelantan yang menyambung pengajian ke IPT sahaja.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka adalah pada 1 April hingga 15 April 2026.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak memohon adalah mana-mana bidang yang bermanfaat dan bidang perubatan tidak menjadi keutamaan.

Syarat Umum

Syarat umum untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada anak-anak asnaf negeri Kelantan yang sedang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) (Memiliki sekurang-kurangnya sijil SPM).
  2. Merupakan warganegara Malaysia yang lahir (peranakan Negeri Kelantan) dan bermastautin tetap di Kelantan.
  3. Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  4. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  5. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
  6. Telah menerima surat tawaran dan/ atau sedang menuntut minima semester pertama institusi (dengan baki semester sekurang-kurangnya 3 semester)

Syarat Kelayakan Akademik

Syarat kelayakan akademik untuk memohon adalah seperti berikut:

i- Sijil Kemahiran

a) Sijil yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah/sedang menduduki tahap 2 DAN/ ATAU,
b) Memperolehi minima lulus SPM bagi sijil kemahiran yang lain.

ii- Diploma

a) Minimum PNGS DAN PNGK 3.50 pada semester 1 dan seterusnya ATAU
b) Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke atas) 7 kredit

iii- Ijazah Sarjana Muda

a) Minimum PNGS DAN PNGK 3.0 ke atas pada semester 1 dan seterusnya ATAU
b) Diploma PNGK 3.50 ke atas ATAU
c) STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 ke atas ATAU
d) STAM yang setara dengan STPM ATAU Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurang PNGK 3.00

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://eagihan.e-maik.my/.
  2. Pilih bantuan dan masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik “Semak Kelayakan”
  4. Kemudian, klik “Permohonan”
  5. Muatnaik dokumen (Dalam status PERMOHONAN)
  6. Hantar permohonan
  7. Kemaskini Maklumat (dalam masa 7 hari selepas dapat no rujukan)

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN)

Biasiswa ini merupakan penajaan kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam/swata, sama ada di semester pertama (telah mendapat keputusan) dan semester seterusnya.

Bilakah tarikh permohonan dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 April hingga 15 April 2026.

Adakah hanya anak-anak anaf di Negeri Kelantan yang layak memohon?

Ya. Hanya anak-anak anaf di Negeri Kelantan yang layak memohon.

Apakah bidang pengajian yang layak untuk memohon?

Mana-mana bidang yang bermanfaat layak untuk memohon namun bidang perubatan tidak menjadi keutamaan.

Jika saya berumur 26 tahun, adakah saya boleh memohon?

Tidak. Hanya mereka berumur tidak melebihi 25 tahun sahaja layak memohon.

Bagaimanakah cara untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://eagihan.e-maik.my/.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Tajaan Pendidikan MAIK di talian 09-7421519.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Tengku Anis (BTA) 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut